MilkyWay27

Believe, Steadfast, Success

Saya Nak Jadi Isteri Kedua

13 Komen

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Zuhdi tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka awak sudah beristeri!

Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya.

Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Zuhdi liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… ” Fatimah mula sebak.

“Tak. Maksud saya…” “Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fatimah dengan kasar. “Awak nampak macam ‘alim, tapi sanggup menipu saya.

Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa? Saya rasa terhina tau” suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Zuhdi diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah’ di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini, seorang yang menjalani tarbiyah Islam sejak dari universiti lagi tapi ini jawapan yang diterima olehnya. Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kelabu. Dalam hatinya, Zuhdi seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. 

Zuhdi muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya. “Ada hikmah,” bisik hati kecil Zuhdi, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Zuhdi sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya.

Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bagi. Itulah yang menjadi pegangannya sejak dia mengenali fikrah Islam semasa di tahun satu universiti kejuruteraan teknologi.

Dia amat bersyukur dan berterimakasih kepada Farhan kerana telah mengajaknya mengikuti program perkhemahan walaupun pada mulanya dia enggan. Matlamatnya pada mulanya ialah untuk menumpukan sepenuh masa dengan pelajaran kerana dia ingin berjaya dengan cemerlang. “Ikut dakwah pun boleh berjaya dengan cemerlang, malah boleh dapat “double“, ujar Farhan kepada Zuhdi. “Double? camne tu? tanya Zuhdi ingin tahu.

“Cemerlang di dunia, cemerlang di akhirat, cemerlang di dunia hanya sementara je, cemerlang di akhirat forever,” kata Farhan dengan penuh keyakinan terpancar di wajahnya yang berseri dek banyak beribadah.

Itulah kata-kata power daripada Farhan kepada Zuhdi sepuluh tahun yang lalu yang membuatkan hatinya tersentuh.

Seni dalam berdakwah.

Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan dakwah yang akan membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari akhirat nanti.

Keyakinan serta keaktifan Zuhdi berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Zuhdi dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan Islam yang dianutinya. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Zuhdi. Bagi Fatimah, Zuhdi seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Zuhdi melamarnya menjadi isteri kedua. Zuhdi masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Zuhdi tersebut. Bagi Fatimah, Zuhdi tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Zuhdi berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. 

Zuhdi semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Zuhdi – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Zuhdi. Zuhdi takut dirinya akan menjadi futur disebabkan lamarannya ditolak oleh Fatimah. Sudah ramai sahabat-sahabatnya menjadi futur dek kerana mengejar kemewahan dunia – sibuk kerja sehingga mengabaikan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang dai’.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Zuhdi dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Zuhdi sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Zuhdi bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak kerana dia belum mencubanya. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Zuhdi berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Zuhdi mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Zuhdi tanpa segan silu.

“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.

“Er, betul ke ni?” tergagap Zuhdi menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Zuhdi.

“Kenapa saya?” tanya Zuhdi ingin tahu.

“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

“Baiklah,” jawab Zuhdi tersenyum.

Akhirnya, Zuhdi dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Zuhdi terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Zuhdi semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Zuhdi membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti robot. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Zuhdi. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

“Ye sayang?” jawab Zuhdi sambil memandu.

“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Zuhdi menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

“Ye ke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang. Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Zuhdi dalam gerak kerja dakwah.

Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Zuhdi yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Zuhdi aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Zuhdi membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. 

Zuhdi berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

“Itu isteri pertama abang,” Zuhdi menuding jari ke arah khemah tersebut.

“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Zuhdi.

“Yang mana satu bang,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar. 

Zuhdi tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

“’Aisyah, orang Kelantan, ” jawab Zuhdi.

Author: milkyway27

Aku adalah seorang insan yang hanya mengharapkan keredhaan Allah di dalam mengharungi kehidupan dunia yang sementara ini. Namun aku menyedari bahawa untuk mendapat kasih dan rahmah Allah itu memerlukan pengorbanan yang tinggi yang datang dari hati nurani yang ikhlas yang beribadat semata-mata kerana Allah, Rabbul 'Alamin.

