Pejuang…(5)

Di sebuah kedai kopi di bandaraya Kuala Lumpur, dua orang sahabat sedang sarapan pagi sambil berbual-bual isu-isu semasa. Maklumlah sudah lama mereka tak bertemu kerana kesibukan kerja masing-masing. Mereka bekerja keras di zaman ekonomi meleset ini mencari rezeki membanting tulang lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga minyak baru-baru ini dengan kebimbangan harga barangan lain akan turut naik. Ialah hanya peniaga yang takut kepada Allah dan jujur sahaja yang tak akan menaikkan harga barangan mereka secara keterlaluan. Kita ikuti dialog di antara dua orang sahabat ini…

Man: “Abu, apa khabar? Lama tak jumpa…mana kau sekarang? Azman menyapa Abu Bakar sahabat lamanya sejak sekolah rendah lagi.

Abu: “Alhamdulillah…sihat, kau apa khabar Man…aku masih kat KL macam dulu jugak…balas Abu Bakar .

Man: “Aku pun Alhamdulillah sihat walafiat…ehh aku tengok dalam status facebook kau naik pangkat tahun lepas…tahniah Bu bertambah rezeki kau…Azman mengucapkan tahniah kepada sahabatnya di atas kenaikan pangkat sebagai pengurus di syarikat tempat bekerjanya.

Abu: “Syukur Alhamdulillah Man rezeki yang Allah beri kepada aku…aku akan ke tanah suci Mekkah hujung bulan ni utk buat umrah sebagai tanda kesyukuran insyaAllah…

Man: “Alhamdulillah bagus tu Bu dapat rezeki lebih pergi umrah…Bu kau tahu aku rasa sedih dengan segelintir masyarakat Islam kita di Malaysia sekarang ni walaupun mereka sangat committed dengan Islam; solat berjemaah di masjid surau, puasa sunat kuat, hadir majlis ilmu, pergi umrah pergi haji, kuat bersedekah tapi…

Abu: “Tapi apa Man…tanya Abu sangat curious nak tahu apa yang nak diperkatakan oleh Azman…

Man: “Maksud aku, kau jangan salah faham kata-kata aku ni Bu, kita semestinya buat perkara-perkara baik itu semua dan sepatutnya dengan amalan-amalan baik tu kita akan lebih faham dan yakin dengan agama Islam dan menerima segala ajaran Islam tanpa mempersoalkan lagi kebenarannya dan mengikut Rasulullah SAW.

Maksud aku Bu mereka yang dah cantik amalan-amalan baik yang mereka lakukan ni ada yang kurang faham tentang syariat poligami dalam Islam. Mereka amat berat untuk menerima syariat poligami ini kerana dari percakapan dan tulisan mereka kita boleh lihat yang mereka tidak suka syariat ini. Aku berdoa semoga mereka diberi hidayah oleh Allah SWT supaya menerima ajaran Islam secara keseluruhan kerana itulah yang akan kita jawab di dalam kubur nanti bila ditanya apakah agama kamu semasa kamu hidup di atas dunia ini…

Abu mengangguk-angguk kepala tanda setuju dengan kenyataan sahabatnya itu tadi…

Advertisements

Pejuang…(4)

Abu: “Man, aku hairan kenapa kau suka sangat cakap pasal poligami…?” Abu bertanya kepada sahabatnya Man yang sedang makan nasi lemak dengan telur separuh masak.

Man: “Bu, kau tau tak apa yang berlaku sekarang di media sosial seperti TV, newspaper, facebook, twitter, whatsapp malah buku-buku yang diterbitkan di pasaran sekarang, apa berita yang hangat dibincangkan? Man membalas pertanyaan Abu dengan pertanyaan.

Abu: “Entah…” ujar Abu pendek.

Man: “Mereka bercakap tentang poligami, mereka tak bersetuju dengan poligami, mereka menghentam sistem poligami, mereka mengatakan sesuatu yang tidak baik tentang poligami tapi yang hairannya mereka ini solat, mereka pergi masjid mendengar kuliah-kuliah agama, mereka berpuasa, berzakat, mengerjakan haji, banyak bersedekah dan mereka membaca ayat-ayat Al-Quran. Persoalannya Abu adakah mereka memahami Al-Quran yang mereka baca setiap hari? Adakah mereka benar-benar yakin dan beriman dengan Al-Quran yang mereka baca itu? Pensyariatan poligami datangnya dari Allah. Allah yang menciptakan manusia dan alam semesta. Allah Maha Mengetahui apa yang diciptakan olehNya, apa yang terbaik untuk makhluk-makhlukNya. Kita sebagai hamba tidak boleh mempersoalkan kehendak dan ketentuan Allah. Kita hanya menurut apa-apa yang diperintahkan kepada kita oleh Allah. Semoga Allah meredhai kita semua.” Syarah panjang Man kepada Abu yang hanya melopong saja.

