MilkyWay27

Believe, Steadfast, Success

Dialog Tentang Poligami

6 Komen

Dialog ini dipetik dari internet tentang isu poligami.
Zul:  “Aslkm, Sila rujuk petikan dari suratkhabar baru-baru ini yang mengetatkan syarat untuk berkahwin lebih dari satu. Kalau kita lihat buku Fiqh Sunnah karangan Sayid Sabiq ianya sangat berbeza. Adakah ulama’ dulu tidak pandai dalam mengeluarkan sesuatu hukum bagi kepentingan umat Islam seluruhnya? Atau hukum ulama’ dulu tidak mengikut peredaran zaman, kolot, tidak moden? Ulasan Sheikh Yusuf al Qaradawi adalah selari dengan Sheikh Sayid Sabiq? Tidak adakah cendikiawan (intelek) Islam dalam dunia ini yang ingin membuat penyelidikan (research; MA atau PhD) tentang hikmah Allah membolehkan Muslim berkahwin lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat? Siapakah kita yang hendak mengkritik apa yang telah diwahyukan oleh Allah? Allah Maha Mengetahui akan rahsia kenapa Dia membenarkan Muslim boleh berpoligami. Ini adalah peringatan untuk diri sendiri yang sangat dhaif ini. Maaf kiranya ada terkasar bahasa atau tersinggung perasaan. Wassalam.”

 

Petikan dari akhbar berbunyi:

  1. Perkahwinan (kedua) hanya patut atau perlu atas faktor kemandulan, keuzuran jasmani, sengaja ingkar mematuhi perintah hak persetubuhan atau gila di pihak isteri;
  2. Pemohon berkemampuan menanggung semua isteri dan tanggungannya termasuk yang bakal ditanggung;
  3. Pemohon berupaya memberi layanan adil kepada semua isteri;
  4. Perkahwinan tidak menyebabkan ‘darar Syarie’ atau bahaya yang menyentuh isteri mengenai agama, nyawa, tubuh badan, akal, maruah dan harta benda mengikut kebiasaan yang diakui hukum syarak; dan
  5. Kuasa mahkamah mengkehendaki seseorang membuat pembayaran nafkah kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.

 

Zul:  ”Ada pembetulan tentang ayat ” Ulasan Sheikh Yusuf al-Qaradawi adalah selari dengan Sheikh Sayid Sabiq?” sebenarnya dibaca ” Ulasan Sheikh Yusuf al Qaradawi adalah selari dengan Sheikh Sayid Sabiq.” Wassalam.”

 

Irfan:  ”Tak ada pembetulan pun! Atau saya tak nampak?!”

 

Zul:  ”Tanda soal (?) sepatutnya tidak ada. Hasil kajian saya, kedua-dua Sheikh mempunyai pendapat yang sama iaitu berpoligami disebabkan oleh sorry to say “strong sexual desire” atau mengikut seorang ustaz dalam kuliah yang saya ikuti “engine turbo”. Saya minta maaf sebab guna bahasa-bahasa yang begini. Tapi itulah hakikat yang Allah jadikan manusia ini seperti dalam Surah Al-Imran ayat 14. Cinta kepada wanita itu adalah kesenangan hidup dunia. Apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik. Wassalam.”

 

Fandi:  “Assalamu ‘alaikum. Bagi saya itu bukan the only reason why poligamy! Kalau inilah reasonnya musuh Islam akan mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. kuat nafsu. Sebenarnya setiap perkahwinan Rasulullah ada different reasons behind it. Bagi saya yang lebih utama adalah menjaga maruah dan kehormatan wanita. Dalam situasi maruah dan kehormatan wanita terjamin melalui poligami, maka poligami harus digalakkan. Namun dalam keadaan kehormatan wanita dan maruah wanita tidak terjamin dengan poligami maka sesuatu harus dilakukan agar poligami yang diharuskan oleh Islam itu dilaksanakan dalam keadaan yang terkawal, berperaturan agar hikmah poligami itu dapat dicapai dengan sempurna. Ini tidak menafikan dalam keadaan tertentu, banyak sebab-sebab lain yang mengharuskan poligami termasuk apa yang disebutkan oleh Zul tadi, namun sebab itu sahaja tidak sepatutnya menjadi satu-satu sebab mengapa berpoligami kerana hal itu adalah relatif bagi setiap individu.

