MilkyWay27

Believe, Steadfast, Success

Hikmah Berpoligami

7 Komen

Setelah dikaji secara mendalam, Islam telah mengharuskan berpoligami ialah kerana beberapa faktor dan dengan tujuan untuk memelihara kesucian dan kebaikan umat manusia. Di antara hikmah berpoligami ialah seperti berikut:

  1. Bagi menjamin kemuliaan agama Islam dan memelihara kehormatan umatnya dari pelbagai godaan dan pujuk rayu.
  2. Bagi menghindarkan atau mengurangkan pezinaan dan pelacuran.
  3. Bagi mengembangkan keturunan dengan cara yang dihalalkan oleh Islam.
  4. Bagi mengurangkan anak-anak yang lahir di luar nikah atau untuk mencegah pengguguran anak.
  5. Bagi mengelakkan daripada si suami berbuat maksiat sebab si isteri tidak akan menyempurnakan kehendak nafsu suaminya pada setiap masa kerana beberapa halangan seperti ketika haid yang panjang, ketika melahirkan anak dan seumpamanya sedangkan si suami mempunyai dorongan nafsu yang kadangkala tidak dapat ditentukan atau nafsu yang tidak terbatas.
  6. Oleh kerana bilangan kaum perempuan biasanya lebih ramai daripada kaum lelaki terutama pada masa peperangan dan kadangkala akibat dari peperangan di mana kaum perempuan ramai yang menjadi janda.
  7. Hampir semua perempuan menghendaki pimpinan dan sokongan daripada kaum lelaki kerana telah merupakan fitrahnya yang semulajadi (fitrah yang dijadikan oleh Allah).
  8. Biasanya setiap pasangan suami dan isteri menginginkan keturunan tetapi kadang-kadang ada isteri yang mandul (tidak dapat melahirkan anak) maka dalam hal ini kalau tidak diizinkan berpoligami maka hilanglah tujuan asal dari perkahwinan itu.
  9. Nafsu berahi kaum lelaki untuk melakukan hubungan seks biasanya tidak terbatas menurut batasan umur, walaupun umurnya sudah sampai 70 atau 80 tahun sedangkan perempuan biasanya nafsu seksnya sudah tidak begitu berghairah lagi apabila darah haidnya sudah berhenti (menopause) dalam umur kira-kira 50 tahun ke atas. Sekiranya si isteri tidak merelakan suaminya untuk berkahwin lagi besar kemungkinan si suami akan terjerumus ke lembah maksiat dan dosa. Oleh sebab itu bagi perempuan yang sudah tidak mampu lagi untuk melayani nafsu suaminya maka pengertiannya sangat diharapkan dalam hal ini. 

Author: milkyway27

Aku adalah seorang insan yang hanya mengharapkan keredhaan Allah di dalam mengharungi kehidupan dunia yang sementara ini. Namun aku menyedari bahawa untuk mendapat kasih dan rahmah Allah itu memerlukan pengorbanan yang tinggi yang datang dari hati nurani yang ikhlas yang beribadat semata-mata kerana Allah, Rabbul 'Alamin.

7 thoughts on “Hikmah Berpoligami

  1. kalau takut tak boleh berlaku adil maka hendaklah kahwin satu…kalau boleh berlaku adil maka bolehlah kahwin dua atau tiga atau empat…sampai empat sahaja dalam Islam. pensyariatan poligami ni tetap berjalan sampai kiamat..walaupun mendapat tentangan dari musuh2 Islam atau mungkin tidak disenangi oleh segelintir orang Islam. sebabnya pensyariatan poligami ni ada di dalam Al-Quran (surah Al-Nisaa’:3) dan dipraktikkan di dalam kehidupan kebanyakan para sahabat Rasulullah SAW. sebagai seorang yang menganut ajaran Islam kita mesti yakin apa yang disyariatkan di dalam agama Islam mempunyai hikmah2 yang tersendiri spt solat, zakat, puasa, sedekah, berbuat baik kepada ibubapa, menghormati orang tua dll. di dalam mentaati syariat agama Islam kita tidaklah semestinya mengkaji akan hikmah2 yang terkandung di dalamnya…kita menyakini bahawa setiap sesuatu yang dibenarkan kita melakukannya di dalam agama Islam itu adalah untuk kebaikan kita di dunia dan di akhirat. seperti larangan meminum arak itu disebabkan oleh keburukan minum arak itu lebih besar dari menafaatnya. ini di dalam perkara larangan iaitu setiap larangan di dalam Islam ada sebab-sebabnya atau ada hikmah2nya.

