Untukmu Palestin

Advertisements

Antara Palestin Dan Kita

Nun di sana masih ada cahaya harapan...ANTARA PALESTIN DAN KITA
 
Palestin…
Mereka keluar rumah berbekalkan batu-batu dan lastik.
Kita…
Kita keluar rumah membawa pen dan pensil.
 
Palestin…
Mereka keluar dengan membawa matlamat yg jauh.
Kita…
Kita keluar untuk mengisi perut.
 
Palestin…
Mereka lihat kesucian Al-Quds,
Kita…
Kita lihat “kejerebuan” KL.
 
Palestin…
Mereka nampak keindahan masjidil Aqsa.
Kita…
Kita lihat KLCC.
 
Palestin…
Allahu akbar laungan mereka.
Kita…
Kita asyik dengan alunan merdu suara ustaz,ustazah radio ikim.fm
 
Palestin…
Mereka lihat kereta kebal Yahudi berarak mencari mangsa.
Kita…
Kita lihat traffic jam dan lori minyak terbalik.
 
Palestin…
Mereka fikir bagaimana hendak tewaskan Yahudi laknatullah.
Kita…
Kita fikir bila hendak besarkan rumah, tukar kereta Vios.
 
Palestin…
Mereka lihat darah para syahid.
Kita…
Kita lihat banjir di dataran Merdeka.
 
Palestin…
Anak-anak muda mereka mengalunkan lagu jihad.
Kita…
Anak-anak muda kita dilamun irama kasih unic, Nowseeheart.
 
Palestin…
Matlamat mereka satu, menang atau syahid.
Kita…
Matlamat kita fikir projek, tambah duit.
 
Palestin…
Mereka syahid seronok bertemasya di Taman Syurga.
Kita…
Kita pulang ke rumah menikmati juadah bersama keluarga
 
Itulah hakikat Palestin.
Inilah kita.
 
nukilan: milkyway27

16.06.03

Kito Menuso

Pokok yang menanti kering dan ....Kito menuso (Kita manusia)
 
Bangunlah, bangunlah, wahai ulama’-ulama’ Islam
Bangkitlah, bangkitlah, wahai tok-tok alim Islam
Bangunlah dari lena, wahai pencinta-pencinta Islam
Buanglah, buanglah, angan-angan panjang, wahai pelajar-pelajar Islam
 
Lihatlah, lihatlah, dengan mata hati
Bahawa Islam dipermain-mainkan
Lihatlah, lihatlah, bukan dengan hati mati
Bahawa Islam telah dagang
 
Bukalah, bukalah, dengan mulut anugerah Tuhan
Ucaplah apa yang diajar guru
Bukalah, bukalah, akal fikiran
Luahkanlah ilmu dari sifu
 
Bacalah, bacalah, buku-buku di tangan
Laungkanlah di tengah masyarakat
Bacalah, bacalah, kitab-kitab usang di dinding-dinding
Ajarlah orang-orang jahil jauh dan dekat
 
Supaya mereka mengerti apa itu Islam
Supaya mereka mengenal siapa itu Tuhan
Supaya mereka gerun dan harap siang dan malam
Supaya mereka akur dan patuh kepada Al-Rahman
 
Sesungguhnya mereka itu jahil
Sesungguhnya mereka itu menurut hawa nafsu
Sesungguhnya mereka itu degil
Sesungguhnya mereka itu tidak tahu
 
Wahai ulama’, wahai tok alim, wahai pencinta dan pelajar Islam
Bangkitlah bersama-sama pengislah
Fahamilah taklif dan tujuan hidup dalam-dalam
Ke arah menuju negeri abadi…Jannah
 
Siapakah sebenarnya kita?
Hamba kepada Rabb Al-Alamin
Siapakah sebenarnya kita?
We are the followers in Islam not the inventors

nukilan: milkyway27

19/02/2006=21/01/1427