 

Tanpa mengambil kira faktor kemampuan yang lain, keadilan dan dharar(mudarat) yang berlaku hasil dari poligami, maka poligami sebegitu adalah tidak selaras dengan kaedah Fekah, “Mengutamakan Maslahah umum berbanding Maslahah Peribadi”, “Menolak Mafsadah lebih utama dari Maslahah” dan lain-lain kaedah yang berkaitan. Apatah lagi maslahah yang ingin dicapai tersebut adalah maslahah peribadi semata-mata. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan peraturan yang terlalu ketat dan tidak munasabah juga boleh membawa kepada mafsadah dan dharar yang lebih berat yang juga harus ditangani dengan sewajarnya. Inilah dilema sebenarnya di pihak penggubal undang-undang yang harus difahami oleh setiap dari kita dalam apa jua peraturan yang hendak dilaksanakan termasuk dalam kes Hudud, Qisas dan sebagainya. Wallahu a’lam.”

 

Zul:  “Aslkm, Sekadar satu perbincangan. Boleh tak sekiranya saya mengatakan bahawa masalah peribadi itu boleh menjadi masalah umum bila terdapat ramai peribadi yang mempunyai masalah yang sama atau yang sewaktu dengannya. Saya lihat banyak ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan menyentuh masalah peribadi dan diselesaikan melalui wahyu untuk menjadi pengajaran kepada umat pada masa itu dan seterusnya sehingga hari Qiamat. Sebab itu saya mengambil rujukan dari Sheikh Besar seperti Yusuf al-Qaradawi, Sayid Sabiq yang melihat kepentingan umat Islam seluruhnya.

 

Lebih-lebih lagi masalah poligami ini sangat mudah difahami bagi yang orang yang telah berkahwin. Kalau seseorang yang belum berkahwin mungkin memahaminya secara teoritikal sahaja. Sekiranya mahu melihat perspektif individu maka bagaimana dengan perkahwinan pertama yang juga banyak masalah yang ditimbulkan oleh sesetengah individu yang mana sekiranya teori untuk menjaga kepentingan orang lain supaya tidak timbul masalah maka syarat-syarat harus diperketatkan juga bagi perkahwinan yang pertama maka ianya akan mengalami nasib yang sama seperti poligami di mana akan ada yang tidak layak untuk berkahwin bagi perkahwinan yang pertama.

 

Islam itu agama yang mudah di mana tidak semestinya seseorang itu perlu menjadi Profesor dahulu baru boleh memahami Islam hatta seorang pemandu teksi pun boleh memahami Islam asalkan ada yang boleh menerangkan dengan cara yang berhikmah maka boleh saja dia memahami Islam dan mempraktikkannya.”

 

Zul:  “Saya tidak faham kenapa hendak menyusahkan pensyariatan poligami ini yang sebenarnya sangat jelas sejelas bintang di langit adakah kerana takut ianya terkena kepada diri sendiri dan bukannya untuk menjaga maslahah umat. Kita lihat the first place kenapa Allah membenarkan orang lelaki Islam berpoligami di mana hikmahnya hanya Allah Taala sahaja yang tahu dan saya rasa kita boleh mencari, mengkaji hikmahnya terpulanglah kepada kita di antara hendak dengan tak hendak. Tapi realiti sekarang mungkin kerana takut dicop sebagai kuat nafsu maka tak ada orang berani hendak buat research tentang ini. Ini sebenarnya satu challenge. Kalau kita tak buat maka orang orientalis akan menghentam kita dengan meracuni fikiran generasi sekarang supaya melihat poligami ini sesuatu yang mesti dijauhi dan menimbulkan banyak problem kepada masyarakat.