13 thoughts on “Saya Nak Jadi Isteri Kedua

  1. aslmkm…saya ada melalui pengalaman brsama suami org.. kbnyakan nya lebih takut dgn istri dari takut dgn tuhan. saya impikan hidup bersama lelaki yg sy suka…tapi ada yg mjadi masalah besar selepas d beritau pada istri pertama… skg ni kbnyakan org dlm masyarakat kita menentang poligami… dan ikhlas dari hati sy… hanya utk menumpang kasih atau kehidupan menjadi seorg isteri pd lelaki yg sy cintai… pendapat sy…zaman skg, klu nak poligami tak boleh betau istri pertama…nanti huru hara jadinya.

  2. Berapa ramaikah Muslimat yang bijak seperti ‘Aisyah dan yang cerdik seperti Nusaibah?

  3. kpd zuliana, saya setuju dengan anda, bukan tak boleh bagi tahu, tetapi… kita faham akan feedback yang bakal diterima adalah “aggresif reaktion”, … but bagi saya that is the time you will know “the true colours of 1st mem” yang selama ini cool dan vogue.

    • asskm.,saya setuju dgn pendapat yang dikemukakan,ramai lelaki takutkan isteri pertama dari takutkan azab Allah, sedangkan keredhaan Allah adalah penyelamat kepada ummah itu sendiri dalam hal berpoligami.Ini kerana, kaum muslimat kalangan melayu typical masih menganggap poligami sesuatu yang mengaibkan mereka.Ramai muslimat yang ingin dambakan kasih sayang dari lelaki baik dari kalangan suami orang, tetapi sentiasa mendapat tentangan termasuk keluarga ibu bapa sendiri.

  4. sy mangsa kekejaman wanita….hidup hancur sebab poligami….wanita memang kejam…sy merasa terlalu hina bila meluahkan ingin berpoligami….
    masyarakat hina…keluarga hina..isteri tua hina….semua org hina….
    sy kahwin nekad…..tetapi kalah sebab terlalu banyak cacian….akhirnya aku gila…hanya kepada ALlah tempat mengadu

  5. Entah la semua komen yang diatas megakatakan isteri pertama ni xizinkan tapi bagi saya isteri saya yang inginkan saya berkawin lagi,ini sebab ibu dan ayah die sendiri pon berpoligami dan ayah die sendiri pernah berkate utk saya berkawin lagi.saya rase tiada masalah kalau kite betul ikhlas dengan yang pertama dan yang kedua klu kite jujur semuanya aman,tapi dari awal la.

  6. saye umur 21. dilamar laki orang. kalau ikut hati saye, mmg saye terime. atas alasan, ramai lelaki bujang yang haru biru hidupnya. saye nak kawin cepat sebab saye xnak hanyut dgn zina. tapi dalam mase yg same, saye takot dgn pandangan org sekeliling. saye takot isteri pertame die terluke. saye confuse. bantu saye…. terlalu memerlukan pandangan pihak lain.

    • hanya fikir apa yg dilakukan tanpa perlu fikir hal org mengata atau hati org… kerana semuanya dtg dr kehendak dan perancangan Allah… tp cara kita meredhai setiap sesuatu

      • Beriman dengan Qada’ & Qadar adalah salah satu dari rukun iman. Lihat hikmah yang ada utk kebaikan kehidupan kita di masa hadapan.

      • Redha dengan Qada & Qadar Allah di samping banyak berdoa dan berzikir kpdNya.

  7. saye umur 21. dilamar laki orang. kalau ikut hati saye, mmg saye terime. atas alasan, ramai lelaki bujang yang haru biru hidupnya. saye nak kawin cepat sebab saye xnak hanyut dgn zina. tapi dalam mase yg same, saye takot dgn pandangan org sekeliling. saye takot isteri pertame die terluke. saye confuse. bantu saye…. terlalu memerlukan pandangan pihak lain.

    • nikah je daripada mengelak zina.. takpayah pikir hal orang lain.. janji beramal soleh sudah..memang akhir zaman wanita lagi ramai dari lelaki… jangan hirau orang kata yang tak berilmu.. bukan diorang nak kahwin..jadi andartu dah tua takda sapa nak jaga.. duduk sorang2

  8. Beristikharahlah …nescaya Allah swt membuka jalan yang terbaik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s