MilkyWay27

Believe, Steadfast, Success

Bicara Poligami…(10)

1 Komen

Sabar, ya sabar. Maknanya tak marah. Tahan marah. Bersabar. Contoh ayat tentang sabar. “Cikgu Ahmad adalah seorang yang penyabar. Walaupun murid-muridnya membuat bising di dalam kelas dia tetap bersabar dan menasihati murid-muridnya dengan cara yang baik.”

Sabar terhadap kerenah isteri-isteri. Itu kriteria si suami yang hendak berpoligami. Kalau anda seorang yang tak boleh bersabar atau istilah lainnya anda seorang yang pemarah, fikir dulu sebelum berpoligami. Mungkin anda kena mengubati “penyakit” anda itu dahulu iaitu marah sebelum melaksanakan niat anda untuk berpoligami.

Tip kedua ialah si suami kena pandai memujuk atau bermulut manis bukannya kena letak gula kat bibir tapi ini adalah peribahasa Melayu. Dah lama tak guna perkataan Melayu, rasa kekok pulak. Maklumlah selalu tengok perkataan pakatan, perpaduan dan yang sama waktu dengannya, apapun makna bermulut manis ialah lebih kurang bijak menggunakan perkataan-perkataan yang diucapkan sehingga menawan hati seseorang, dalam kes kita ni hati isteri-isteri lah. Ini citer poligami daaa…

Penulis menulis dua perkara di atas (sabar dan mulut manis) adalah berdasarkan kepada pengalaman seorang kawan penulis yang berpoligami…so, ini bukan rekaan atau citer-citer kosong kedai kopi.

Semuga citer begini dapat memberi sedikit panduan kepada semua suami-suami yang berniat untuk menempuh alam poligami.

Author: milkyway27

Aku adalah seorang insan yang hanya mengharapkan keredhaan Allah di dalam mengharungi kehidupan dunia yang sementara ini. Namun aku menyedari bahawa untuk mendapat kasih dan rahmah Allah itu memerlukan pengorbanan yang tinggi yang datang dari hati nurani yang ikhlas yang beribadat semata-mata kerana Allah, Rabbul 'Alamin.

One thought on “Bicara Poligami…(10)

  1. Ya..sabar dan sentiasa mulut manis sememangnya tak boleh pudar pada suami yang ada niat dan yang dah berpoligami pun kerana kedua-dua sifat @ amalan tersebut sememangnya akan menjanjikan keharmonian dalam kehidupan berumah tangga baik monogami maupun poligami…(pegalaman berkawan dengan dua tiga orang kawan yang berpoligami..)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s