 

Masyarakat barat hari ini tak memerlukan poligami kerana mereka telah jauh terpesong dari norma-norma agama dan mereka hidup lebih dahsyat dari haiwan dan they can stay together man and woman without marriage and they can even change their partners every week or even everyday without feeling guilty.”

 

Zul:  “Bila saya menulis ni bukannya saya tuju kepada seseorang tapi anggaplah ini sebagai suatu diskusi yang bertujuan untuk mencari keredhaan Allah. Dalam ilmu kejuruteraan, jika sesuatu hukum (law) itu sudah diputuskan maka ianya boleh dijadikan rujukan tapi bukan bermakna ianya tidak mengalami kesilapan kerana ianya adalah buatan manusia yang bersifat dhaif dan melakukan kesilapan. Hanya ketetapan dan hukum Allah sahaja yang perfect dan hanya Allah sahaja yang mengetahui hikmahnya. Wallahu’alam.”

 

Fandi: “Assalamu ‘alaikum. Memang tiada siapa yang boleh mempertikaikan bahawa pensyariatan poligami membawa hikmah besar kepada individu (lelaki dan perempuan), masyarakat, ummah dan agama. Dari segi teorinya beres, kita menentang sekeras-kerasnya pihak yang mempertikaikan pensyariatan poligami kerana poligami adalah ubat yang amat mujarab untuk menyelesaikan masalah ummah.

 

Cuma apa yang harus diperhalusi ialah perlaksanaannya dalam kontek sekarang kerana kita sedia maklum our legal framework is not Islamic. Oleh itu dalam isu poligami pihak2 tertentu wajib mengambil tanggungjawab melaksanakan peraturan-peraturan tertentu agar hikmah poligami itu dapat dicapai. Bayangkan jika setiap orang diberi kebebasan seluas-luasnya untuk berpoligami semata-mata berasaskan keperluan nafsu tanpa sebarang syarat dan peraturan, maka dalam keadaan umat Islam yang amat jahil dengan hukum hakam Allah, maka semua orang akan berlumba-lumba untuk berpoligami dan sudah tentu keadaan ini membawa dharar kepada masyarakat khasnya para wanita.

 

Walaubagaimanapun ini tidak bermakna kita bersetuju dengan syarat-syarat yang dicadangkan oleh pihak-pihak tertentu. Yang penting bagi saya ialah kesedaran ummah terhadap Islam dan hukum hakamnya supaya setiap individu yang ingin berpoligami faham akan hukum dan tuntutan poligami agar mampu mencapai hikmah pensyariatan poligami tersebut. Peranan kita menyedarkan masyarakat. Kalau ada antara kita yang mampu berpoligami, tidak salah untuk kita buktikan dan tunjukkan kepada masyarakat bahawa poligami itu mampu membawa kebahagiaan kepada individu, ummah, agama dan negara. Wallahu a’lam.”

 

Zul: “Saya rasa jika undang-undang poligami ini dilaksanakan yang sepatutnya menurut Islam, ianya tidak akan menimbulkan masalah kepada kaum wanita atau masyarakat kerana kita yakin yang mana poligami ini dibenarkan oleh Allah Taala adalah untuk menyelesaikan permasalahan ummah dan menjaga kedudukan kaum wanita untuk semua umat Islam dan pada setiap zaman. Bukankah dengan poligami maka kedudukan sorry to say wanita-wanita janda akan terjamin, juga sorry to say wanita-wanita yang agak berumur akan berteman kerana naluri mereka berkehendakkan teman hidup, dan juga sorry to say wanita-wanita yang muda pun akan dapat melahirkan zuriat dengan cepat dan ramai sekiranya ada rezeki. Bukankah kaum wanita lebih ramai sekarang ini berbanding dengan kaum lelaki? Walaupun tak ada statistik tapi rasanya gitulah. Saya rasa kalau seseorang itu berkahwin kerana nafsu itu tidak menjadi masalah sebab ianya masih disalurkan on the right track (halal). Sebab kuat nafsu jugalah Allah membenarkan 2, atau 3, atau, 4 saya rasa walaupun this is not the only reason. Wallahu’alam.”

