Dosa pahala suami, isteri dan madu

SOALAN:Suami saya berkahwin lagi satu tanpa pengetahuan saya. Hanya selepas dua tahun, saya dapat tahu. Saya sama sekali tidak rela. Selama ini saya menumpahkan kasih sayang, berkorban untuknya dan keluarga tetapi dia mengkhianatinya. Saya sentiasa mengawasinya dan tidak membenarkannya ke rumah isteri muda dan dia tidak pernah tidur di rumah isteri muda.

Saya pernah menemui bomoh untuk mengatasi masalah ini dan saya dapati suami saya takut dengan saya. Adakah suami saya berdosa kerana tidak tidur di rumah isteri mudanya? Untuk pengetahuan ustaz, saya baru balik daripada menunaikan umrah.

– AZURA, Batang Berjuntai.

JAWAPAN:

Allah s.w.t menyuruh agar seorang lelaki itu berkahwin dengan perempuan yang baik-baik, dua, tiga atau empat orang isteri. Sekiranya seorang lelaki itu takut atau bimbang tidak berupaya bersikap adil, Allah menyuruh agar mengahwini seorang perempuan sahaja.

Maksud adil di sini iaitu kepada lelaki yang diharuskan berkahwin itu adalah adil menyediakan nafkah, penyediaan makan minum isteri atau isteri-isteri yang dikahwini, anak-anak yang bakal dilahirkan, menyediakan pakaian, tempat tinggal, termasuk giliran bertemu, pergi ke rumah isteri-isteri yang dikahwini.

Disyaratkan sedemikian rupa kerana keadilan zahiriah itu adalah sesuatu yang dapat dilakukan oleh manusia biasa. Namun keadilan yang berkaitan dengan kasih sayang, cinta dan seumpamanya adalah di luar keupayaan manusia untuk berlaku adil ataupun saksama.

Jelasnya Islam mengharuskan seorang lelaki itu berkahwin lebih daripada seorang perempuan yang diistilahkan sebagai poligami. Keharusan yang diberi oleh syariat adalah keharusan bersyarat, iaitu adil seperti yang dijelaskan.

Biarpun kebanyakan orang, iaitu orang Islam memahami juga menyedari keharusan tersebut, tetapi kebanyakan isteri tidak rela dimadu atau lebih jelas tidak rela suaminya berkahwin lagi kerana:

1) Ia adalah tabiat semula jadi manusia.

2) Sebahagian daripadanya tidak faham atau tidak menghayati bahawa keharusan bagi lelaki berkahwin lebih daripada satu itu adalah ketentuan Allah.

3) Kebanyakan lelaki atau suami tidak berupaya menunaikan tanggungjawab terhadap isteri-isteri yang telah dinikahi, terutamanya yang berkaitan dengan giliran, pemberian nafkah, tempat kediaman, persekolahan anak-anak dan sebagainya. Hal demikian terlalu membimbangkan para isteri yang dimadukan atau bakal dimadukan.

Keadaan atau latar belakang seperti ini menjadi seumpama gawat apabila jabatan-jabatan agama yang diberi tanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir hal-hal yang berkaitan dengan kekeluargaan, gagal untuk bertindak, mengatasi masalah yang timbul akibat ketidakadilan suami yang mempunyai isteri lebih daripada satu tadi, terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan nafkah.

Fenomena ini berlaku akibat daripada sebab-sebab yang saling berkait, kekurangan kakitangan, kekurangan pengalaman atau latihan, tidak mempunyai visi yang jelas dan sebagainya. Fenomena seumpama ini secara tidak langsung menggalakkan lelaki seumpama ini bertindak sewenang-wenangnya tanpa ada hukuman yang jelas, lepas daripada tanggungjawab dan sebagainya menyebabkan pelbagai masalah dihadapi oleh isteri-isteri yang teraniaya.

Mereka tidak takutkan balasan Allah. Mereka telah melakukan sesuatu yang diharuskan, tetapi melanggar syarat-syarat yang ditetapkan terhadap keharusan tersebut.

Keharusan ini adalah keharusan bersyarat. Kerana itu apabila syarat tersebut tidak dipenuhi, maka keharusan tersebut tidak ada padanya. Kerana itu, lelaki atau suami yang bertindak sedemikian, telah melakukan dosa. Atas pengalaman yang banyak berlaku dalam masyarakat seperti inilah maka kaum wanita terlalu takut untuk dimadukan.

Poligami adalah keharusan yang ditetapkan oleh Allah kerana tidak adanya jalan keluar, selain daripada berpoligami atau berkahwin lagi. Seorang isteri contohnya, yang tua, uzur atau sakit yang tidak berupaya melayani kehendak batin suaminya, adalah wajar baginya merelakan suaminya yang masih mempunyai nafsu dan mempunyai sifat adil untuk berkahwin lagi.

Dalam keadaan tertentu, contohnya selepas berlaku peperangan, bencana alam menyebabkan bilangan perempuan banyak, tidak mendapat pembelaan atau perlindungan, adalah wajar bagi kaum lelaki melindungi mereka, termasuk anak-anak yang terbiar. Caranya ialah dengan mengahwininya.

Sesetengah lelaki mempunyai nafsu yang kuat berbanding dengan lelaki biasa, menyebabkan isteri yang sedia ada tidak berupaya melayani nafsu suaminya. Dalam keadaan seperti ini lelaki berkenaan layak untuk berkahwin lagi dengan syarat sifat adil itu ada pada dirinya.

Sekiranya lelaki berkenaan tidak dibenarkan berkahwin lagi, padahal nafsunya selalu membara, berkemungkinan dia akan melakukan perzinaan dengan perempuan simpanan, dengan teman-teman atau melanggani pelacur-pelacur. Kerana itu adalah wajar dan dapat diterima akal sekiranya lelaki atau suami seperti ini dibenarkan berkahwin lagi dengan syarat yang jelas.

Contoh-contoh di atas hanya merupakan sebahagian daripada fenomena yang mengharuskan seorang suami itu berkahwin lagi. Bagi orang yang seumpama ini jalan keluar tidak ada kecuali dengan berkahwin lagi satu.

Seorang lelaki yang terdorong untuk berkahwin lagi, tetapi disekat atau ditahan, dia akan terus bertindak untuk melaksanakan hasrat yang sentiasa membara, kalau keizinan isteri itu diwajibkan, berkemungkinan dia akan mencuri cap jari isteri ketika tidur, memujuk, menguliti lalu si isteri menurunkan tandatangan tanpa menyedari borang yang ditandatangani ialah tanda keizinan berkahwin lagi.

Jelasnya mewajibkan seorang isteri bagi seorang suami melalui pernikahan itu adalah tidak praktikal, biarpun berpoligami itu bukan merupakan satu idaman kebanyakan lelaki. Biar dalam keadaan apa sekalipun, sekiranya seorang suami itu dihalang berpoligami, si suami akan menganggap bahawa isterinya merupakan penghalang untuk berkahwin lagi. Dengan demikian kasih sayang itu akan terhakis daripada pasangan ini dan dia berkemungkinan akan mencari jalan keluar yang menyalahi undang-undang.

Di Malaysia perkara ini berlaku hingga sekarang. Amalan nikah lari di sempadan yang jelasnya menimbulkan pelbagai masalah, terutamanya kepada pasangan perempuan terus-menerus berlaku. Ada pula yang berkahwin menggunakan wali bapa, abang kandung dan sebagainya tanpa merujuk ke pejabat agama atau didaftarkan menurut lazimnya. Kahwin di sempadan menjadi seumpama satu kemelut yang tidak berpenghujung yang dibiarkan sehingga sekarang ini, kerana perkahwinan di sempadan itu menjadi seumpama satu eskapisme.

Tidak kira di mana perkahwinan itu dilakukan, dengan izin isteri atau tidak, atau hanya diizinkan oleh Mahkamah Syariah, apabila dia cukup syarat-syaratnya maka sahlah pernikahan tersebut. Dengan demikian, isteri yang baru dinikahi itu adalah menjadi isteri kepada lelaki yang telah sedia mempunyai isteri, seorang, dua orang atau tiga orang.

Dalam keadaan seperti ini, perempuan yang baru dinikahi itu adalah isteri yang sah. Sebagai isteri, dia mempunyai hak di sisi undang-undang, hak nafkah, perlindungan kediaman, pakaian dan sebagainya termasuk gilirannya.

Dalam situasi seperti ini, kedudukan isteri-isteri adalah sama, tidak kira sama ada dia isteri tua atau muda, isteri ketiga atau keempat. Dan apabila hak tersebut tidak dapat dinikmati oleh mana-mana pihak akibat daripada pihak yang satu lagi atau lebih jelas diperkatakan bahawa isteri muda itu tidak mendapat gilirannya kerana puan sentiasa mengawasi pergerakan si suami puan, hakikatnya telah melakukan kezaliman, menyekat hak yang sewajarnya dimiliki oleh madu puan.