 

Pejuang… (3)

Abu: “Man, apa azam kau tahun baru 1437H hari ni…?

Man: “Abu, azam aku 1437H banyak…nak banyak baca Quran, nak banyak baca buku, nak banyak zikir, nak tambah ilmu…”

Abu: (mencelah) tambah isteri tak ada? (Sambil ketawa)ha Haa. ..

Man: “That’s not in the list la Abu…”
Nak kurangkan perkara2 yang tak berfaedah seperti bercakap perkara yang lagha (lalai), nak kurangkan makan, nak latih solat tahajjud, nak buang habit  (tabiat) yang tak elok…Itulah azam aku Abu, kau pulak apa? ehhh tertinggal satu lagi…nak terus berjuang menyedarkan masyarakat Islam tentang kefahaman yang jelas tentang poligami.”

Abu: “Man, I want to be a good Muslim, a good father to my children,  a good husband to my wives ehhh tersasul wife…”

Bicara Poligami…(16)

Ada orang kata “isteri pertama merasa terhina bila dimadu.”

Sejauh mana kebenaran kata-kata ini?

Poligami adalah ketetapan Allah dan ianya menguji sejauh mana keimanan seseorang kepada ayat-ayat yang diturunkan oleh Allah kepada hamba-hambaNya yang beriman.

Mengapa seseorang perlu melihat pandangan masyarakat sedangkan nilai-nilai yang datang daripada Allah yang kita kena ikuti?

Biar masyarakat menghina kita asalkan kita tetap beriman dengan ayat-ayat Allah. Ini akidah kita.

Apakah Ayat-ayat dan Dalil Wala’ kepada Orang Beriman dan Haram Wala’ kepada Kuffar dan Musyrikin?

Semoga Allah memberi pertolongan kepada anda. Semoga Allah menunjukan kita jalan yang diredhainya.
Di antara ikatan iman yang kukuh adalah kasih sayang kerana Allah dan membenci kerana Allah.
Allah telah memfardhukan kepada orang beriman permusuhan dan perseteruan dengan orang yang kuffar.
Allah juga telah memfardhukan jihad menentang orang kuffar dan munafiq dan bersikap tegas dengan mereka.
Allah telah melaknat dan menjanjikan laknat dan kematian bagi orang kuffar.
Allah telah menjadikan mereka yang bersama orang kuffar adalah sama dengan hukum mereka. Bagaimana mungkin seorang yang mengasihi Allah bersama dan mengasihi orang yang dibenci dan dimurkai Allah SWT?
Sedangkan Allah sendiri menjelaskan kemunafikan dan kekufuran orang yang mengambil kuffar sebagai penolong.

Dalil pertama:

لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَنْ تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ (28)ال عمران

Maksudnya:

“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat (auliya’) dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali. “(Surah Ali Imran: 28).

Dalil kedua:

الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفًا (76) أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ قِيلَ لَهُمْ كُفُّوا أَيْدِيَكُمْ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقِتَالُ إِذَا فَرِيقٌ مِنْهُمْ يَخْشَوْنَ النَّاسَ كَخَشْيَةِ اللَّهِ أَوْ أَشَدَّ خَشْيَةً وَقَالُوا رَبَّنَا لِمَ كَتَبْتَ عَلَيْنَا الْقِتَالَ لَوْلَا أَخَّرْتَنَا إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ قُلْ مَتَاعُ الدُّنْيَا قَلِيلٌ وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ لِمَنِ اتَّقَى وَلَا تُظْلَمُونَ فَتِيلًا (77) النساء

Maksudnya:

“Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut (auliya’) Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah. (76) Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan) dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat. (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)? Katakanlah (wahai Muhammad): Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap) dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertakwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya) dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun. / (77).