 

Zul: “Aslkm, “The problem is sekiranya undang-undang poligami ini disekat atau dipayahkan aplikasinya maka semuanya terlibat samada orang baik atau tak berapa baik. Ini seolah-olah kita menidakkan undang-undang itu sendiri. Sebab itu kita perlu tengok juga kepada Islam yang asal. Bukan bermakna bila kita bergelar profesor kita saja yang pandai. Ulama’-ulama’ dulu-dulu lagi intelligent, mereka menghafal banyak hadis, buku, Al-Quran tak payah ceritalah dalam dada dan terbukti keikhlasan mereka sehingga ada yang sanggup masuk jel dan ramai yang syahid kerana mempertahankan pendirian mereka. Dari sudut masalah dulu dan sekarang lebih kurang sama saja, orang lelaki dulu dengan sekarang sama saja, kita makan nasi dia makan roti, makan juga jadi nak kata fatwa zaman dulu tak sesuai dengan sekarang saya kurang setuju.”

 

Fandi:  “Assalamu ‘alaikum. “Saya rasa isu ini sama jugak dengan perkahwinan pertama. Islam mengharuskan kahwin asal saja sudah mencapai baligh tetapi mengapa peraturan semua Negara Islam menetapkan umur yang dibenarkan berkahwin? Kalau nak ikut apa yang disebutkan oleh ulama’ dulu dalam kitab-kitab mereka, asal saja baligh, biar sahajalah sapa nak kahwin, kahwinlah, tak perlu ada apa-apa peraturan mengenai umur dsbnya. Mengapa di Malaysia perkahwinan wajib didaftarkan? Mengapa kena ada ujian darah? Mengapa…? Mengapa…? Mengapa….? Bukan soal ulama’ dulu tak intelligent tapi zaman berubah, suasana berubah, perlaksanaan sesuatu hukum pun harus berubah.  La yunkar taghayyur al-ahkam bi taghayyur al-azman. Ini bukan bermaksud fatwa dulu tak boleh pakai, kita yakin apa yang difatwakan dan ditulis oleh ulama’ dulu adalah mutiara yang harus dijadikan sandaran dan panduan untuk kita semua. Tidak timbul soal Islam asal atau Islam sekarang, tapi soal perlaksanaan hukum Islam wajib mengambil kira suasana semasa, sebab itulah peraturan-peraturan perkahwinan dilaksanakan. Tetapi tidak bermakna kita setuju dengan semua peraturan yang telah dan akan dilaksanakan. Cuma tidak salah dari sudut pandangan Fekah untuk menetapkan peraturan seperti menetapkan umur tertentu untuk perkahwinan demi menjaga maslahah ummah dan agama. Perkara yang sama boleh diaplikasikan untuk isu poligami, tak salah dibuat peraturan. Kita harus faham bahawa mengenakan peraturan yang tidak pernah dikenakan oleh orang terdahulu, jika ianya berasaskan kepada fatwa yang memenuhi syarat-syarat fatwa berasaskan kepada sumber hukum dan dalil yang sahih adalah tidak bercanggah dengan kehendak Syariah. Cuma jangan kita faham, apa sahaja yang tidak difatwakan oleh ulama’ dulu sebagai tambahan kepada hukum “Islam asal” dan bercanggah dengan kehendak Syariah dan Islam! Itu amat merbahaya. Soal fatwa itu kita setuju atau tidak itu boleh dibahaskan dan dibincangkan dan common untuk semua isu. Kalau mereka mengeluarkan fatwa yang salah, jika melalui proses yang betul mereka mendapat satu ganjaran, kalau fatwa mereka betul mereka mendapat dua ganjaran. Pokoknya, perbezaan pandangan di kalangan cerdik pandai Islam adalah perkara biasa dan ini tidak bermakna satu pihak mesti benar satu pihak mesti salah. Soal ulama’ dulu masuk jel atau Syahid kerana mempertahankan pandangannya, itu saya tak berani nak komen. Wallahu a’lam.”