Rasulullah pernah bertanya kepada sahabat-sahabat tentang orang yang dianggap bankrap. Di antara sahabat menjawab menyatakan orang yang bankrap itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta.

Baginda menjelaskan pendapat itu tidak tepat. Orang yang bankrap itu ialah mereka yang pada hari kiamat kelak dibangkitkan oleh Allah berhimpun di padang mahsyar.

Bersama mereka ialah pahala hasil daripada ibadah sembahyang, pahala zakat, pahala puasa dan sebagainya. Ketika diadakan timbang tara atau hisab akan datang mereka yang menuntut, iaitu mereka yang dizalimi ketika hidup di dunia.

Akan datang menuntut di hadapan Allah mereka yang kena maki cela, yang kena bunuh, kena umpat dan sebagainya. Allah akan menyempurnakan segala tuntutan mereka dengan mengambil pahala kebajikan yang dilakukan di dunia kepada mereka yang menuntut. Tuntutan ini adalah umum. Allah Maha Adil lagi Maha Mengetahui.

Mengenai kes puan, sekiranya madu puan tidak puas hati atau tidak reda terhadap tindak- tanduk puan di dunia, dia akan menuntut haknya, iaitu hak giliran suami yang puan tahan dan sentiasa intai-intai. Lalu sebahagian daripada pahala puan itu diberikan kepada madu puan yang puan zalimi tadi.

Sekiranya kezaliman yang dilakukan oleh seseorang itu banyak, maka banyaklah mereka yang menuntut. Apabila pahala milik orang yang kena tuntut itu habis, padahal tuntutan masih berlaku akibat kezaliman yang dilakukan banyak, maka Allah akan mengambil dosa orang yang menuntut tadi dan dipertanggungjawabkan ke atas orang yang kena tuntut lalu akhirnya orang ini dimasukkan ke dalam neraka jahanam.

Inilah sebenar-benar orang yang bankrap, padahal ketika mula berada di padang mahsyar, dia mempunyai pahala, lalu akhirnya dia dicampakkan ke dalam neraka.

Orang yang banyak melakukan dosa ketika hidup, tidak ubah seperti orang yang banyak hutang. Untuk melangsaikan hutang, sesetengah orang terpaksa bekerja keras, apabila dapat wang, wang itu digunakan untuk membayar hutang yang ditanggung, tidak kira hutang yang baru atau hutang lapuk.

Semakin banyak seseorang itu melakukan dosa, maka semakin banyaklah dia perlu menghapuskan dosanya, iaitu dengan memperbanyakkan kebajikan. Untuk menjadi penghuni syurga, pahala yang dimiliki oleh seseorang itu perlu mengatasi dosa atau kejahatan yang dilakukan. Tidak ada gunanya seseorang itu memperbanyakkan amal ibadah atau kebajikan, tetapi dalam masa yang sama dia melakukan dosa yang lebih banyak daripada pahala yang dicari melalui ibadah tadi.

Orang yang bijak ialah mereka yang melakukan ibadah sederhana dan dalam masa yang sama mengurangkan dosa, namun mereka yang pintar ialah orang yang berupaya memperbanyakkan ibadah dan dalam masa yang sama mengurangkan kegiatan yang menyebabkan tanggungan dosa.

Menemui bomoh atau melibatkan ilmu penunduk seperti puan lakukan, menjadikan suami takut atau tunduk kepada isterinya ini menyebabkan rumah tangga akan menjadi kelam-kabut seumpama tidak terkawal.

Suami puan berdosa kerana zalim kepada isteri mudanya. Puan berdosa kerana menjadi punca utama suami melakukan dosa. Perbuatan puan menundukkan suami, menyebabkan suami takut itu diistilahkan sebagai “tiwalah”.

Amalan tiwalah menyebabkan syirik. Demikian keterangan hadis yang perlu difahami untuk dijadikan pedoman mereka yang terlibat dengan amalan seperti ini.

Sumber:   utusan online

94 thoughts on “Dosa pahala suami, isteri dan madu

  1. usia perkahwinan telah menjangkau 16 tahun. empat tahun yg lalu rumahtangga kami mengalami masalah. antaranya suami tidak lagi berkeinginan kepada saya dan dlm tempoh tersebut kami tidak pernah tidor bersama kerana suami enggan. suami beberapa kali berjumpa Pakar tapi suami didapati normal. saya kesal dengan siakp suami ditambah dengan masalah tanggungjawab suami yg lainnya menyebabkan saya tidak lagi melayan suami dengan baik begitu juga dengan suami. kami hanya tinggal sebumbung sahaja. kami sebenarnya sudah nusyuz kepada pasangan masang-masing. hati dan perasaan saya sudah tertutup buat suami. kami bertahan disebabkan anak-anak. saya tidak mahu berterusan berdosa dengan suami yang menyebabkan perasaan bertambah tekanan. bagaimana harus saya lalui semua ini kerana suami keberatan utk melepaskan saya.

    1. Assalamu’alaykum.
      Setiap masalah ada penyelesaiannya, insyaAllah. Cuma kita kena berusaha dengan bertanya kepada yang mengetahui. Pertama sekali berbincang dengan suami apa masalah yang dihadapi.
      Setiap masalah yang dihadapi adalah ujian daripada Allah Taala. Mungkin masalah yang kita hadapi itu supaya kita menjadi lebih dekat denganNya. Penulis pernah menghadapi suasana tiada pekerjaan sedangkan waktu itu tanggungan ramai. Tapi penulis masa itu betul-betul mengharapkan bantuan atau pertolongan Allah Taala. Akhirnya alhamdulillah penulis mendapat pekerjaan yang baik. Pergantungan kepada Allah Taala pada masa itu adalah sangat tinggi.
      Penulis tidak mengetahui masalah sebenar puan dan suami tapi apa yang boleh penulis nasihatkan ialah berjumpa dengan pakar motivasi. Carilah pakar motivasi yang ikhlas dan islamik, insyaAllah dia akan membantu dengan cara yang terbaik.
      Penulis menulis tentang poligami bukanlah dengan tujuan menggalakkan si suami berpoligami tetapi untuk menjelaskan kesalahfahaman terhadap isu poligami. Juga supaya isu ini tidak dipermain-mainkan oleh barat dan juga hatta orang yang beragama Islam sendiri yang jelas ketidakfahaman mereka tentang pensyariatan poligami.
      “Sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang sabar” (Maksud Al-Quran). “Dan mintalah pertolongan (dengan Allah) dengan sabar dan solat.”
      Hidup kita di atas dunia ini amat singkat. Hampir setiap hari kita mendengar orang meninggal dunia, tapi itu orang lain. Bukan kita. Wallahu’alam.

      1. salam. apakah doa isteri yang di madukan utk suami dan rumahtangganya. t.ksh.

      2. minta doa supaya rumahtangga diberkati oleh Allah dan supaya Allah membuka jalan penyelesaian yg terbaik…Allah Maha Mengetahui akan permintaan hamba-hambaNya. juga supaya ujian yg dilalui dapat dihadapi dengan tabah…wallahu’alam.

  2. saya dah berkahwin 5 tahun, sblm ni suami sentiasa duduk dirumah dgn saya, malam, hari cuti sentiasa bersama saya. Satu hari ada pertengkaran kecil tp dah diselesaikan dgn baik tp selepas tu, bila hari cuti suami mesti keluar cari kawan..kadang-kadang sampai sehari suntuk..saya ditinggalkan seorang dirumah..ada juga suami keluar malam…apa yg saya harus buat ..saya sedih dgn perubahan sikap suami..saya cuma mampu berdoa tp jauh disudut hati, saya bimbang suami ada wanita lain diluar…

    1. salam..berbincanglah dgn suami dgn cara yg baik…tanya dia elok-elok ke mana dia pergi..jangan cepat berburuk sangka terhadap suami.

      ada seorang ulama’ berkata yg kalau nak elok rumahtangga…solat sekali maksudnya kalau lelaki solat di masjid lebih baik tapi solat sunat lebih baik di rumah bersama isteri dan anak-anak.