Dalil ketiga:

فَمَا لَكُمْ فِي الْمُنَافِقِينَ فِئَتَيْنِ وَاللَّهُ أَرْكَسَهُمْ بِمَا كَسَبُوا أَتُرِيدُونَ أَنْ تَهْدُوا مَنْ أَضَلَّ اللَّهُ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَلَنْ تَجِدَ لَهُ سَبِيلًا (88) وَدُّوا لَوْ تَكْفُرُونَ كَمَا كَفَرُوا فَتَكُونُونَ سَوَاءً فَلَا تَتَّخِذُوا مِنْهُمْ أَوْلِيَاءَ حَتَّى يُهَاجِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَخُذُوهُمْ وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ وَجَدْتُمُوهُمْ وَلَا تَتَّخِذُوا مِنْهُمْ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا (89) إِلَّا الَّذِينَ يَصِلُونَ إِلَى قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ أَوْ جَاءُوكُمْ حَصِرَتْ صُدُورُهُمْ أَنْ يُقَاتِلُوكُمْ أَوْ يُقَاتِلُوا قَوْمَهُمْ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَسَلَّطَهُمْ عَلَيْكُمْ فَلَقَاتَلُوكُمْ فَإِنِ اعْتَزَلُوكُمْ فَلَمْ يُقَاتِلُوكُمْ وَأَلْقَوْا إِلَيْكُمُ السَّلَمَ فَمَا جَعَلَ اللَّهُ لَكُمْ عَلَيْهِمْ سَبِيلًا (90) النساء

Maksudnya:

“Maka apakah yang menyebabkan kamu (berpecah) menjadi dua golongan terhadap kaum munafik itu, padahal Allah telah menjerumuskan mereka (ke dalam kekufuran) disebabkan apa yang telah mereka usahakan? Adakah kamu pula hendak memberi petunjuk kepada orang-orang yang telah disesatkan oleh Allah? Padahal sesiapa yang telah disesatkan oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya. (88) Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka. Oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam). Kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menemuinya dan jangan sekali-kali kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat atau penolong. (89) Kecuali orang-orang yang pergi (meminta perlindungan) kepada suatu kaum yang ada ikatan perjanjian setia antara kamu dengan mereka atau orang-orang yang datang kepada kamu sedang hati mereka merasa berat hendak memerangi kamu atau memerangi kaumnya dan jika Allah menghendaki, nescaya Dia menjadikan mereka berkuasa melawan kamu, kemudian tentulah mereka memerangi kamu. Dalam pada itu, jika mereka membiarkan kamu (dengan tidak mengancam atau mengganggu), serta mereka tidak memerangi kamu dan mereka menawarkan perdamaian kepada kamu, maka Allah tidak menjadikan bagi kamu sesuatu jalan (yang membolehkan kamu memerangi atau menawan) mereka. “(90) (Surah Al-Nisa’ : 88-90).

Dalil keempat:

Sifat orang munafiq

Orang munafiq adalah mereka yang mengambil orang kafir sebagai penolong untuk berkuasa.
Adakah mereka mencari kuasa dan kemuliaan dengan mangambil orang kafir sebagai pembantu dan penolong

بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا (138) الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا (139) وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا (140) النساء

Maksudnya:

“Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: Bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (138) (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya). (139) Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: Apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam Neraka Jahanam.” (140) (Surah Al-Nisa’: 138-140).

Dalil kelima:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَتُرِيدُونَ أَنْ تَجْعَلُوا لِلَّهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَانًا مُبِينًا (144) إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا (145) النساء

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu? (144) Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) Neraka dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka. (145) (Surah Al-Nisa’: 144-145).

Dalil keenam:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (51) فَتَرَى الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ يُسَارِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَى أَنْ تُصِيبَنَا دَائِرَةٌ فَعَسَى اللَّهُ أَنْ يَأْتِيَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِنْ عِنْدِهِ فَيُصْبِحُوا عَلَى مَا أَسَرُّوا فِي أَنْفُسِهِمْ نَادِمِينَ (52) المائدة

Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. (51) Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka). Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisiNya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya. “(52) (Surah Al-Maidah : 51-52).

Dalil ketujuh:

Allah telah melarang mengambil penolong dan pembantu dari kalangan ahli kitab dan kuffar.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاءَ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ (57) المائدة

Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu dan orang-orang kafir musyrik itu: Menjadi penolong-penolong dan bertakwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman. “(57) Surah Al-Maidah: 57

Dalil kelapan:

Allah melarang mengikuti hawa nafsu kaum yang telah sesat dan telah menyesatkan ramai manusia serta mereka sesat dari jalan yang benar.