 

Zul:  ”Aslkm, Saya nak minta tolong seseorang menghuraikan ayat ini “Kalau mereka mengeluarkan fatwa yang salah, jika melalui proses yang betul mereka mendapat satu ganjaran, kalau fatwa mereka betul mereka mendapat dua ganjaran.” dengan berdasarkan persoalan berikut:-

1. Siapakah “mereka” yang boleh mengeluarkan fatwa?

2. Apakah maksud “melalui proses yang betul”?

3. Adakah ijtihad berbentuk lokaliti (baru) tanpa mengambil kira ijtihad ulama’-ulama’ lain yang mu’tabar yang mana ijtihadnya (ijtihad ulama’ muktabar telahpun ada sebelumnya) telah sedia ada dan relevan dengan subjek yang dibincangkan boleh diambilkira?. Wallahu a’lam.”

 

 

Author: milkyway27

Aku adalah seorang insan yang hanya mengharapkan keredhaan Allah di dalam mengharungi kehidupan dunia yang sementara ini. Namun aku menyedari bahawa untuk mendapat kasih dan rahmah Allah itu memerlukan pengorbanan yang tinggi yang datang dari hati nurani yang ikhlas yang beribadat semata-mata kerana Allah, Rabbul 'Alamin.

6 thoughts on “Dialog Tentang Poligami

  1. Salam. Saya akan dibedah kerana berpenyakit dan menurut doktor saya mungkin tidak dapat berfungsi lagi seperti biasa/normal dalam melayani kehendak seksual suami saya. Saya berhasrat menyuruh suami saya bernikah lagi atau saya sendiri ingin mencarikan jodoh yang kedua buatnya. W/pun hati saya sgt sedih. Wajarkah saya berbuat demikian?

  2. Wa’alaykumussalam. Allah bersama-sama orang2 yg sabar. Banyak dugaan dan cabaran yg akan ditempuh oleh org2 yg beriman utk menguji keteguhan keimanan mereka terhadap Allah Taala. Dlm berpuasa pun kita kena bersabar dgn lapar & dahaga dan menahan hawa nafsu. Dlm solat pun begitu kita kena jalani ibadat solat 5 waktu sehari semalam. Dlm ibadah2 yg lain pun begitu juga memerlukan pengorbanan dan keyakinan yg kuat utk meneruskan tanggungjawab sbg seorg yg beriman kpd Allah dan segala syariat2Nya.

    Puan Nur diuji oleh Allah dgn mengalami kesakitan. Ada org lain diuji dgn kesempitan hidup spt kemiskinan, kelaparan, derita peperangan (spt di Palestin & Iraq), kesusahan dan bermcm2 cubaan lagi.

    Poligami dibolehkan di dalam Islam bg yg mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya. Jika dilihat kelebihan pensyariatan berpoligami ialah menghindarkan perbuatan keji spt zina,pelacuran, menolong masalah2 ibu2 tunggal yg kurang upaya menyara hidup mrk, membantu sorry to say anak2 dara yg berusia lebih menikmati hidup berkeluarga dan memperolehi anak krn menyayangi anak adalah naluri yg Allah cipta kepada kaum wanita, dan bermcm2 lagi hikmah. Jika suami puan sanggup berlaku adil terhadap puan dan bakal isteri keduanya, maka poligami sebaiknya diteruskan. Bergantung kpd suami puan untuk memilih berkahwin dua atau tidak dan samada perkahwinan yg bakal dilangsungkan itu diterima atau tidak oleh bakal isteri kedua. Sekiranya poligami hendak dilaksanakan sebaik-baiknya wanita yg hendak dikahwini itu adalah pilihan lelaki itu sendiri. Puan boleh mencadangkan kpd suami puan calon isteri tetapi itu terpulang kpd suami puan utk menerimanya ataupun tidak.

