MilkyWay27

Believe, Steadfast, Success

Dasar-dasar Kepercayaan Dalam Islam

1 Komen

Dasar-dasar kepercayaan dalam Islam adalah seperti berikut:

1.   Percaya kepada adanya zat wajibul wujud (wajib ada) yang adanya tidak tergantung kepada yang lainnya, yang mempunyai sifat Maha Sempurna. Kepercayaan dan keyakinan yang seperti ini adalah merupakan hasil pengamatan dan penelitian terhadap isi alam semesta ini. Allah ada, mempunyai sifat ilmu, qudrat (berkuasa), hayat (hidup), sama’ (mendengar), bashar (melihat), jamal (indah), hikmah (bijaksana), iradah (berkehendak) dan lain-lain lagi, yang demikian itu dengan jelas dapat dijangkau dengan ilmu pengetahuan yang yakin bagi setiap orang yang telah meneliti dan mengamati segala isi alam yang indah dan cantik ciptaanNya. Allah Maha Kuasa dan Maha Mengetahui dan ilmu serta QudratNya mencakup seluruh makhlukNya. Kerana alam semesta ini tidak akan ada kalau tidak ada yang menciptakannya, dan penciptanya yang mempunyai ilmu dan qudrat yang maha luas dan meliputi. Al-Quran selalu mengulang sifat-sifat ini pada banyak kesempatan, dan sebagai kesimpulan dari ayat-ayat tadi tercantum dalam akhir surah al-Hasyr yang bermaksud:

“Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Raja yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera. Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari yang mereka sekutukan. Dialah Allah yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk rupa, Yang Mempunyai nama-nama yang paling baik. Bertasbih kepadaNya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”                                                                                                (al-Hasyr 22-24)

Author: milkyway27

Aku adalah seorang insan yang hanya mengharapkan keredhaan Allah di dalam mengharungi kehidupan dunia yang sementara ini. Namun aku menyedari bahawa untuk mendapat kasih dan rahmah Allah itu memerlukan pengorbanan yang tinggi yang datang dari hati nurani yang ikhlas yang beribadat semata-mata kerana Allah, Rabbul 'Alamin.

One thought on “Dasar-dasar Kepercayaan Dalam Islam

  1. thanks Bro, ni artikel yang gue cari buat tugas makalah gue

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s