    contoh poligami ini pula dibenarkan di dalam Islam bagi sesiapa yang boleh berlaku adil sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran (surah Al-Nisaa’:3)mempunyai hikmah-hikmah yang banyak yang hanya Allah Taala…Rabb kita..Tuhan kita sahaja yang mengetahuinya dan Dia juga yang mengetahui apa yang terbaik untuk makhluk-makhlukNya. Wallahu’alam. Apa yang baik itu datangnya dari taufiq dan hidayah Allah Taala dan sekiranya ada kelemahan itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.

  2. not easy invole in polygamy if unable to fair with others

  3. kan bagus poligami coz kaum hawa dah ramai dari kaum adam. apa salahnya jika lelaki nk berpoligami asalkan mampu & berlaku adil sesama isteri2 nye.. Isteri pertama patut beri kebenaran jika suaminya adil & mampu dan pahalanya seperti mendapat payung emas di syurga… poligami kan dh diriwayatkan dlm al-quran so segala jawapan semuanya ada…
    Dari berlaku penzinaan & kecurangan serta dosa2 lain better benarkan poligami..walaupun pahit di telan tp kan dpt pahala… yg penting jgn abaikan antara satu sama lain.. PEACE…🙂

  4. Perempuan di jadikan dari tulang rusuk lelaki, takkan tulang rusuk pula nak lawan tuan? Seharusnya, seorang lelaki boleh berkahwin lebih dari 4 (bukan serentak), sebab manusia mempunyai lebih dari 4 tulang rusuk!!!

  5. Salam pada semua pembaca2 blog poligami ini..Saya sebenarnya bukanlah seorang arif tentang hukum-hakam juga bab2 penulisan ni,tetapi bila terbaca blog ini hati saya telah tergerak untuk mencoret secebis pengalaman saya melawan keinginan untuk berpoligami. Semua lelaki mengetahui bahawa tidak ada isteri yang tidak kecewa bila mengetahui suaminya yang telah dicurahkan segala kasih dan sayang masih sanggup untuk menduakannya, mari kita rungkaikan kenapa kaum isteri ini tidak mahu berkompromi dalam soal ini? adakah mereka takut akan kehilangan suami? atau mereka ni memang dijadikan dengan memiliki sifat tamak? saje tak nak berkongsi sesuatu yang halal untuk dikongsikan? Sama-samalah kita memberi pendapat yang boleh membuatkan mereka akur kepada perkara yang sememangnya HALAL disisi agama..

    • Salam. Saya pernah mendengar daripada seorang ‘alim yg berkata “isteri pertama merasa dirinya hina bila suami kahwin lain”. Begitulah lebih kurang maksudnya. Seperti yg sama sudah tuliskan di dalam blog ini, memanglah menjadi satu yg amat sukar utk melakukan kebaikan, contohnya seorang isteri yg hendak redha hatinya bila suami berkahwin lain kerana perasaan seperti yg saudara sebutkan di atas. Cuba kita perhatikan bagaimana perasaan isteri-isteri para sahabat atau perasaan isteri-isteri Rasulullah SAW sendiri bila dimadukan, adakah mereka menolak poligami? Juga kepada para sahabat-sahabat Baginda SAW, adakah mereka ini tidak tahu menilai perasaan wanita?
      Untuk menerima pensyariatan poligami ini memerlukan satu proses tarbiyyah yang panjang yang mana saya rasa tidak semua orang boleh memahaminya kalau kita menggunakan akal kita semata-mata. Sekian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s