    Saya percaya puan nur akan mengalami dugaan di dalam menghadapi masyarakat apabila membenarkan suami berkahwin lagi. Lupakan ttg masyarakat. Ingatlah apa yg kita lakukan masih lagi di dalam lingkungan syara’ (within the framework of Islam). Apa yg penting kita mengharapkan keredhaan Allah dgn mematuhi syariat2Nya. Janganlah merasa diri terhina dgn perbuatan membenarkan perbuatan poligami ini. Sepatutnya kita berbangga krn dpt melaksanakan syariat2 Allah (pensyariatan poligami) di dalam kehidupan kita. Betullah kata hadis Nabi SAW yg satu hari nanti ummat Islam akan hidup di dalam keadaan dagang (ghurabaa’) iaitu apa yg kita lakukan mengikut syariat Islam akan dianggap dagang atau strange oleh org ramai.
    Sekiranya ada kebaikan itu datangnya daripada taufiq dan hidayah Allah dan keburukan itu adalah daripada kelemahan diri saya sendiri. Saya mengalu-alukan pandangan dan cadangan yg membina daripada pembaca2 blog ini. Sekian. Wallahu’alam.

  3. Assalamuallaikum…
    Saya berusia 49 tahun sekarang ini dan mempunyai 3 orang isteri. Saya telah mengawini isteri kedua saya pada tahun 2001 dan isteri ketiga saya pada 2004. Perkahwina kedua saya adalah diatas restu isteri, dimana isteri saya sendiri yang menghantar wang hantaran kepada Ibubapa keluarga isteri saya yang kedua. Semasa saya bernikah dengan isteri ketiga saya, isteri saya juga telah mewakili saya bagi membeli cincin pertunangan dan merestui perkahwinan saya. Kedua-dua isteri saya telah hadir di Mahkamah Syariah untuk memberi sokongan dan persetujui di Mahkamah Syariah. Tetapi malang sekali permohonan saya untuk telah ditolak oleh Mahkamah Syariah dengan alasan bahawa saya tidak layak dan mampu untuk menyara keluarga saya…gaji saya pada masa itu hanyalah seribu lebih saja….pada masa tersebut saya banyak berkerja lebih diluar tapi saya tidak menyimpan dibank. sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak mahkamah untuk memberikan bukti.Apa bila ditolak oleh mahkamah ….keluarga isteri saya yang ketiga telah membuat keputusan untuk menikahkan kami pada imam luar yang bertauliah bagi bangsanya saja.(Imam phlipin)…oleh yang demikian, apakah perlu saya membuat pengakuan di Mahkamah Syariah bagi membolehkan perkahwinan saya disahkan….saya memohon pandangan dari tuan agar dapat memberi syor kepada saya kerana sekarang ini kami telah mempunyai seorang anak..dan akan mempunyai anak dimasa akan datang, dimana susah untuk membuat pendaftaran surat beranak.

  4. Assalamu’alaykum.

    Terima kasih kepada saudara yang bertanya.

    Saudara perlu pergi ke mahkamah syariah dan memberitahu mereka yang saudara telahpun bernikah melalui kadi yang mendapat tauliah di tempat itu oleh pihak yang berkuasa dalam urusan agama Islam. Pada kebiasaannya sesiapa yang berkahwin tanpa melalui pejabat agama Islam Malaysia akan dikenakan denda sebanyak RM1000. Selepas itu mereka akan mengeluarkan sijil nikah yang sah. Perlu diingat di sini pernikahan yang dilakukan di luar Malaysia atau yang tidak melalui Pejabat Agama Islam adalah sah sekiranya kadi yang menikahkan itu mendapat tauliah daripada pihak yang berkuasa yang menguruskan hal-ehwal agama Islam dan memenuhi syarat-syarat nikah yang lain. Sekian. Wallahua’lam.

  5. apakah poligami di benarkan menurut kitab Islam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s