MilkyWay27

Believe, Steadfast, Success

Bicara Poligami… (6)

1 Komen

Pendapat penulis seterusnya,

Masalah gejala sosial di Malaysia menjadi semakin serius sekarang ini. Di antara faktor-faktor kepada berlakunya perkara sedemikian ialah kurangnya kefahaman dan kesedaran agama Islam di kalangan orang dewasa dan remaja terutamanya. Ramai yang memandang ringan terhadap dosa zina yg mana merupakan salah satu dari dosa-dosa besar di dalam Islam. Islam memahami kehendak seksual manusia sebab itu Islam membenarkan nikah-kahwin mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Jika masih belum mampu berkahwin maka digalakkan berpuasa. Jika sudah mampu maka berkahwinlah segera kerana itu dapat menutup jalan maksiat. Al-Quran menegaskan bahawa menghampiri zina pun tidak boleh apatah lagi melakukannya. Contoh-contoh menghampiri zina ialah dgn pergaulan bebas, perbuatan-perbuatan yang merangsang nafsu syahwat, berdua-duaan dengan bukan muhrim dan sebagainya.

Perkahwinan bukannya sesuatu yang begitu rumit hendak dilaksanakan sekiranya diteliti akan syarat2nya asalkan mampu memberi nafkah zahir & batin. Tetapi apa yang menjadi masalahnya sekarang ialah masyarakat yang kurang memahami Islam yang sebenar disebabkan pengaruh orientalis/misionari yang sentiasa memusuhi Islam iaitu dengan memperkenalkan budaya hedonisme, seks bebas di kalangan org2 Islam. Mereka (orientalis/misionari) sentiasa mengajak orang-orang Islam terutama di kalangan remaja supaya mendekati gejala-gejala negatif ini dan menjadikan budaya negatif sebagai satu budaya. Apabila sudah menjadi budaya maka sukarlah untuk membersihkan kembali kepada ajaran Islam yang tulin. Maka sepatutnyalah golongan remaja yang telah sedar akan pengaruh negatif/bujukan syaitan ini supaya menjauhi golongan yang jauh dengan Islam dan mendekati orang-orang yang soleh dan beriman kepada Allah Taala dan Hari Pembalasan.

Di pihak ibubapa pula janganlah menetapkan maskahwin yang terlalu tinggi supaya perkahwinan tidaklah menjadi sesuatu yang menakutkan golongan muda (syabab) untuk berkahwin. Apa yang membimbangkan ialah meletakkan maskahwin yang tinggi ini menjadi suatu budaya di dalam masyarakat Malaysia. Maksud saya maskahwin itu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah – sederhana.

Bagi golongan dewasa pula yang telah berkahwin tidak dinafikan juga ada segelintir di kalangan mereka yang terlibat dengan pelacuran, penzinaan, seks bebas dan sebagainya. Kenapa ini boleh berlaku? Saya sebenarnya tidak mahu menyentuh bab poligami tapi untuk menghuraikan penyelesaian terhadap masalah sosial rasanya terpaksa sentuh juga bab yang dikatakan sensitif ini. Kenapa poligami menjadi satu isu yang sensitif di Malaysia? Kerana masyarakat yang kurang jelas dengan hukum-hakam dalam Islam yang menamakannya begitu. Pertama-tamanya kita hendaklah suka atau seronok dengan apa-apa pensyariatan dalam Islam contohnya pensyariatan poligami kerana apa yang Islam tunjukkan atau benarkan itu mempunyai kebaikan-kebaikannya yang adakalanya tidak diketahui oleh kita atau tidak boleh kita fikirkan akan hikmah disebalik pensyariatan itu. Yakinlah dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah Taala. Banyak-banyaklah kita beristighfar kepada Allah Taala di atas dosa-dosa kita yang telah lalu – kadang-kadang kita rasa apa yang disyariatkan kepada kita sesuatu yang amat berat dan tidak terdaya kita untuk mengamalkannya.

Apa yang baik itu datangnya dari taufiq dan hidayah Allah Taala dan apa yang kurang itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Wallahu’alam.

Author: milkyway27

Aku adalah seorang insan yang hanya mengharapkan keredhaan Allah di dalam mengharungi kehidupan dunia yang sementara ini. Namun aku menyedari bahawa untuk mendapat kasih dan rahmah Allah itu memerlukan pengorbanan yang tinggi yang datang dari hati nurani yang ikhlas yang beribadat semata-mata kerana Allah, Rabbul 'Alamin.

One thought on “Bicara Poligami… (6)

  1. salam…masyarakat…khususnya..semua golongan yg berkahwin dan yg beluim berkahwin… nampak sgt, bila lelaki tu nk buat baik nk elak zina…nak nikah..nak buat cara elok… d tentang hebat…oleh istri…ibu dan adik beradik semua masuk campur… ini atas pengalaman saya sendiri… terlalu hina mereka mnghina pada sy pehak ke3…sehinnga bakal suami saya tu tarik diri krn masuk campur tgn org2 dlm famili dia… wahh…! dasyatnya hinaan dan ugutan yg sy terima dari istri dia… sy rasa pada hari ini… laki2 yg nak bernikah lebih…kena tau peranan dia atas mukabumi ni.. adalah kekuatan satu2 hubungan tu perlu pd ke2 pehak.. hingga sampai waktu ini dgn umur sy yg dah kira anakdara tua.. atau andalusia, keliru dgn apa yg patut sy buat utk menjadi seorg isteri memandangkan umur sy dah hampir mncecah 35thn…sy bimbang dgn kesihatan sy utk melahirkan anak pd masa depan nanti seandainya sy d takdirkan bernikah… adakalanya lebih elok utk saya dan mana2 suami org berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama.itu yg berlaku pd masyarakat skg.. isteri pertama hanya mementingkan kepentingan sendiri dan ego sebagai isteri… bila bab nak nikah lagi suami kena dgr pendapat isteri atau keputusan isteri benarkan atau tidak…suami berkawin lagi… wahhh… sy nk beritau pd anda yg mambaca ruangan ni… kebnyakan prmpuan islam yg sy kenal dah menjadi spt perempuan simpanan atau kekasih gelap… kami x dpt ehsan dari isteri lelaki ni. malah d halau.. dhina.. mcm pelacur atau perempuanm sundal…. apa nak jadi dgn undang2 berkahwin dlm malaysia ni…? suami mampu kaya berharta… tapi bab2 kawin lagi atas lulusan isteri tua… hmm…. siapa yg kuatkan sgt undang2 dlm malaysia ni…? sampai kena naik turun court..? islam kan mudah… pasal nafsu hasad dengki, tamak… mcm2 jadi dlm masyarakat skg… mcamana nak membendungi masalah2 ni…klu hati x jihad nafsu? dan perempuan pun klu dah dpt bermadu dgn isteri tua… kena tau sedar diri atau bawa diri… dan isteri tua jgn buat hal atau masalah memeningkan kepala suami.. dah elok2 badan sehat boleh jadi sakit.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s