MilkyWay27

Believe, Steadfast, Success

Bicara Poligami…(14)

2 Komen

Di antara kenapa wanita-wanita Islam di Malaysia tidak menerima suami berpoligami berdasarkan kajiselidik yang kawan saya lakukan adalah seperti berikut:

1.Suami “main kayu tiga” terlebih dahulu dibelakang isteri sehingga akhirnya diketahui oleh isteri.
2. Suami gagal melaksanakan tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak-anak yang sedia ada sama ada dari sudut fizikal dan mental.
3. Suami berkahwin di Selatan Thailand terlebih dahulu barulah hendak memberitahu kepada isteri sehingga isteri memohon cerai kepada suami.

Katanya lagi apabila isteri membenarkan suaminya berpoligami, ia hanya 30% diskaun untuk pada hakim membenarkan suami berpoligami. Ini adalah berdasarkan kepada aduan ketidakadilan yang berlaku apabila suami berpoligami.

Walaubagimanapun ia masih terbuka untuk dikritik dan sedia menerima kritikan.

Author: milkyway27

Aku adalah seorang insan yang hanya mengharapkan keredhaan Allah di dalam mengharungi kehidupan dunia yang sementara ini. Namun aku menyedari bahawa untuk mendapat kasih dan rahmah Allah itu memerlukan pengorbanan yang tinggi yang datang dari hati nurani yang ikhlas yang beribadat semata-mata kerana Allah, Rabbul 'Alamin.

2 thoughts on “Bicara Poligami…(14)

  1. mengenai yang suami berkahwin di selatan thailand,persoalan yang berada di minda saya:
    1)kenapa berkahwin di sana?
    2)adakah si suami memang takut isteri tahu?
    3)kenapa takut isteri tahu?
    4)adakah tanggungjawabnya sebagai suami walaupun sekadar yang termampu sudah settle?
    5)klu si suami seorang yg bertanggungjawab,takkanlah si isteri tidak redha dia berkahwin dua?
    6)adakah dia yakin dia mampu menjaga hati si isteri,sedangkan tindakan menyembunyikan perkahwinan kedua sudah terbukti dia tidak mampu menambat hati isteri…?

    • jawapannya:
      1) sebab berkahwin di sana mudah,
      2) bukan takut tetapi di sini memerlukan tandatangan/keizinan si isteri…si isteri yg membenarkan suami kahwin lagi satu mungkin satu orang dalam satu ribu orang,
      3) sama spt soalan no. 2,
      4) terpulang kepada suami masing2 samada dah settle ke belum,
      5) terpulang kepada isteri masing2 samada dah redha ke belum,
      6) bila suami rasa boleh berlaku adil kepada isteri2nya barulah boleh berkahwin lebih dari satu isteri..kalau takut tidak boleh berlaku adil maka kahwin satu isteri sahaja.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s