  3. salam,sy berkahwin sudah 5 tahun dan mempunyai 2 cahaya mata,di awal perkahwinan mmg kami bahagia sehinggalah sy mengetahui yg suami bermain kayu tiga di belakang sy,dan melakukan zina bertahun-tahun dan telah membuang anak haram berkali2.tetapi tdk dinafikan suami adalah ayah yg baik pd anak2 dn tdk mengabaikan tggjawap,tapi kami tetap bahagia setelah sy memberi suami peluang yg ke 4,kerana suami rs berdosa pd sy dan anak2 katanye hanya kami di dalam hati.sy sering dimaki hamun,dan diganggu perempuan simpanan suami,dan sering ditertawakan kerana kata perempuan itu kalau sy cb pisahkan mereka,suami tetap dengan dia di belakang sy mcm skrg sy diperbodohkan hidup2.sy tetap mempercayai suami kerana katanye perempuan tersebut mmg ingin menhancurkan rumah tangga kami.sy turuti suami dgn mengikutnye berpindah dgn alasan nak mulakan hidup baru dgn sy dan anak2.sejak berpindah hidup sy sentiasa rs curiga terhadap suami bila ditanya kenapa pulang lewat suami mula melenting dan naik tangan pd sy,hp pun tidak pernah di pegang oleh sy sejak awal perkahwinan lg,di tanya pasal kerja suami kata jgn campur urusan kerje dia,pd hari minggu pn suami ttp bekerja,sehinggalah pd 27-09-09 sy mendapat 1 bukti sebenarnye mereka telah pun bernikah di thailand,alangkah terkejutnye sy hancur rs hati ini,sy telah keluar dr rumah dan membawa anak2 bersama dan meminta izin suami untuk mencari ketenangan,sy terkilan dgn suami kerana sehingga kini suami tidak dtg berbincang dgn sy walhal suami th kami anak beranak duduk di rumah orang tua sy,katanye malu nak berdepan dgn org tua sy,dan sy kerana apa yg dilakukannye.suami cm pujuk sy mengunakan sms,katanye dia telah ceraikan bininye tu dgn talak 1,sy merelakan dia kerana telah memilih jalan hidup begitu tp sy tidak rela di madu dan sy minta dilepaskan dgn cr yg baik,tp suami enggan melepaskan sy.sy dah x sggp berdepan dgn situasi begini,ditipu,dihina,dimaki,diperbodohkan oleh mereka berdua.soalan sy boleh kah sy mendapat hak penjagaan ke 2 2 anak sy kerana sy telah meninggal kan rumah sekiranye sy mahu kan perpisahan adakah itu dianggap nusyuz,sy pun tiada sebarang pendapatan kerana suami tidak membenarkan sy bekerja.tetapi sy tkt kehilangan anak2 memandangkan suami mempunyai duit.sehingga kini sy masih didalam di lema.

    1. Wsm. maaf sya tak dpt jawab soalan pn zaza sbb ianya terlalu rumit…nasihat sya sila berjumpa dgn pegawai agama di jabatan agama islam tempat pn tinggal… itu saja nasihat saya.

    2. Boleh cerai secara fasakh. Suami tak penuhi syarat semasa akad nikah@berlaku permasalahan rumahtangga. Cerai fasakh bertujuan untuk memberi peluang kepada isteri meminta cerai atas sebb perjanjian di akad nikah tak ditunaikan.

    3. Cerai fasakh. Cerai kerana suami tdk memenuhi janji semasa akad nikah@ berlaku permasalahan dlm rumahtangga. Bertujuan menyelamatkan isteri dari kemudaratan, memberi peluang kpd isteri utk meminta cerai atas alasan spt di atas.

  4. assalammualaikum..

    sy berkahwin sudah 3 tahun dan mempunyai 1 cahaya mata,
    masalah yang sy hadapi.. isteri tidak menjalankan tanggung jawab kepada suami dan anak. sy tinggal bersama dengan keluarga mentua sy, bila kami suami isteri berselisih faham.. keluarga mentua sy sering mencampuri urusan sy. tujuan sy tinggal di rumah mentua baik, memandangkan isteri sy anak yg bongsu dan mentua sy hanya berdua di rumah, sekurang2nya sakit pening mereka boleh jg kami bantu. sy dan isteri berkerja di sebuah hospital kerajaan. bukan sy tidak mampu memberi isteri dan anak tempat tinggal, bila sy ajak berpindah seribu alasan yg sy dapat. hati sy sakit bila isteri buat sesuatu tanpa pengetahuan sy. dalam sebuah hadis nabi, janganlah engkau sakiti hati suami mu, jawab bidadari dari syurga yg bakal menjadi isterinya. janganlah engkau sakiti hatinya, balasan allah di atas mu dia di sisi mu hanyalah sementara. nabi pernah berkata sekiranya aku diberi keizinan oleh allah, aku akan menyuruh kaum wanita sujud kepada suaminya
    umur sy 25th dan isteri 23th kami berkenalan dari bangku sekolah lg pada masa itu isteri sy berusia 14th. sy amat menyayanginya dan mencintainya. setelah berkahwin semuanya berubah. sy akui manusia tidak lari dari kesilapan. isteri sering minta melepaskan nya. tapi hak ke atas sy demi anak dan masa depan keluarga sy buang jauh hasrat isteri sy. sy sanggup menanggung dosa isteri sy dan sy tak sanggup melihat isteri sy menahan siksa allah s.w.t. nabi pernah bekata di dalam apai neraka akan di campak batu dan wanita untuk menjadi bahan bakar.. dengan tiba2 sy berasa takut sekiranya isreti sy salah seorang dr kalangan itu. walau pun sy bukan sebaik2 khalifah di bumi ini. dakah betul tindakan yang sy lakukan.. bantulah sy. wassalam

    1. Wa’alaikumussalam,
      Nasihat sya yg pertama ialah bersabar dan minta pertolongan dgn Allah Taala. Sya juga, milkyway27, seorang suami dan mempunyai anak-anak dan isteri yg menjadi tanggungjawab kt di dlm Islam utk mendidik dan mentarbiyah mrk. Sya menggunakan perkataan tarbiyah krn maknanya lebih besar dari mendidik spt yg kt fahami. Tarbiyah dlm ertikata yg sebenar iaitu mendidik dan memberi pelajaran kpd isteri dan anak-anak utk kesejahteraan mrk di dunia dan di akhirat mengikut celupan Allah Taala (mengikut apa yg telah diajarkan kpd kt melalui R SAW).

      Di dalam kehidupan berumahtangga, halangan-halangan mmg banyak yg akan kt hadapi lebih-lebih lagi jawatan kt yg telah diamanahkan sebagai ketua keluarga. Sbg ketua keluarga peranan kt ialah mendidik & mentarbiyah isteri kt dgn cara yg berhikmah. Profesion sya ialah sbg seorg pendidik jadi sya faham akan kerenah yg sya hadapi dgn pelajar2 sya…kriteria yg sya perlu ada ialah bersabar dan memberi nasihat dgn cara berhikmah iaitu mengikut tahap pemikiran mrk. Satu lagi sbg seorg Muslim kt tidak boleh berputus asa krn sifat berputus asa adalah sesuatu yg tidak baik. Anggaplah ianya sbg satu ujian utk kt menghadapinya mudah-mudahan kt dikurniakan keampunan dan rahmatNya dgn sbb kesabaran kt.

      Doa adalah otak ibadah…salah satu yg terbaik utk kt berdoa ialah di tengah kesunyian malam bila insan lain sedang nyenyak tidur kt bangun di tengah malam mohon mengadu di hadapan Allah Taala akan segala permasalahan hidup kt supaya Dia memberi kt taufiq & hidayahNya. Pernahkah kt menangis di tengah malam krn takutkan Allah Taala krn dosa-dosa yg telah kt lakukan selama ini?

      Sya rasa masa cuti saudara bolehlah beristirehat/melancong ke tempat2 yg menarik bersama isteri dan anak utk menikmati keindahan alam ciptaan Allah…dengan cara ini ianya boleh merapatkan lagi hubungan saudara dengan isteri & anak lagipun setiap pasangan suami-isteri memerlukan waktu privasi/persendirian utk mrk mengimbas kembali saat2 manis bersama sewaktu mula2 perkahwinan… itulah saja setakat ini yg sya boleh sampaikan sekadar termampu. Wallahu’alam.