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ غَيْرَ الْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعُوا أَهْوَاءَ قَوْمٍ قَدْ ضَلُّوا مِنْ قَبْلُ وَأَضَلُّوا كَثِيرًا وَضَلُّوا عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ(77)

Maksudnya:

“Katakanlah: Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalam agama kamu secara yang tidak benar dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul. (77) Surah Al-Maidah : 77

Maksiat dan melampaui had Allah yang menyebabkan dilaknat oleh para nabi Allah itu adalah kerana tidak mencegah kemungkaran mengambil orang kafir sebagai penolong dan pembantu. Allah menyamakan ketinggian iman dengan Allah dengan Nabi dan Kitab Allah dengan menafikan Iman tersebut terhadap orang yang mengambil orang kafir sebagai awliya’ (ketua,penolong dan pembantu).

لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ (78) كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ (79) تَرَى كَثِيرًا مِنْهُمْ يَتَوَلَّوْنَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَبِئْسَ مَا قَدَّمَتْ لَهُمْ أَنْفُسُهُمْ أَنْ سَخِطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَفِي الْعَذَابِ هُمْ خَالِدُونَ (80) وَلَوْ كَانُوا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالنَّبِيِّ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مَا اتَّخَذُوهُمْ أَوْلِيَاءَ وَلَكِنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ فَاسِقُونَ (81)

Maksudnya:

“Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Mariam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. (78) Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (79) Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (Neraka). (80) Sekiranya mereka beriman kepada Allah dan kepada Nabi serta apa yang diturunkan kepadanya nescaya mereka tidak menjadikan orang-orang (musyrik) sebagai teman rapat, akan tetapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang fasik.” (81) (Surah Al-Maidah :78-81).

Dalil kesembilan:

Allah memberitahu orang yang paling keras permusuhan adalah yahudi dan musyrikin, mereka mempunyai visi, strategi dan muslihat.

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَوَدَّةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَى ذَلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ (82) المائدة

Maksudnya:

“Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani”. Yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendeta-pendeta dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong. “(82) (Surah Al-Maidah: 82).

Dalil kesepuluh:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا آبَاءَكُمْ وَإِخْوَانَكُمْ أَوْلِيَاءَ إِنِ اسْتَحَبُّوا الْكُفْرَ عَلَى الْإِيمَانِ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (23) قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ (24) التوبة

Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim. (23) Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” (24) (Surah Al-Taubah: 23-24).

Dalil kesebelas:

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ (113) هود

Maksudnya:

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. “(113) (Surah Hud:113).

Dalil keduabelas:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَاءَ تُلْقُونَ إِلَيْهِمْ بِالْمَوَدَّةِ وَقَدْ كَفَرُوا بِمَا جَاءَكُمْ مِنَ الْحَقِّ يُخْرِجُونَ الرَّسُولَ وَإِيَّاكُمْ أَنْ تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ رَبِّكُمْ إِنْ كُنْتُمْ خَرَجْتُمْ جِهَادًا فِي سَبِيلِي وَابْتِغَاءَ مَرْضَاتِي تُسِرُّونَ إِلَيْهِمْ بِالْمَوَدَّةِ وَأَنَا أَعْلَمُ بِمَا أَخْفَيْتُمْ وَمَا أَعْلَنْتُمْ وَمَنْ يَفْعَلْهُ مِنْكُمْ فَقَدْ ضَلَّ سَوَاءَ السَّبِيلِ (1) إِنْ يَثْقَفُوكُمْ يَكُونُوا لَكُمْ أَعْدَاءً وَيَبْسُطُوا إِلَيْكُمْ أَيْدِيَهُمْ وَأَلْسِنَتَهُمْ بِالسُّوءِ وَوَدُّوا لَوْ تَكْفُرُونَ (2) لَنْ تَنْفَعَكُمْ أَرْحَامُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَفْصِلُ بَيْنَكُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ (3) قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِي إِبْرَاهِيمَ وَالَّذِينَ مَعَهُ إِذْ قَالُوا لِقَوْمِهِمْ إِنَّا بُرَآءُ مِنْكُمْ وَمِمَّا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ كَفَرْنَا بِكُمْ وَبَدَا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةُ وَالْبَغْضَاءُ أَبَدًا حَتَّى تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ وَحْدَهُ إِلَّا قَوْلَ إِبْرَاهِيمَ لِأَبِيهِ لَأَسْتَغْفِرَنَّ لَكَ وَمَا أَمْلِكُ لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ (4) الممتحنة

Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Mekah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah dia dari jalan yang betul. / (1) Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka). (2) Kaum kerabat kamu dan anak-anak kamu (yang tidak menurut kamu beriman) tidak sekali-kali akan mendatangkan sebarang faedah kepada kamu pada hari kiamat; Allah akan memisahkan di antara kamu semua (pada hari itu) dan (ingatlah), Allah Maha Melihat segala yang kamu kerjakan. (3) Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata, tetapi janganlah dicontohi perkataan Nabi Ibrahim kepada bapanya (katanya): Aku akan memohon kepada Tuhanku mengampun dosamu dan aku tidak berkuasa menahan (azab seksa) dari Allah sedikit juapun daripada menimpamu. (Berdoalah wahai orang-orang yang beriman sebagaimana Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya berdoa ketika mereka memusuhi kaumnya yang kafir, dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali! / (4) (Surah Al-Mumtahinah: 1-4).

