MilkyWay27

Believe, Steadfast, Success

Pejuang…(2)

Tinggalkan komen

Abu:  “Pak Long, bawa kopi Radix kosong satuu…”Abu memanggil Pak Long tauke kedai. Jadiii…Man, tak boleh kita mengatakan apa-apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada kita tu tak baik yee…? Mesti apa yang telah disyariatkan tu ada hikmahnya yeee…yang mana kita saje yang tak tahu…orang yang kata kahwin ramai tu risiko sakit kelamin tu lelaki ke perempuan Man?

Man: Perempuan…doktor perubatan lagi…sebab itu aku ada dengar dalam TV Hikmah pagi tadi yang seorang Ustaz dari Negara seberang bercerita pasal poligami…katanya syariat poligami ini adalah satu ujian kepada kaum wanita…kan syariat yang Allah turunkan kepada kita ummat Islam adalah untuk menguji keimanan kita? Betul tak Abu…? Sejauh mana kita sebagai hambaNya menerima hukum-hakam yang berupa suruhan atau larangan atau apa-apa yang diharuskan bagi kita dengan redha…Nah bagi perempuan yang beriman cubaannya ialah untuk menerima dengan redha akan pensyariatan poligami.

Abu: “Aku dengar ramai orang yang seolah-olah tidak setuju dengan poligami niii…kau tahu tak ada yang kata ini isu lapuk lah, tak sesuai lah dan macam-macam lagi…apa pendapatan kau…ehhh pendapat kau tentang hal ini…?

Man: “Ehh Abu…kau dah tambah air, aku pun nak jugak, Pak Long bagi saya Tongkat Ali power satu…kurang manis ahhh.”

Begini Bu, Azman berfikir sejenak apa yang nak dihujahkan kepada Abu kerana Abu telah mengeluarkan soalan-soalan power yang memerlukan dirinya menjawab dengan penuh hikmah…

“Bu…aku straight to the point la ye..satu kuliah subuh kat surau aku, ada seorang Ustaz yang dah berumur dalam lingkungan 60an, kalu tak silap aku seorang pensyarah universiti, dia bagi ceramah tajuk akidah kerana katanya akidah sangat penting dalam kehidupan kita dan di akhir kuliahnya Ustaz tu bagi peluang hadirin untuk bertanya…so, ada yang tanya apa hukum fahaman pluralisme, jawabnya majlis fatwa dah fatwakan yang fahaman pluralisme adalah SYIRIK. Lepas tu ada pulak yang bertanya tentang hukum hudud, jawabnya kalau tak beriman atau menolaknya pun adalah SYIRIK. Soalan yang last sekali ditanya ialah apa hukumnya orang Islam yang menolak poligami. Jawab Ustaz tu, kalu seseorang perempuan Islam mengatakan yang saya tak tolak poligami tapi kalu boleh saya tak nak lah berpoligami…yang ini tak apa lagi tapi kalu ada yang kata poligami ni tak sesuai di zaman sekarang, barbaric maka ini dah boleh jatuh SYIRIK. Kerana perkataan ini sudah mencabar hukum-hukum Allah, menentang apa yang telah diturunkan olehNya dan tidak percaya akan kebaikan-kebaikan syariat-syariat Allah, na’udzubillahi min dzalik.

Abu: “Berat hukumnya kalu tolak hukum Allah ye Man…sebab tu kita nak kena mengaji, mencari ilmu kalu tak kita cakap ikut suka hati je…ikut pandai kita je.”

Author: milkyway27

Aku adalah seorang insan yang hanya mengharapkan keredhaan Allah di dalam mengharungi kehidupan dunia yang sementara ini. Namun aku menyedari bahawa untuk mendapat kasih dan rahmah Allah itu memerlukan pengorbanan yang tinggi yang datang dari hati nurani yang ikhlas yang beribadat semata-mata kerana Allah, Rabbul 'Alamin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s