  5. Assalamualaikum…

    Saya adalah seorang muallaf yang telah memeluk islam sejak 4 tahun yang lepas. Saya telah berkahwin dengan suami saya selama 3 tahun dan mempunyai seorang anak berumur setahun lebih. Pada awal tahun 2009,sy telah mengetahui yg suami curang pada sy. Dia telah menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya dan telah terlanjur. Suami masih menjalankan tanggungjawabnya seperti menyediakan barang2 rumah dan menyayangi anak kami. Dan, sy juga tahu suami masih menyayangi sy. Namun, suami kerap kali keluar dengan perempuan itu dan akan balik keesokan harinya atau hari berikutnya. Sy telah kerap kali menasihatkan suami sy dan mengingatkan dia akan dosa dan kesalahan yang dia lakukan. Suami telah berterus terang dgn sy bahawa dia ingin berkahwin dengan perempuan tersebut. Saya tidak sanggup dimadukan. Keluarga kami menentang hubungan mereka. Ibu dan ayah mertua sentiasa memberi sokongan pada sy agar bersabar dan bertahan. Keluarga perempuan itu pula mensyaratkan sekiranya suami sy ingin berkahwin dengan anak mereka,suami sy perlu berada dlm status ‘single’. Perempuan itu juga telah meminta suami menceraikan sy. Dia juga selalu sms pada sy dgn memarahi,memaki hamun dan mengeluarkan kata2 yg menyakitkan hati sy. Sy kerap kali bertengkar dgn suami ttg ini. Apabila suami balik dr keluar dgn perempuan itu,sy akan menegur suami sy namun suami kadang2 akan memarahi sy dan akan membuat endah tak endah pada sy. Sy hanya berdoa pada Allah untuk memberi petunjuk apa yg harus sy dan suami lakukan. Mungkin ini adalah cara Allah untuk mendekatkan diri sy denganNya. Hingga kini sy hanya mampu bertahan dan bersabar dengan semua ini. Sy berharap agar suami akan meninggalkan perempuan itu. Namun sy tidak mahu berterusan hidup begini. Sy tidak mahu dimadukan dan sy juga tidak mahu berpisah dengan suami demi anak dan keluarga kami.

    1. Salam Pn. Lisa,

      Berat saya hendak memberi komen tentang masalah yang puan hadapi ini. Konflik rumahtangga. Rumahtangga Islam. Walaubagaimanapun saya ingin menasihati puan agar bersabar dan anggaplah ini suatu ujian yang puan hadapi di dalam mengharungi hidup sebagai seorang isteri dan juga sebagai seorang Muslimah.

      Firman Allah Taala di dalam Al-Quran Surah Al-Mulk 67:1-2 yang bermaksud:

      1. Maha Suci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,
      2. yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun,

      Dan di dalam Surah Al-Fatihah yang kita selalu ulang-ulangi di dalam solat ayat 5 yang bermaksud:

      5. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.

      Sebagai saudara seIslam saya nasihatkan puan berjumpa dengan pakar kaunselor yang beragama Islam yang ikhlas untuk memberi nasihat-nasihat yang berguna kerana saya percaya dengan pengalaman-pengalaman yang ada pada kaunselor Islam yang ikhlas ini mereka akan dapat menyelesaikan masalah puan.

      Nasihat saya, bersabar dan mohon pertolongan kepada Allah. Wallahu’alam.

  6. Saya seorang lelaki dan mempunyai isteri dan tiga orang anak.Mempunyai kerjaya tetap dan mempunyai sumber income luar yang tetap dan banyak.Dalam erti kata saya berkemampuan dalam pendapatan.Saya tidak mempunyai masalah besar dengan isteri cuma hubungan kelamin sedikit bermasalah.Apa yang boleh saya katakan saya tetap menyayangi isteri dan anak-anak dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah dengan baik selama ini.

    Baru-baru ini saya telah berkenalan dengan seorang janda yang tidak beranak dan telah mengalami dua kali keguguran.Sebelum berjumpa kedua ibu-bapanya saya tidak mengetahui statusnya.Perkenalan kami melalui internet. Penderitaannya dengan suami terdahulu menyebabkan beliau bercerai.
    Saya jatuh cinta kepadanya dalam masa yang begitu singkat (cinta pandang pertama ) dan merasa kasih dan sayang kepadanya dan terasa ingin melindunginya.
    Bukan pandangan nafsu yang saya lihat, tetapi pandangan kasih dan sayang sama seperti saya mengenali isteri saya dahulu.
    Saya telah membawa dia pulang kerumahnya dan telah berterus-terang kepada kedua ibu-bapanya tentang status saya dan dia baru mengetahuinya(sebelum ini dia tidak mengetahuinya dan menyangka saya duda beranak, saya rahsiakan takut dia menolak saya dari awal2).
    Kedua ibu-bapanya bersetuju saya mengambil dia sebagai isteri kedua tetapi dia (masih trauma tentang perceraiannya) tidak bersetuju dan meletakkan syarat saya mestilah single kalau hendak mengambilnya sebagai isteri. tetapi dia tidak membenarkan saya menceraikan isteri saya. Dia membayangkan perkara buruk tentang poligami dan tidak bersedia untuk menghadapi.
    Didalam situasi saya, yang tidak mahu terjebak dalam melakukan maksiat dan berniat mencari isteri lain bagi menundukkan nafsu saya, dalam situasi ini apa perlu saya lakukan, dan apakah nasihat terbaik untuk saya?

  7. Salam,

    Kata saudara “joe gonzales”:

    “Kedua ibu-bapanya bersetuju saya mengambil dia sebagai isteri kedua tetapi dia (masih trauma tentang perceraiannya) tidak bersetuju dan meletakkan syarat saya mestilah single kalau hendak mengambilnya sebagai isteri. tetapi dia tidak membenarkan saya menceraikan isteri saya. Dia membayangkan perkara buruk tentang poligami dan tidak bersedia untuk menghadapi.”

    Saya kurang faham dgn keadaan single tetapi tidak menceraikan isteri…adakah dia tidak bersetuju utk poligami krn mahukan lelaki single?

    Poligami sebagaimana yg saya bincangkan di dalam blog saya ini bukannya perkara yg berlaku dgn mudah dan diringan-ringankan pelaksanaannya. Bersikap adil terhadap isteri2 adalah sesuatu yg mesti ada di dalam kehidupan berpoligami. Tanggungjawab mentarbiyah (mendidik) isteri2 mestilah dilaksanakan oleh suami yg berpoligami spt. isteri2 menutup aurat, anak2 dididik dgn akhlak Islam, menjaga solat mereka, makan-minum, keperluan2 sehari-hari mereka dan sebagainya…apa yg penting adalah melahirkan rumahtangga Muslim dan menjaga kehormatan diri supaya tidak terjerumus ke lembah maksiat.

    Bila berpoligami bermakna kita ‘maintain’ isteri yg pertama sebagaimana yg biasa dilakukan iaitu semua hak-haknya sebagai isteri ditunaikan…

    “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri- isteri [mu], walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung [kepada yang kamu cintai], sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri [dari kecurangan], maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
    (Surah Al-Nisaa’ 3:129)

    Untuk penjelasan yg lebih lanjut sila baca link berikut:

    https://milkyway27.wordpress.com/2007/11/30/penjelasan-surah-al-nisaa-ayat-129-keadilan-di-dalam-berpoligami/

    Wallahua’lam.

  8. Assalamualaikum…..
    Saya seorang gadis berusia 34 tahun dan masih belum berumahtangga. Iri hati ini apabila melihat rakan2 seusia serta adik-beradik dan sepupu2 telah mendirikan rumahtangga & punya anak sendiri. Kenapa saya masih tidak berkahwin adalah kerana saya menjalinkan hubungan bersama suami orang. Sudah mencecah 6 tahun hubungan kami tp masih tiada penyelesaian. Si isteri pertama mahukan penceraian jika si suami ingin menikahi saya & keluarga saya tidak akan bersetuju jika si isteri tidak mengizinkan pernikahan kami. Saya tidak mahu mereka bercerai-berai kerana kewujudan saya. Sbb itu saya relakan hati ini untuk berkongsi kasih. Saya tahu peritnya berkongsi kasih tetapi apakan daya saya telah memilih jalan ini jadi akan saya harungi walaupun pahit. Kami juga ingin perhubungan ini direstui ibubapa saya. Saya tahu jalan yg saya pilih ini amat sukar & saya tidak mahu menambah lagi kesukaran ini dgn tiada restu ibubapa. Sebab itu saya sanggup menunggu restu mereka walaupun sehingga 10 thn skali pun. Tp dlm masa yg sama saya amat sedih bagaikan tiada siapa yang memahami kami. Untuk pengetahuan ustaz, si isteri mengetahui hubungan kami sejak hubungan kami seusia 2 bulan. Teman lelaki saya telah berlaku jujur dengan memberitahu hubungan kami. Tapi si isteri tidak mahu menerima & ingin diceraikan. Kini telah 6 tahun kami menunggu masih dia ingan diceraikan. Kalau boleh saya tidak mahu berlakunya perceraian ini. Kami teramat buntu….kami tidak mampu menanggung dosa yg besar ini. Terlalu banyak rasanya dosa kami sepanjang hubungan kami ini. Bukan saja kami menanggung dosa ini, ibubapa saya juga turut menanggungnya. Saya tidak mahu ini berlaku lagi. Tapi kami buntu tiada kami temui jalan keluarnya. Sepertimana ustaz tahu berpoligami di MAlaysia amatlah susah. Semuanya inginkan keizinan si isteri. Jika ustaz ada cara kami menyelesaikan masalah ini, tolonglah reply. Terima kasih & W’salam

    1. Wa’alaykumussalam,

      1. Di dalam Islam, perhubungan rapat lelaki & perempuan di antara bukan muhrim adalah tidak dibenarkan kerana ianya boleh membawa kpd kemungkaran/maksiat. Di dalam Al-Quran, Allah berfirman yg lebih kurang bermaksud “dan janganlah kamu menghampiri zina”. Menghampiri zina pun tidak dibenarkan sbb itulah zina adalah salah satu dari dosa-dosa besar di dlm Islam. Pertemuan di antara lelaki & perempuan yg bukan muhrim berdua-duaan ataupun di khalayak ramai tanpa sbb2 yg munasabah adalah tidak dibenarkan kecuali urusan seperti doktor lelaki mengubati pesakit perempuan dan dlm keadaan dharurat…tapi adab-adab Islam masih perlu dijaga.