Oleh: Ustaz Mukram Mohd Taib

Pejuang…(2)

Abu:  “Pak Long, bawa kopi Radix kosong satuu…”Abu memanggil Pak Long tauke kedai. Jadiii…Man, tak boleh kita mengatakan apa-apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada kita tu tak baik yee…? Mesti apa yang telah disyariatkan tu ada hikmahnya yeee…yang mana kita saje yang tak tahu…orang yang kata kahwin ramai tu risiko sakit kelamin tu lelaki ke perempuan Man?

Man: Perempuan…doktor perubatan lagi…sebab itu aku ada dengar dalam TV Hikmah pagi tadi yang seorang Ustaz dari Negara seberang bercerita pasal poligami…katanya syariat poligami ini adalah satu ujian kepada kaum wanita…kan syariat yang Allah turunkan kepada kita ummat Islam adalah untuk menguji keimanan kita? Betul tak Abu…? Sejauh mana kita sebagai hambaNya menerima hukum-hakam yang berupa suruhan atau larangan atau apa-apa yang diharuskan bagi kita dengan redha…Nah bagi perempuan yang beriman cubaannya ialah untuk menerima dengan redha akan pensyariatan poligami.

Abu: “Aku dengar ramai orang yang seolah-olah tidak setuju dengan poligami niii…kau tahu tak ada yang kata ini isu lapuk lah, tak sesuai lah dan macam-macam lagi…apa pendapatan kau…ehhh pendapat kau tentang hal ini…?

Man: “Ehh Abu…kau dah tambah air, aku pun nak jugak, Pak Long bagi saya Tongkat Ali power satu…kurang manis ahhh.”

Begini Bu, Azman berfikir sejenak apa yang nak dihujahkan kepada Abu kerana Abu telah mengeluarkan soalan-soalan power yang memerlukan dirinya menjawab dengan penuh hikmah…

“Bu…aku straight to the point la ye..satu kuliah subuh kat surau aku, ada seorang Ustaz yang dah berumur dalam lingkungan 60an, kalu tak silap aku seorang pensyarah universiti, dia bagi ceramah tajuk akidah kerana katanya akidah sangat penting dalam kehidupan kita dan di akhir kuliahnya Ustaz tu bagi peluang hadirin untuk bertanya…so, ada yang tanya apa hukum fahaman pluralisme, jawabnya majlis fatwa dah fatwakan yang fahaman pluralisme adalah SYIRIK. Lepas tu ada pulak yang bertanya tentang hukum hudud, jawabnya kalau tak beriman atau menolaknya pun adalah SYIRIK. Soalan yang last sekali ditanya ialah apa hukumnya orang Islam yang menolak poligami. Jawab Ustaz tu, kalu seseorang perempuan Islam mengatakan yang saya tak tolak poligami tapi kalu boleh saya tak nak lah berpoligami…yang ini tak apa lagi tapi kalu ada yang kata poligami ni tak sesuai di zaman sekarang, barbaric maka ini dah boleh jatuh SYIRIK. Kerana perkataan ini sudah mencabar hukum-hukum Allah, menentang apa yang telah diturunkan olehNya dan tidak percaya akan kebaikan-kebaikan syariat-syariat Allah, na’udzubillahi min dzalik.

Abu: “Berat hukumnya kalu tolak hukum Allah ye Man…sebab tu kita nak kena mengaji, mencari ilmu kalu tak kita cakap ikut suka hati je…ikut pandai kita je.”

Pejuang…

Abu: “Man, kau bila lagi nak kahwin dua? Aku rasa kau ni macam pejuanglah Man, macam lilin membakar diri untuk kepentingan orang lain. Kau bercakap tentang poligami…tapi kau sendiri pun belum berpoligami lagi.”

Man: “Apa yang kau cakap ni Abu? Aku sebenarnya bukan apa yang kau maksudkan itu…aku hanya menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang Muslim.” ujar Azman ingin menjelaskan sesuatu.

