MilkyWay27

Believe, Steadfast, Success

Bicara poligami…(15)

9 Komen

Ada seorang ustaz, da’ie, harakiyy, pernah berkata utk memahami syariat poligami di dalam Islam biasanya orang yg berumur 40 tahun ke atas. Saya menambah… umur 37 thn, 38 thn pun boleh memahaminya juga.

Saya bimbang sebenarnya bila mendengar perkataan tidak rela, tidak suka, benci, menyampah, meluat, ttg syariat poligami ini.

Misalan yg ingin saya utarakan di sini spt berikut:

Saya tidak rela ayah saya mengamalkan poligami, sebab saya tidak suka syariat poligami. Kenapa tidak suka syariat poligami sebab ayah saya tidak layak utk berpoligami. Sebab apa ayah saya tidak layak berpoligami sebab dia masih kurang penglibatannya dalam dakwah. Jadi dia masih tidak layak utk berpoligami sehinggalah ayah saya menjadi seorang da’ie yang komited, yang taat beribadah macam ‘alim ulama’. Apa syarat poligami sebagaimana yang Allah Taala nyatakan di dalam Al-Quran? Allah Taala berfirman sekiranya kamu boleh berlaku adil kamu boleh mengahwini wanita-wanita dua, tiga, atau empat. Sekiranya kamu takut tidak boleh berlaku adil kahwini seorang sahaja.

Kenapa kamu tidak rela? Sebab kamu benci kepada syariat poligami. Sebab kamu selalu tonton di dalam TV, filem banyak keburukan ttg poligami. Sebab apa kamu kata syariat poligami buruk sebab kamu tak jumpa contoh yang baik. Mungkin sebab kamu tak baca sirah Islam, bagaimana terdapat banyak contoh2 para sahabat Baginda, tabi’in dan banyak lagi yang menunjukkan contoh yg baik. Kamu tak yakin apa yg Allah Taala turunkan iaitu syariat poligami? Kamu tak baca Al-Quran surah Al-Nisaa’ ayat 3? Atau kamu skip (langkah) saja ayat itu dan baca ayat2 yg lain saja? Bolehkah kamu tinggalkan satu ayat di dalam Al-Quran sebab kamu tidak suka syariat itu? Jawapannya sudah tentu tak boleh sebab kita WAJIB beriman kepada Al-Quran keseluruhannya.

Nasihat saya: Belajarlah daripada guru/ustaz yg ikhlas dan berpengalaman…ilmu bukan semata-mata melalui buku tetapi banyaknya datang dari pengalaman hidup.

Marilah kita sama-sama bertaubat sebelum kita dipanggil pulang oleh Allah Taala dalam keadaan kita membenci syariatnya. Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah…

Author: milkyway27

Aku adalah seorang insan yang hanya mengharapkan keredhaan Allah di dalam mengharungi kehidupan dunia yang sementara ini. Namun aku menyedari bahawa untuk mendapat kasih dan rahmah Allah itu memerlukan pengorbanan yang tinggi yang datang dari hati nurani yang ikhlas yang beribadat semata-mata kerana Allah, Rabbul 'Alamin.

9 thoughts on “Bicara poligami…(15)

  1. salam.. hmm.. suka tulis pasal poligami.. ana ada juga komen pasal poligami ni

    http://ibnrajab.wordpress.com/2008/01/17/poligami/

    komen anda dialu-alukan

  2. bukan menolak poligami ustaz tp….banyak dah keruntuhan rumah tangga, keruntuhan jiwa disebabkan poligami…poligami mmg sunnah ustz, tp yang wajibnye mereka tidak buat pun…..lepas kawin kali kedua, isteri pertama beserta anak2nya tidak terurus..ditinggal tanpa sara hidup..balik ke rumah isteri pertama hanya sekali….bagi saya ustz poligami itu indah mendatangkan kebaikan kepad sesebuah keluarga itu,,,tp jika sebaliknya saya amat membencinya….