      2. Sekiranya si suami ingin berpoligami, dia perlu menasihati isterinya supaya menerima hakikat poligami tersebut dan mesti berlaku ADIL dari segi giliran dan sebagainya. Sekiranya si suami tidak mampu berbuat demikian dia boleh meminta orang lain yg amanah untuk menasihati isterinya dgn cara yg baik.

      3. Memang betul apa yg saudari katakan tadi iaitu pelaksanaan poligami di Malaysia menjadi bertambah rumit (sila rujuk tulisan saya di dalam Bicara Poligami…) krn keizinan isteri yg pertama menjadi syarat di dlm meluluskan sesuatu permohonan poligami tetapi diharapkan di satu masa nanti penggubal undang-undang keluarga Islam di Malaysia menimbangkan syarat ini dan juga syarat-syarat yg lain supaya lebih bersikap adil kepada semua pihak baik si suami atau si isteri.

      4. Banyakkan berdoa kepada Allah Taala dan insyaAllah sekiranya saudari ikhlas untuk mendirikan rumahtangga kerana Allah Taala satu hari nanti Allah Taala akan menunjukkan jalan penyelesaiaannya kepada saudari. Banyakkan penggantungan kepada Allah Taala dan sentiasa berbaik sangka denganNya.

      5. Saudari perlu menerima realiti di Malaysia bhw pengaruh negatif di media massa terhadap isu poligami telah menjadi meluas. Drama2, filem2 atau rancangan2 talk show menjadi top bila mereka membicarakan sesuatu yg negatif ttg poligami. Trofi digondol oleh drama atau filem yg paling teruk memaparkan cerita-cerita negatif dan buruk ttg poligami. Makin teruk/terrible ttg poligami makin popularlah drama/filem tersebut dan saya yakin fenomena ini telah mempengaruhi wanita-wanita di Malaysia yg kurang pengetahuannya ttg agama Islam yg suci ini. Ingat! poligami adalah salah satu dari syariat-syariat Islam yg kita yakini. Pembuat2 drama/filem mrk itu kurang pendedahan ttg pengetahuan agama Islam, apa yg mereka pentingkan adalah keuntungan/habuan berupa wang ringgit shj tanpa memikirkan implikasi buruk kepada masyarakat. Saya berdoa kpd Allah Taala supaya di suatu hari nanti masyarakat akan lebih memahami akan hikmah pensyariatan poligami ini dan juga syariat-syariat yg lainnya.

      Apa yg baik itu datangnya daripada Allah Taala dan sekiranya ada kelemahan/kesilapan itu datangnya daripada kelemahan/kesilapan saya sendiri. Wallahua’lam.

  9. Salam,
    Saya amat berterima kasih kepada ustaz kerana memberi response pada luahan saya. InsyaALLAH saya akan cuba dgn apa yang disarankan ustaz & tak putus berdoa kepadaNYA insyaALLAH.

  10. Assalamualaikum,
    Saya telah berkahwin selama 2 tahun dan mempunyai seorang anak berusia setahun. Kami berkenalan selama 3 bulan sebelum mengambil keputusan berkahwin 6 bulan kemudian. Dalam tempoh bertunang kami sering bertengkar dari hal kecil hingga besar. Hal ini berlanjutan sehingga sekarang. Kami berdua masih bertahan kerana anak. Pernah sekali kami bertengkar didepan anak hingga suami hampir menumbuk muka saya menyebabkan anak menangis. Saya sering merayu pada suami agar tidak meninggikan suara di depan anak kerana dia masih kecil.

    Tidak dinafikan, saya mmg sayangkan suami saya. saya sygkan rumah tangga saya tp jauh disudut hati saya terkilan dgn suami. utk pengetahuan saudara, suami saya seorang yg kuat cemburu, sehingga hari ini suami saya masih curiga tentang perasaan saya terhadapnya. Sebelum berkahwin, saya mempunyai teman lelaki yang saya kenali sejak dibangku sekolah. Hubungan kami berakhir 1 thn sebelum saya berkenalan dgn suami. Setiap kali berlaku pertengkaran suami akan mengungkit dan menilai tahap keikhlasan saya. berulang kali saya memberitahu sayang saya hanya padanya seorang.

    Untuk pengetahuan saudara juga, suami saya seorang yang boleh dikatakan seorang diktaktor. apa sahaja yg beliau mahu atau ckpkan mesti ikut. tiada perkataan tidak boleh atau enggan dalam kamus beliau. bkn sahaja dgn saya, malah adik2 nya juga terpaksa mengikut kata suami. kadang2 adik2 ipar saya sering mengadu kepada sy jika ada sesuatu tetapi takut utk memberitahu suami. Suami anak sulung dari 5 beradik dan beliau menganggap beliau lebih tahu segala hal. Apabila beliau ingin berbincang sesuatu dan meminta pendapat sy, suami tidak boleh menerima pandangan sy dan akhirnya disudahi dgn pertengkaran.

    suami saya seorang yang sgt sibuk. Kesibukan suami kadangkala membuat dia cepat naik angin dan baran sekiranya kemahuan atau kehendaknya tidak dituruti. Saya akui sy jarang melayannya dikamar disebabkan saya juga bekerja. Apabila saya pulang dr kerja, saya perlu melayan karenah anak dan memasak utk suami. Suami sering pulang lewat mlm dari kerja. Apabila pulang, saya akan cuba sedaya upaya melayan beliau menemani makan dan berbual walaupun suami tahu saya tidak sempat duduk atau rehat. Kadang2x jika terlalu keletihan saya hanya menyenduk nasi utk suami sahaja kerana anak selalu meragam. Suami pula sering mengatakan saya nusyuz dan menyuruh saya berhenti kerja. Utk pengetahuan, saya mempunyai ijazah dan suami pula hnya pemegang diploma tetapi saya tidak pernah merendahkan status beliau. Sy akui gaji saya tidak semewah suami tp saya bekerja utk membantu keluarga dan juga utk kepuasan diri sendiri kerana sy juga ingin bergaul dengan masyarakat sekeliling. Sy juga takut jika terjadi apa2 kepada sy dan anak, sekurang-kurangnya sy mampu utk berdikari (subhanallah minta dijauhkan).

    Cemburu suami juga kadangkala membuat saya tertekan dan rimas. Sering kali suami menuduh saya keluar dgn lelaki ditempat kerja. Sy bekerja sebagai eksekutif pemasaran dan adalah tugas sy utk menjadi seorang yang peramah terhadap pelanggan. Namun keramahan saya ada batas. sy akan keluar beramai jika sy perlu kerja diluar pejabat selebihnya berada di pejabat. Setiap kali saya keluar dr pejabat utk bertemu pelanggan sy perlu sms beliau. tidak kira kemana, walaupun sy hanya didlm pejabat sy perlu sms suami. Adakala sy akan mkn tengahari bersama suami memandangkan itu sahaja waktu yg kami ada utk bersama. Suami tahu bidang tugas sy memandangkan beliau sendiri pernah menjadi seorang pegawai pemasaran tetapi suami menjadi lebih cemburu setelah berkahwin ditambah pula sy telah memiliki kenderaan sendiri. Pada masa sekarang, suami sering telefon tidak kira masa, akan mencari lokasi sy berada melalui khdimat telefon. Sekarang, beliau mendesak sy utk berikan ID dan password email dan e-banking. Katanya utk menilai tahap kepercayaan nya kepada sy. Sy amat tertekan dgn situasi ini… Harap saudar dpt bantu

    Wassalam…

  11. Wa’alaikumussalam,

    Beberapa perkara yg perlu dilihat di dalam persoalan di atas:

    1. Perkahwinan di dalam Islam adalah sesuatu yg digalakkan bila seseorang itu mampu berbuat demikian. Di dlm khutbah nikah ada disebut yg syaitan menangis bila ada pasangan yg melangsungkan perkahwinan krn syaitan sudah payah hendak menggoda pasangan tersebut sbb mrk sudah menjadi pasangan suami-isteri yg sah di sisi Islam. Namun begitu saya terbaca di dlm buku karangan Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah (tajuk buku “Roh”) ada satu hadis yg bermaksud lebih kurang di mana Iblis melantik syaitan yg berjaya menceraikan pasangan suami-isteri sbg pengiringnya iaitu menunjukkan syaitan yg berjaya menghasut pasangan suami-isteri sehingga mrk bercerai akan dinaikkan pangkat yg tinggi. Di dlm mengharungi kehidupan berumahtangga mmg terdapat ujian yg sgt kuat ini juga adalah disbbkan sekiranya pasangan suami-isteri sudah bercerai maka syaitan akan menghasut mrk supaya melakukan maksiat spt zina dan sbgnya. Semoga kita dijauhkan oleh Allah dari perkara2 yg tidak baik.