Abu: “Apa tanggungjawab yang kau lakukan Man, aku tak nampak pun? Apa yang aku tahu kau bercakap, menulis di dalam blog tentang poligami tetapi kau sendiri aku nampak macam dulu jugak…sudah bertahun aku dengar lecture kau mengalahkan ustaz lagi…? tanya Abu Bakar ingin tahu pendirian kawan lamanya yang sudah dikenalinya sudah hampir 7 tahun.

Man: “Kau pernah tak baca buku agama yang berorientasikan fikrah atau ideologi…atau pemikiran alim-ulama’ yang muktabar dan yang boleh dipercayai? Mereka meletakkan dakwah itu sebagai suatu kewajipan dan tanggungjawab atau apa yang dipanggil sebagai taklif kepada Muslim yang memahami ajaran agama yang sebenar iaitu yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.” khutbah Azman kepada Abu yang terdiam seketika.

“Dakwah ni Abu tidak mengira samada seseorang Muslim itu seorang ustaz atau seorang engineer atau pun seorang tukang sapu di jalanraya…ianya mesti kita sampaikan setakat apa yang kita ketahui. Bak kata pepatah Melayu, “seperti mengukur baju di badan sendiri.” Aku dengan sedikit pembacaan dan perbincangan dengan kawan-kawan yang lain yang arif bab poligami, merasa terpanggil untuk menyuarakan gerak hati aku untuk menerangkan kepada masyarakat Islam dan Melayu betapa persoalan poligami ini bukannya soal main-main atau remeh-temeh tetapi soal ini merupakan salah satu syariat yang terdapat di dalam Islam. ”

“Allahyarham Ustaz Rashid yang mengajar aku di universiti satu masa dulu, pernah ditanya oleh anak muridnya di dalam kuliah iaitu persoalan bolehkah menolak satu ayat yang terdapat di dalam Al-Quranul Karim. Beliau menjawab, sudah tentulah tidak boleh walaupun satu perkataan atau satu huruf kerana ayat-ayat suci Al-Quran itu adalah kalam Allah yang kita wajib beriman keseluruhannya. Semoga Allah merahmati Ustaz Rashid.” tambah Azman lagi sehingga sahabatnya Abu menjadi seronok.

Abu: “Ehh..Man banyak jugak yang kau belajar semasa di universiti dulu, walaupun kau seorang engineer tapi ilmu agama kau boleh tahan jugak Man…emmm apa ayat dalam Al-Quran berkenaan bab poligami tu..aku pun nak dengar jugak…aku ni sikit-sikit boleh lah baca Quran tapi kalau nak tajwid betul-betul aku tak berapa mahir Man. Maklumlah aku masa sekolah rendah dulu selalu ponteng mengaji Quran sebab takutkan guru Quran yang garang.” Abu membuat pengakuan kepada Azman.

Man: “Surah Al-Nisaa’ ayat ke-3…bacalah terjemahan dan tafsirnya. Abu, apa dah jadi kepada masyarakat Melayu Islam kita di Malaysia? Cuba kau lihat drama, filem, dokumentari semuanya berkisar tentang keburukan poligami. Hatta drama nur kasih pun yang disebut-sebut menampilkan kebaikan poligami pun sebenarnya ingin menunjukkan poligami itu negatif. Siapakah kita yang hendak menyatakan apa yang diturunkan oleh Allah itu tidak baik, tidak bagus. Na’uzubillahimin zalik.” Azman mengemukakan hujahnya kepada Abu supaya Abu sedar tentang realiti masyarakat Melayu Islam sekarang yang semakin jauh memahami ajaran Islam yang sebenar. Abu menggeleng-gelengkan kepalanya tanda kesal dengan suasana yang sedang berlaku sekarang.

Abu: “Teruskan…teruskan.” Abu semakin ingin tahu apa yang selama ini dianggapkan sebagai remeh-temeh saja bila ada orang bercakap pasal poligami di kedai-kedai kopi.

