MilkyWay27

Believe, Steadfast, Success

Bahasa bukan penentu kejayaan

2 Komen

Bahasa bukan penentu kejayaan

Oleh Nazmi Yaakub

Pemahaman makna, konsep dan falsafah di sebalik Sains dan Matematik lebih penting

KEPENTINGAN memahami makna, konsep dan falsafah Sains serta Matematik, perlu dititikberatkan terlebih dulu sebelum proses pengajaran dan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran terbabit beroleh kejayaan ditekankan pada Syarahan Memartabatkan Sains dan Matematik Melalui Acuan Bahasa.

Syarahan anjuran Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu turut mengingatkan pendidik dan pengajar kedua-dua subjek berkenaan agar berusaha memahami konsep, prinsip dan falsafahnya serta hubungannya dengan bahasa sebagai pengantara sebelum mengajar Pengarah Institut Islam Hadhari UKM, Prof Datuk Dr Mohd Yusof Othman, berkata sains ialah bidang yang memerlukan kebolehan untuk menganalisis fenomena alam tanpa mengira bahasa apa pun yang digunakan, tetapi kebolehan berkenaan akan menjadi lebih mudah sekiranya menggunakan bahasa ibunda. “Apa yang kita mahu pelajar memahami fenomena alam dan bukan bahasa Inggerisnya sehingga menumpulkan kefahaman mereka.

Sains tidak memerlukan bahasa Inggeris semata-mata, sebaliknya bahasa yang membolehkan manusia memahami tabii alam,” katanya pada syarahan terbabit di Bangi, baru-baru ini. Khalayak diberitahu tokoh sains dan matematik tempatan, Dr Shaharir Mohamad Zain menakrifkan sains sebagai analisis fenomena alam atau tabii bersistem, mantik dan objektif dengan kaedah khusus yang diperantikan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai. Prof Mohd Yusof mengingatkan bahasa anak kecil tidak akan sama dengan yang difahami orang dewasa sehingga guru perlu bijak untuk memilih pendekatan dan frasa yang mampu difahami kanak-kanak mengikut kesesuaian umur kumpulan sasaran. “Kanak-kanak berusia enam tahun sudah tentu sukar memahami konsep angin sebagai jana kuasa, tetapi sekiranya kita memberikannya permainan baling-baling sebagai perbandingan, sudah pasti apa yang ingin disampaikan akan lebih mudah difahami,” katanya.

Beliau melahirkan kebimbangan sekiranya konsep dan falsafah sains itu gagal difahami pendidik kerana kekangan bahasa, sehingga menjejaskan proses pendidikan sains yang bermatlamat menjana pembangunan dan tamadun negara, tidak berjaya dicapai. “Sains apa yang hendak diajar sekiranya pendidik dan pelajar sama-sama tidak memahaminya. Sains pula tidak boleh diajar secara menghafaz kerana menuntut kita memahaminya.

Ketiadaan istilah dalam bahasa Melayu bukan isu kerana kita boleh meminjam daripada bahasa Inggeris, sama seperti mereka mengambil istilah dalam bahasa Arab iaitu alkohol,” katanya. Prof Mohd Yusof turut menolak alasan sesetengah pihak yang menganggap kekurangan bahan bacaan sains dalam bahasa Melayu menjadi halangan kepada usaha mengajar dalam bahasa itu kerana baginya usaha penterjemahan sewajarnya digandakan kerana ia dapat meningkatkan ilmu seperti yang dilakukan ulama silam. “Sekiranya kita tidak melakukan usaha penterjemahan, kita sebenarnya meranapkan ilmu. Ini kerana penterjemahan menjadi salah satu sumber untuk memperoleh ilmu. Kita sewajarnya menggalakkan universiti terbabit sama dalam menterjemahkan buku sains,” katanya. Beliau mengambil contoh tamadun Barat moden yang menterjemah buku dalam bahasa Arab dengan banyak dan tidak pula menggunakan alasan kekurangan bahan bacaan dalam bahasa ibunda mereka untuk menukar pengajaran sains dan matematik ke dalam bahasa Arab.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Sastera/20090219083628/Article/

Author: milkyway27

Aku adalah seorang insan yang hanya mengharapkan keredhaan Allah di dalam mengharungi kehidupan dunia yang sementara ini. Namun aku menyedari bahawa untuk mendapat kasih dan rahmah Allah itu memerlukan pengorbanan yang tinggi yang datang dari hati nurani yang ikhlas yang beribadat semata-mata kerana Allah, Rabbul 'Alamin.

2 thoughts on “Bahasa bukan penentu kejayaan

  1. Harap pihak yg berwajib melihat semula pelaksanaan ppsmi krn ianya lebih merugikan bangsa Melayu. Konsep sains dan matematik tidak difahami oleh anak-anak bangsa Melayu krn mrk lebih mudah menerima sesuatu maklumat di dlm bahasa ibunda mrk. Begitu juga kaum lain spt Cina dan India sekiranya bahasa Inggeris digunakan di dlm sains dan matematik maka lama-kelamaan bangsa Cina dan India akan lupa bahasa ibunda mrk sendiri dan mrk tidak memahami sains dan matematik spt bangsa Melayu. Jadi hanya segelintir sahaja yg akan menjadi intelek, ahli sains, pakar matematik iaitu anak-anak yg menguasai bahasa Inggeris sahaja maka matlamat kerajaan utk menjadi negara maju 2020 tidak akan tercapai krn kurangnya golongan professional spt ahli sains, ahli matematik, jurutera, doktor, peguam, dan seumpamanya. Bahasa Inggeris masih digunakan spt biasa di sekolah-sekolah bahkan boleh ditambah masa pembelajarannya di sekolah rendah dan menengah. Sekiranya masih lemah pelajar-pelajar boleh diajar secara intensif semasa pra-universiti. Apa yg penting mrk semasa pra-universiti sudah memahami asas-asas sains dan matematik (fundamental) maka mudahlah mrk hendak mengikuti kursus-kursus professional spt jurutera, doktor, saintis dan sebagainya. Diminta pihak kerajaan memulakan pengajian sains dan matematik di peringkat sekolah rendah dan menengah di dlm bahasa ibunda masing-masing iaitu bahasa Melayu di sekolah2 kebangsaan Melayu, bahasa Cina di sekolah2 kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah2 kebangsaan Tamil. Sekian. Terima kasih.

  2. Nazmi Yaakub tu sepupu ana tu. Lepasan syariah Jordan tp juga merupakan seorg penulis prolifik. Skrg keje ngan surat kabar🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s