    2. Perasaan cemburu kaum lelaki kpd isterinya adalah sesuatu yg normal ini adalah krn perasaan sayang seorang suami kpd isterinya. Bagi seseorang isteri yg berbual-bual dgn lelaki lain yg bukan muhrim mungkin tidak ada apa-apa tapi bagi seorang suami dia patut cemburu kpd isterinya itu. Sebab itu di dlm Islam perhubungan di antara lelaki dan wanita walaupun kedua-duanya sudah berkahwin perlu dijaga batas-batasnya menurut Islam. Seseorang isteri perlu menjaga akhlaknya ketika berurusan dgn lelaki lain dgn akhlak Islam samada di tempat kerja ataupun di mana-mana saja.

    3. Seseorang suami adalah ketua keluarga namun begitu bukanlah bermakna si suami itu tidak boleh mendengar pendapat orang lain di dlm rumahnya spt pandangan isteri atau pun anaknya sendiri. Dia perlulah bersikap berlapang dada dan mengambil pendapat isteri atau anak-anak sekiranya bermenafaat utknya dan keluarga. Teguran mestilah dgn cara yg baik dan berlemah-lembut kpd suami dan sekiranya suami sudah memutuskan sesuatu dan keputusan tersebut ada kebaikannya juga maka taatlah kpd keputusannya. Lama-kelamaan mungkin si suami akan menjadi lembut hati utk mendengar pendapat yg lain.

    4. Pekerjaan marketing adalah sesuatu yg mencabar kpd kaum wanita krn dia perlu berurusan dgn semua org dan sedikit sebanyak akan menimbulkan perasaan syak-wasangka oleh suami. Etika sbg wanita muslimah perlu dijaga sekiranya seseorang itu terlibat dgn kerjaya dlm bidang marketing lebih-lebih lagi kpd seseorang yg sudah bergelar isteri. Sekiranya dapat puan mencari pekerjaan yg lain utk mengelakkan fitnah spt sebagai seorang guru misalnya mungkin lebih sesuai dgn naluri seorang wanita iaitu mendidik pelajar2. Ini adalah satu cadangan sahaja.

    5. Sebagai seorang Islam kita perlu menjaga solat dan rukun2 Islam yg lain supaya kita lebih memahami apa tujuan perkahwinan di dlm Islam. Juga kita memahami apa tujuan hidup kita di dunia ini. Ya, tujuan hidup kita adalah utk mengabdikan diri kita kpd Allah (sila rujuk Surah Al-Dzaariyat : 56).

    Marilah sama-sama kita mewujudkan baitul-Muslim di dlm kita mengharungi bahtera rumahtangga supaya kita berada di dlm keredhaan Allah sehingga kita dipanggil pulang utk bertemu denganNya iaitu meninggal dunia.

    Akhir sekali mintalah pertolongan kpd Allah dgn sabar dan solat…

    Wallahu’alam.

  12. Salam Sukri,

    Kenduri kahwin buatlah sekadar yg termampu..Islam tidak memberatkan sehingga terpaksa bergolok bergadai dan hutang bertimbun. Panggillah kaum kerabat yg terdekat dan sahabat-handai. Bersederhana di dalam segala hal adalah dituntut di dalam agama kita. Wallahu’alam.

  13. salam… sya mempunyai sdikit masalah dlm rumahtagga.. memandangkan sya ni isteri ke 2.. lpas berkhwin. bini tua tahu dan sejak itu dia ader ckp akan berusaha agar saya dan suami bercerai..
    selpas saya mengandung.. selalu berlaku perselisihan pham dgn suami.. saya akui kesilapan saya tidak menjad isteri yg hebat .. ader saja yg xkena bila dia blk umah.. hingga anak berusia stahun lebih suami lafaz cerai.. dan bni tua dpt tahu. tp kami rujuk kembali. msalah nye bni tua xtau yg kami dah rujuk..
    skrg dah setahun suami xtido drumah.. blk pun sebulan sekali pun blum tntu.. sya redha dugaan Allah.. dan Alhamdulillah.. dgn aper yg berlaku sya kini kembali ke jalan benar.. hidup saya dan anak berjalan sperti biase.. cuma tnpa kehadiran suami dan ayah pd anak saya..
    yg menjadi persoalan, wajar ke saya ke pej agama.. agar saya. suami dan madu ke sessi kaunseling. saya pk dah tiba masa madu perlu tahu hakikat sebenar.. sedangkan selama saya rahsiakan selama ni suami pun xingat tgjwb pada saya dan anak..
    saya xnak suami terus selesa dgn menzalimi saya dan anak. dan fitnah keatas saya oleh bni tua sedangkan pd hakikat kami masih suami isteri.. mntua pernah bertanya pd madu mcm mane kalu suami dia dan sya berbaik.. dia ugut nak bw anak2 blk kg dan tgglkan suami.. mentua plak skrg uzur..
    dan saya xnak suami yg saya sayang terus menerus berbuat dosa.. betapa beratnye azab di akhirat nnti.. aper ptt saya buat skrg..
    wassalam..

    1. Wa’alaykumussalam,
      Pertama sekali sbg saudara seIslam, saya bersimpati dgn masalah yg puan hadapi. Anggaplah itu sbg ujian yg puan lalui di dunia ini dan semoga kesabaran yg puan miliki akan mendapat ganjaran daripada Allah Taala.

      Tanggungjawab seorang suami yg beristeri lebih dari satu amatlah berat kerana si suami hendaklah berlaku adil kepada isteri-isterinya dalam hal-hal yg berkaitan dgn makan-minum, pakaian, tempat tinggal dan keperluan2 asas yg lain. Manakala tanggungjawab si suami juga ialah adil dalam giliran bermalam dgn isteri-isterinya.

      Puan perlu bebincang dgn suami puan supaya dia berlaku adil terhadap puan dan madu puan. Pujuklah suami puan dgn berhikmah supaya dia menjadi seorang suami yg baik dan bertanggungjawab terhadap isteri-isteri. Ingatlah kita semua hidup di dunia ini bukannya lama, satu hari nanti kita akan menghadapi kematian dan segala amalan kita samada baik atau buruk akan diperhitungkan walaupun sebesar zarah.

      Seseorang suami adalah wajib memberi nafkah zahir dan batin kpd isteri-isterinya secara ADIL Itulah yg dituntut di dalam Islam. Sesiapa yg takut tidak boleh berlaku ADIL maka hendaklah kahwin dgn seorang isteri sahaja. Sekiranya seseorang itu telah berkahwin lebih dari satu isteri maka hendaklah dia bersungguh-sungguh menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dgn berlaku ADIL terhadap isteri-isterinya sebagaimana yg disuruh oleh syarak (Islam).

      Apa yg penting ialah kita sentiasa memohon doa kpd Allah Taala supaya segala masalah akan dapat diselesaikan. Berdoalah selepas solat kerana Allah Taala Maha Mendengar akan keluhan hamba-hambaNya.

      Wallahu’alam.

  14. Salamm..
    saya baru sahaja ingin melaksanakan perkahwinan saya yang ke 2 , untuk pengetahuan saya sudah bertunang hampir 1 tahun bersama bakal isteri saya yang ke 2 . saya tidak ada apa-apa masalah alhmdullh , keluarga saya , isteri pertama saya juga tak ada masalah cuma yang menjadi masalah pada saya adalah tentang unutk mendapatkan kebenaran daripada pihak mahkamah untuk poligami , saya sudah hampir 8 kali naik turun mahkamah serta sudah hampir juga 1 tahun menunggu daripada mahkamah tinggi shah alam . cost peguam ,cost ulang alik dan bermacam-macam lagi cost yang saya tanggung , saya rasa sudah hampir 20,000 saya habiskan untuk mendapatkan kebenaran tersebuat .