Man: “Abu, aku pernah mendengar di radio, orang yang bergelar cendikiawan, ketika ditemuramah mengatakan risiko kepada isteri-isteri yang bermadu dengan jangkitan penyakit kelamin. Astaghfirullah, Abu, dah berapa ramai lelaki Muslim sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W. lagi yang beramal dengan pensyariatan poligami ini dan mereka tidak menghadapi masalah penyakit kelamin. Adakah kita hendak mengatakan yang dengan berpoligami maka risiko jangkitan penyakit kelamin akan bertambah dan poligami tak sepatutnya dipraktikkan? Abu, aku rasa ini seolah-olah mencabar apa yang telah diturunkan oleh Allah Taala yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui apa yang baik untuk makhluknya yang bernama manusia. Aku juga berharap agar orang yang mengeluarkan kenyataan ini supaya bertaubat dan memohon ampun kepada Allah sebelum dia dipanggil pulang oleh Allah.” kata Azman lagi yang membuat Abu terpegun.

bersambung…iA

Tak boleh menghina saudara seIslam…


 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا تَحَاسَدُوا، وَلَا تَنَاجَشُوا، وَلَا تَبَاغَضُوا، وَلَا تَدَابَرُوا، وَلَا يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ، وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إخْوَانًا، الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ، لَا يَظْلِمُهُ، وَلَا ي…َخْذُلُهُ، وَلَا يَكْذِبُهُ، وَلَا يَحْقِرُهُ، التَّقْوَى هَاهُنَا، وَيُشِيرُ إلَى صَدْرِهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنْ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ، كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ: دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ . 

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi
antara satu dengan lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah
kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang
muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan
menghinanya. Ketaqwaan itu di sini – sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali –
Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap
orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.

(hadis riwayat Muslim)
Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini menganjurkan satu cara hidup bermasyarakat yang pasti membawa kepada keharmonian
hidup, iaitu cara hidup yang mempamerkan keluhuran budi dan kemuliaan akhlak.


(2) lslam melarang umatnya dari saling hasad dengki, tipu menipu, benci membenci dan pulau
memulau kerana semua sifat ini adalah sifat buruk yang hanya akan membawa kepada kerosakan, huru
hara dan perpecahan dalam masyarakat. Masyarakat akan hancur sekiranya setiap anggota mempunyai
sifat-sifat buruk seumpama ini.


(3) lslam juga melarang seseorang memotong jual beli saudaranya sehingga dia selesai membuat
keputusan sama ada mahu meneruskan jual beli tersebut atau membatalkannya. Apabila jual beli itu
dibatalkan, maka bolehlah dia menawarkan diri untuk berurus niaga. Etika ini diajar oleh lslam demi
memelihara hubungan persaudaraan sesama muslim agar tidak timbul permusuhan akibat perbuatan
memotong urusniaga orang lain.


(4) Umat lslam digesa hidup sebagai hamba Allah yang bersaudara dengan masing-masing menunaikan
hak saudaranya dengan sempurna. Antara hak saudara seagamanya ialah bahawa dia tidak
menzaliminya, tidak membiarkannya dihina, tidak membohonginya dan tidak mencerca atau
menghinanya. Cukuplah seorang mukmin mendapat kecelakaan apabila dia suka menghina saudaranya.


(5) Taqwa adalah perkara tersembunyi yang ada di dada seseorang, ia bukannya suatu perkara yang
boleh didakwa. Taqwa tidak seharusnya didakwa-dakwa bahkan ia adalah perkara tersembunyi di dada,
namun ia dapat dikesan berdasarkan amalan seseorang kerana seorang yang bertaqwa hanya akan
melakukan amalan soleh dan berakhlak mulia.

Sumber: facebook.com

Nak buat baik ada cubaannya…

Pada satu masa dahulu, Ahmad, (bukan nama sebenar) tinggal di sebuah kawasan luar bandar untuk bekerja sebagai jurutera kilang. Dia tinggal berseorangan di rumah besar yang diberi oleh syarikatnya. Dia adalah seorang yang komited di dalam mengikuti ceramah-ceramah agama sejak di universiti lagi. Oleh kerana tempat tinggalnya agak jauh dari tempat pengajian agama, Ahmad terpaksa berulang-alik setiap minggu untuk mempelajari kuliah agama kerana dia tidak mahu ketinggalan pelajaran yang telah diikutinya selama ini.

“Aku mesti hadir program ni, walaupun terpaksa menaiki motorsikal keseorangan pada waktu malam.” kata Ahmad di dalam hati. Petang tadi semasa bekerja di kilang, kakak kantin telah memberitahunya yang jalan yang selalu dilalui oleh Ahmad pada waktu malam agak menyeramkan dari maklumat orang ramai.

‘Ini ujian untuk aku, samada aku terus datang kuliah atau duduk di rumah saja tengok TV.” Ahmad bertanya kepada dirinya. “Baik aku attend program dari duduk saja di rumah, nanti masa naik motor, aku baca quran kuat-kuat.” katanya di dalam hati dengan penuh yakin.