    saya amat bangga dengan mereka yg dapat mengamalkannye dengan baik dan terurus……

    • hukum poligami dibolehkan kpd sesiapa yg boleh berlaku adil…orang yg tidak berlaku adil itu adalah kesalahan dia, hukum tetap hukum…kita wajib beriman yg hukum ini datang daripada Allah dan syaratnya hendaklah berlaku adil kepada isteri-isteri. sekiranya si suami tidak berlaku adil terhadap isteri-isterinya bermakna si suami itu yg bersalah bukannya hukum itu sebab ada contoh yg boleh berlaku adil kepada isteri-isterinya contohnya Nabi Muhammad SAW.

      begitu juga suami yg berkahwin seorang isteri, ada juga yg menganiaya isterinya tapi adakah kita nak mengatakan hukum perkahwinan itu salah…bolehkah kita kata tak payahlah ada hukum perkahwinan sebab ramai yg menganiaya isteri-isteri mereka…wallahu’alam.

      • Setiap insan akan menerima ujian dalam kehidupannya…kehidupan yg sementara ini, mungkin 20 thn, 30 thn atau ada yg sampai hidup 70, 80 tahun…Keimanan setiap kita akan diuji samada kita tabah atau redha dengan ujian yg dihadapi. Kewajipan sebagai seorang Islam adalah mentaati syariah Allah yg diturunkan melalui Nabi Muhammad SAW. Setiap hukum dan peraturan ataupun dipanggil syariat mestilah diikuti oleh orang Islam kerana setiap hukum atau syariat itu adalah ketentuan Allah Pencipta manusia dan sekelian alam. Sekiranya puan menghadapi tekanan dan masalah yg tidak boleh diselesaikan oleh puan saya menasihatkan puan berjumpa dengan pejabat kadhi utk meminta nasihat rumahtangga. InsyaAllah pegawai2 di pej kadhi sana akan berusaha utk mengeluarkan kebuntuan yg puan hadapi dengan cara yg berhikmah. Apa yg penting ialah kita mempelajari ajaran2 Islam kerana di situ ada hikmah2 dan tujuan2 hidup kita di dunia ini. Syariat yg diturunkan oleh Allah Taala adalah utk kebaikan hamba-hambaNya dan yakinlah kita yg Allah Taala itu Maha Adil. Itu adalah aqidah atau pegangan yg wajib kita ikuti sehingga akhir hayat kita. Kita akan hidup selama-lamanya di alam akhirat nanti maka pilihan kita utk menjadi sebagai seorang Islam adalah utk kebaikan kita juga dan kita bersyukur kerana diberi hidayah Islam dan iman ini. Susahnya kita ada lagi orang yg lebih susah dari kita dengan ujian2 yg lebih berat spt kemiskinan, penyakit, kelaparan, kesempitan hidup, dan bermacam-macam tribulasi dalam hidup mereka. Kita berdoa kpd Allah taala supaya kita sentiasa berada di atas jalan yg lurus iaitu jalan orang yg diberi nikmat dan bukan jalan orang yg dimurkai dan bukan pula jalan orang2 yg sesat. Itulah yg kita ucapkan setiap kali solat di dalam surah Al-fatihah. Wallahu’alam.

      • Assalamualiakum.. sya isteri kedua yang mana sbelum bnikah telah mndapat psetujuan dari isteri pertama namun ditentang hebat oleh ibu saya sndiri. hampir 2tahun bru la keadaan mjadi reda dan sya di terima keluarga, nmun pda masa itu isteri pertama hanyalah berpura2 menerima sya sbgai madu. suami pula banyak mencerikan soal peribadi & hal rumah tgga kami pada madu. ia membuatkan madu sya ketawa puas hati dengan keadaan rumah tangga kami. saya iklas menyayangi dan mencintai suami, tapi di belakang saya suami banyak mengutuk dan menghina saya. apakah patut sya terus tersiksa dalam pernikahan ini sedangkan dulu suami la yang banyak memberi semangat dan nadi kekuatan saya. di mana hak saya sbagai isteri jika semuanya suami perlu minta izin isteri pertama untuk melaksanakan tggwbnya?? berdosakah sya melauhkan yg terpendam dlm ruangan ini?? tolong saya….

  3. saya isteri no 2, saya nikah dng suami sbb nak elak perkara tak baik berlaku

  4. asslmualaikum,

    Kebanyakkan wanita tidak faham istilah poligami, dan tidak dapat menerima ketentuan dari Allah swt yang dah ditentukan. Mementingkan diri sendiri itu la akibatnya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s