    Soalan Saya

    1. kenapa proses yang baik serta di buat dengan kesungguhan di lambatkan sangat .
    2. Kenapa tempoh kes terlalu lama hampir selang 1 ke 2 bulan .

    saya mintak pendapat dari pihak tuan macam mana untuk saya mendapatkan kebenaran , atau pihak tuan boleh menbantu saya dalam hal tersebut .
    Saya ingin bernikah dengan cara yang betul serta sah dari agama lslam serta di luluskan oleh kerajaan kita .
    tuan boleh call saya 0193067063 /056366241 Email
    asroi.azaman@yahoo.com

    terima kasih …..

  15. saya adalah isteri kedua bernikah secara senyap2 tanpa pengetahui oleh madu saya selama 10 bulan.selepas saya balik dari umrah saya merasa tidak tenang,sebab di belenggu rasa bersalah dengan madu saya kerana telah membelakangkan dia.wajar kah jika saya hendak berjumpa dengan madu saya untuk memohon maaf, minta ampun atas kesalahan saya.hal seperti ini saya telah pun berbincangan dengan suami saya tapi tidak ada sepatah pun dari suami saya.dia hanya diam.dengan itu saya menghormati dan faham keadaan suami saya belum bersedia.tapi saya berfikir sampai bila hendak terus di belenggu dan di hantui merasa bersalah pada madu saya.itu lah sekarang jiwa saya tidak tenang sampai sekarang.saya mohon pihak berkenaan tolong lah bagi saya cara macam mana yang boleh saya hendak menyelesai kan deengan cara baik.

    sekian terima kasih

  16. Assalamualaikum.
    Saya ingin bertanya kpd ustaz, pkhwinan kami tidak bahagia sejak saya mengandung 6 bulan lg. Ttpi apabila dlm keadaan marah atau sakit hati saya sering meminta suami melepaskan saya. DAn adakala dia menjawab ‘Bolehla’ ‘ikutla’ dan adakala ‘ok selepas awk bersalin’ dan kami hidup seperti biasa hingga 4 tahun perkahwinan.TApi bila ingin sahkan kata2 dia betul atau tidak suami sy kata dia tidak terniat cuma mahu skitkan hati saya pada wktu itu. ttp suami tidak pernah melafazkan secara terang-terangan. kebiasaan saya yg mula dahulu untuk lepaskan saya memndangkan sy tidak sgup hari-hari bergaduh. Saya dan suami telah bgaduh besar dan sy telah memintanya dia menceraikan saya. Ttp dia masih enggan. Akhirnya pada waktu itu saya telah menulis pada sehelai kertas “Aku cerai bini aku dengan talak _____” dan di bwh kertas itu ada tertulis namanya dan memintanya tandatangan kertas tersebut. Dalam keadaan marah saya memaksanya untuk t/tangan dan dia telah tandatangan tanpa menulis jumlah talak atau lafazkannya. Saya ingin tahu sama ada jatuh talak mahupun tidak? Yg sebelum2 ini dikira sah atau tidak? Andai sudah jatuh talak saya tidak mahu tinggal sebumbung lagi. sekian, terima kasih..

    1. Salam Puan,

      Masalah puan & suami amat rumit. Saya mencadangkan puan pujuk suami puan supaya berbincang perkara ini di pejabat agama.

      Sebenarnya kita kena takutkan azab Allah di akhirat kelak. Kita masih boleh kembali bertaubat memohon ampun kepada Allah di atas kesalahan2 yg pernah kita dilakukan selagi masih bernyawa.

      Itu adalah nasihat ikhlas daripada saya.

      Wassalam.

  17. Assalamualaikum,

    Saya ada kemuskilan tentang status pernikahan saya & suami. Kami telah berkahwin selama 10 tahun & mempunyai 3 orang cahayamata..Baru-baru ini saya mengetahui bahawa suami mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita..

    Saya telah menghubungi wanita berkenaan & memarahi beliau. Selepas suami mengetahui perkara tersebut, suami telah keluar rumah untuk menghubungi perempuan tersebut. Suami cuba untuk memujuk perempuan tersebut untuk terus bersamanya. Suami berkata pada perempuan tersebut bahawa “abang telah melafazkan cerai pada dia (saya-isterinya). Tetapi perempuan itu tidak percaya dengan kata-kata suami..Lalu suami ulangi sekali lagi “abang telah ceraikan isteri abang dengan talak 3″…

    Tetapi tanpa pengetahuan perempuan itu, suami masih bersama saya. Sekarang perempuan itu telah mengetahui, dan dia telah memberitahu saya bahawa suami pernah melafazkan cerai pada saya..Perempuan itu juga telah bersumpah atas nama Allah yang dia tidak berdusta tentang lafaz tersebut..

    Perempuan itu juga ada bercerita pada saya yang sebelum ini juga suami pernah melafazkan cerai pada saya di hadapan kawan suami kerana marahkan saya yang menggunakan kereta suami tanpa izin suami. Katanya ” aku ceraikan bini aku dengan talak 3″..Lafaz ini dia lafazkan di hadapan kawan nya itu..

    Kedua-dua lafaz ini adalah terjadi di belakang saya & tanpa pengetahuan saya. Kini kami masih bersama & suami menafikan kedua-dua lafaz tersebut..& kedua-dua lafaz ini berlaku dalam tempoh masa yang berbeza…

    Saya ingin mengetahui apa status saya sekarang? Kerana suami melarang saya untuk merujuk kes ini ke jabatan agama.

    Sekiranya jatuh talak pada saya, adakan benar saya telah di ceraikan dengan talak 3? Saya masih menyayangi suami & suami berjanji akan bertaubat atas segala perbuatan nya pada saya..& dia berkata dia tidak sanggup kehilangan saya & anak-anak..

    Di harap dapat menjelas status saya ni?? Saya dalam kebuntuan..

    Terima Kasih…

    Yang Benar,
    Isteri yang Buntu

    1. Salam,

      Pn. Sue, saya nasihatkan pn sue dan suami pergi ke pajabat agama utk menyelesaikan masalah ini. Saya yakin ustaz2 di pejabat agama akan membantu puan dan suami utk penyelesaian yg terbaik.

      Wassalam.

  18. Assalamualaikum ustaz,
    Saya telah berkahwin dengena suami hampir 4 tahun secara rahsia. Kami bahagia walaupuan suami tidak dapat menjalankan tgjwbnya secara adil. Kini perkahwianan kami telah diketahui isteri pertama. dan mendesak suami menceraikan saya hampir saban hari tetapi suami enggan. Suami seorng lelaki yang baik. Setelah perkahwinan kami tidak lagi menjadi rahsia, suami meminta izin isteri pertama untuk bertindak adil antara saya dengan isteri pertama tetapi isteri pertma tidak redha dan menuduh sya berkahwin dengan suami dengan menggunakan ilmu hitam dan guna-guna sedang kan itu semua tidak berlaku. Saya disuruh isteri pertama melakukan sumpah laknat untuk membuktikan kebenaran saya di masjid.
    Setiap kali suami ingin balik ke rumah saya, isteri pertama akan menunjukkan protes menyebabkan suami membatalkan niatnya itu. Sehingga ke hari ini suami tidak
    pernah bermalam di rumah saya seperti suami-suami lain yang berpoligami. Saya diminta bersabar dan mengalah jika ingin perkahwinan kami terus bertahan. Beliau juga tertekan.
    Soalan saya:-
    1 . Apakah hukumnya suami yang mengikut arahan isteri sedangkan arahan itu bercanggah dengan syariat Islam?
    2. Apakah hukumnya suami bertangguh untuk bertindak adil sedangkan perkahwinan telah berlangsung bertahun-tahun?
    3. Apakah hukumnya suami yang tidak tegas dan hanya mempertahankan perkahwinan pertamanya?
    4. Apakah hukumnya seorang perempauan yang tamak sedangkan dia telah memiliki segalanya?
    5. Apakah hukumnya orang yang menuduh orang lain syirik ?
    6. Adakah salah jika saya melakukan sumpah laknat demi untuk membuktikan kebenaran. Apakah hukum orang yang menyuruh melakukannya.
    7. Ada orang mengatakan bahawa sumpah laknat itu tidak baik tetapi saya telah melakukan sumpahan itu. Bagaimana harus saya lakukan untuk membersihkan diri dari terkena serpihan sumpahan itu?
    Harap ustaz dapat beri penjelasan. Terima kasih.

    isteri sabar,
    dungun , terengganu

    1. Asm.,

      Di dalam masalah ini saya berpandangan yang suami puan perlu membawa isteri pertamanya berjumpa dengan kaunselor di pejabat agama. Saya difahamkan terdapat kaunselor yang ditugaskan utk menyelesaikan krisis keluarga spt yg puan hadapi sekarang ini. Kaunselor akan mendengar dgn teliti akan setiap masalah yang dikemukan dan cuba mencari penyelesaian yang terbaik.