Alhamdulillah, dia telah berjaya mengharungi cubaan itu walaupun dalam hatinya merasa sangat berat pada mulanya. Dia tabah menghadapi dugaan yang bergolak di dalam jiwanya kerana dia mahu mempraktikkan apa yang dipelajari dalam setiap program-program keagamaan yang telah diikutinya sejak beberapa tahun yang lalu. Sekiranya dia tidak memecahkan perasaan takutnya pada masa itu mungkin dia sudah tidak berminat saat ini untuk menghadiri program agama di tempatnya. Dia masih ingat pada suatu tengah malam, dia melintasi kawasan itu dengan membaca quran sekuat-kuatnya bagi menghilangkan perasaan takutnya.

“Aku minta pertolongan daripada Allah dari perasaan takut, aku hanya takut kepadaMu saja, ya Allah,” jerit Ahmad di dalam hatinya.

Kini, dia perlu menaiki kereta beberapa minit saja untuk sampai ke tempat-tempat pengajian tanpa rasa ada gangguan, mungkin gangguan yang akan timbul ialah desakan hati supaya malas, duduk di rumah atau pergi membeli-belah pada masa kuliah agama diadakan.

Dia perlu tawadhuk dan merendah dirinya untuk tetap istiqamah di dalam program-program yang bertujuan untuk memperbaik dirinya dan juga keluarganya.

“Ya Allah, Engkau tetapkanlah hatiku ini di atas jalan kebaikan dan Engkau jadikanlah orang-orang yang soleh sebagai teman-temanku,” doa Ahmad ketika selesai solat tahajjud pada malam yang hening itu…

Creation: Why Not in Less Than 6 Days?

Question: I am a non-Muslim student. I read that the Muslim God created all things in 6 days. Is that true and what is the logic behind that? Isn’t he able to do that in a shorter time?

Answer: Salam, Rickery.

Thank you for your question.

First of all, I would like to state that there is no Muslim God or Christian God or Jewish God. There is only One God Who created all humans. Therefore, it is better to avoid the term, “Muslim God”.

Of course, by “Muslim God”, you mean God, according to the teachings of Islam. Indeed it is true that the Quran, which is the Book of God revealed to Prophet Muhammad (peace be upon him), mentions that God created the universe in “six days”. Read the following:

[Your Guardian-Lord is Allah, Who created the heavens and the earth in six days, and is firmly established on the throne (of authority). He draws the night as a veil over the day, each seeking the other in rapid succession. He created the sun, the moon, and the stars, (all) governed by laws under His command. Is it not His to create and to govern? Blessed be Allah, the Cherisher and Sustainer of the worlds!](Al-A`raf 7:54)

The well-known Quran translator and interpreter, Muhammad Asad, writes on the use of the word, “yawm” in the Quran, which is usually rendered “day”:

“The word yawm, commonly translated as “day” … is used in Arabic to denote any period, whether extremely long “aeon” or extremely short “moment”: its application to an earthly “day” of twenty-four hours is only one of its many connotations.” (M. Asad, The Message of the Quran)

The foregoing means that in the context of the above verse (7:54), “aeon” is a better translation that suits the context.

In the context of the creation of the universe, the word “day” in the sense of twenty four hours in our reckoning, is irrelevant. This is because we calculate a day on the basis of the earth rotating on its axis taking the duration of a day. So “six days” taken for the creation of the heavens and the earth can only mean six long periods of time or six aeons.

It is also worth noting here that the Bible also mentions “six days” as the time taken for the creation of the heavens and the earth: Read the Book of Genesis in the Old Testament of the Bible: Genesis 1:31, Genesis 2:1, 2.

“God saw all that he had made, and it was very good. And there was evening, and there was morning—the sixth day. Thus the heavens and the earth were completed in all their vast array. By the seventh day God had finished the work he had been doing; so on the seventh day he rested from all his work.” (Genesis 1:31, New International Version)

Indeed it is possible for God to create the heavens and the earth in a shorter period of time, say in six hours. But then your question would be: why doesn’t God create them in a still shorter time?

God has His own reason for choosing a particular way of creation or for taking a particular duration for creation; and we humans have no way of knowing it, unless God Himself reveals it to us.

But we can make a scientific study of the origin of the universe using our God-given analytical skills to figure out the logic behind it, as far as we can. But such an enterprise, I suppose, is quite beyond us in this context.

I hope this answers your question. Please keep in touch.

Salam.

Source: http://www.readingislam.com/servlet/Satellite?cid=1258880810206&pagename=IslamOnline-English-AAbout_Islam%2FAskAboutIslamE%2FAskAboutIslamE