      Apa yang puan perlu lakukan sekarang ialah bersabar dan mengingatkan suami dgn cara yg berhikmah akan tanggungjawabnya terhadap puan sebagai isteri keduanya. Puan adalah isterinya juga yg mesti ditunaikan tanggungjawab dari segi zahir dan batin. Berdoalah agar suami puan diberi hidayah oleh Allah Taala utk kembali melaksanakan tanggungjawabnya terhadap puan dan juga isteri pertama dan seterusnya berlaku adil terhadap kedua-duanya.

      Puan dan suami puan juga boleh mendapatkan khidmat kaunselor utk mencari penyelesaian yang terbaik. Ingatlah hidup kita di dunia ini hanya sementara dan di akhirat adalah kehidupan yg kekal abadi. Redhalah ini sbg dugaan dan cubaan daripada Allah Taala yg puan mesti hadapi dgn tabah. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Kita yang perlu mencarinya dgn jalan yang benar. Waallahu’alam.

  19. alhamdulillah, setelah saya membaca segala nasihat tuan milkyway27, saya merasa teruja kerana masih ada insan bergelar lelaki yang faham akan masalah yang di alami oleh kami kaum wanita.
    saya juga mempunyai masalah yang hampir serupa dengan puan bougainvilla forest and puan sue dimana suami tidak dapat berlaku adil kerana kekangan isteri pertama, namun begitu bila dilihat kehidupan ini hanya sementara, saya cuba lalui kehidupan ini dengan seadanya kerana hidup dan mati kita hanya kerna Allah swt. kenapa Allah jodohkan kita dengan suami kita sekarang? hanya Allah yang maha Mengetahui dan sesungguhnya Dia maha Adil dan Dia tidak akan menganiaya hamba-hambaNya.
    saya fahami, kebanyakan kaum lelaki amat menyayangi isteri-isterinya tetapi ada yang tidak dapat berlaku adil kerana tuntutan keadaan, akan tetapi perceraian bukanlah jalan penyelesaian dan kembali ke jalan Allah adalah sebenarnya penyelesaian utama.
    islam adalah agama yang indah tetapi sesetengah mereka tidak dapat menerima kewajaran itu kerana tamak, kononnya mereka dianiaya, suami mereka dirampas, takut suami tak berlaku adil kepada mereka, niat seumpama inilah yang mencemarkan islam di mata orang luar. apabila mereka takut suami tidak berlaku adil kepada mereka dan mereka amat tega membiarkan suami tidak dapat berlaku adil kepada pihak yang lain, mereka ini yang sebenarnya telah berlaku zalim, penganiayaan secara total telah berlaku kepada isteri-isteri yang lain dan anak-anak kecil yang tidak bersalah.
    bagi yang berkahwin di luar negara dan perkahwinan tidak sempat didaftar, jabatan agama tidak melayan masalah sebegini. apakah tugas jabatan agama? perkahwinan yang telah mengikut syarak adalah sah disisi islam walaupun dilakukan di alaska, di kutub selatan atau dimana-mana pulau sekali pun, kenapa mereka tidak dapat membantu wanita yang berhak menuntut haknya dan anak-anak yang terabai kasih bapa.
    dimata saya, hak adalah hak, perceraian bukan jalan penyelesaian kerana banyak yang merana terutama anak-anak kecil, jabatan agama harus menilai ini jika tidak jangan dipanggil jabatan agama.
    baliklah semula ke landasan islam yang betul, ketahuilah doa insan yang dizalimi dan teraniaya adalah lebih dekat dengan Allah swt. sedarilah tujuan hidup kita adalah keredhaan Allah dimuka bumi ini dan kehidupan yang syumul dan indah di akhirat kelak.
    bagi wanita-wanita yang teraniaya dan anak-anak yang terabai, sabarlah kerana Allah itu maha Mengetahui. Allah melihat niat kita, hati kita, bukan darjat, bukan pangkat, bukan keturunan. Kesabaran itu sesunggunnya indah.

  20. salam,,sy mengalami masalah uma tgga..sy selaku is3 ke2..suami sy da berkahwin dgn is3 tua dia hampir 12thn..uma tgga mreka xpernah runtuh..di sebabkan is3 dia mengamalkan ilmu penunduk..umu suami sy 37..is3 tua dia 47..sy pula 24..suami sy kuat memarahi sy..sehinnga amat mudah dia melafazkn cerai talak 1 dgn sya..sy menjadi mangsa penceraian..padahal uma tgga suami sy dgn is3 tua dia bhagia ja..

  21. apakah yang patut sy buat dlm kes seperti ini..ht sy kdg2 jadi buntu..sy sedih dgn perkahwinan sy..br 7bulan..da cerai talak 1..suami sy amat baik dgn is3 tua dia..pada sy dia emosi sgt2..

  22. Assalamu’alaikum,

    Apa yang saya boleh nasihatkan kepada Puan adalah mendekatkan diri kepada Allah. Ujian yang menimpa Puan adalah supaya Puan bersabar menghadapinya dan diberi ganjaran pahala yang banyak oleh Allah. Hidup di dunia memang banyak cabaran dan ujian supaya meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah.

    Dengan mendekatkan diri kita kepada Allah seperti banyakkan solat sunat, solat tahajjud, berzikir, membaca Al-Quran akan menambahkan kekuatan dan motivasi kepada diri kita di dalam mengharungi ombak dan badai di dalam kehidupan dunia yang sementara ini. Puan masih muda, insyaAllah banyak masa lagi untuk beribadat dan berserah sepenuhnya dengan ketentuan Allah. Allah telah memberi petunjuk kepada kita mana jalan yang baik dan mana jalan yang buruk, maka kita telah diberi pilihan oleh Allah maka marilah kita memilih jalan ke arah kebaikan dan bukannya jalan keburukan yang akhirnya akan membawa kita kepada api neraka, nau’zubillah (aku berlindung dengan Allah)

    Apa yang baik itu datangnya dari taufiq dan hidayah Allah, apa yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.

  23. asslmualaikum,
    saya bermadu juga dan isteri pertama memanggil saya janda, perempuan sundal dan bermcm2 panggilan tetapi saya tetap bersyukur pada Allah swt apa yang dah ditentukan buat saya. Suami pula tidak menjalankan tanggungjawap yang adil terhadap saya sehingga sekarang 3 tahun bernikah tada zuriat.Saya cuba hubungi isteri pertama tetapi dia memarahi saya, bukan saya tidak mencuba berbuat baik tetapi diri isteri pertama tetap seperti gitu. Saya tidak memaksa suami supaya memberi giliran yang adil kerana suami ialah Nazir masjid tak kan dia tidak tahu hukum, isteri yang tua pula kerap memaki hamun suami. Saya merasa pelik kerana isteri pertama pernah menyatakan didepan muka saya dulu dia berpurdah tetapi sekarang membukanya kerana suami bernikah sama saya, saya beristifar didalam hati kerana cara dia berkata dengan begitu angkuh sekali. Saya mempunyai perkejaan tetap dan berniaga juga alhamdullilah Allah swt melimpahkan rezeki kepada saya.

  24. Assalamualaikum, saya adalah isteri kedua dan telah berumahtangga dengan suami yang baru selama setahun setengah.Sejak kami kahwin suami tidak pernah langsung memberi nafkah zahir kepada saya kerana masalah kewangan dalam perniagannnya.. Sehingga kini madu saya belum tahu akan perkahwinan kami yang berlaku di sempadan Thailand.. Dalam segi giliran pula suami juga tidak berlaku adil, dia akan bermalam dirumah saya cuma satu malam setiap 10 hari.Itupun jangkamasa paling kerap…kadang kala dalam sebulan cuma satu malami suami bersama saya. Tapi saya tahu dia sayangkan saya. Adakah suami bertindak adil terhadap saya dan apakah tindakan yg paling wajar saya lakukan.Saya akui sikap suami membuatkan saya berasa cukup tertekan. Saya kerap kesunyian walaupun mempunyai suami. Saya bekerja keras siang dan malam untuk membesarkan anak2 daripada perkahwinan yang terdahulu yang tinggal bersama saya. Adakah suami saya berdosa? Diharap persoalan ini dapat dijawab dengan terperinci.

  25. Salam.. Sy menikah di sempadan sbg isteri ketiga. Pernikahan direstui keluarga sy tetapi disembunyikan dr isteri pertama kerana beliau sama sekali menentang poligami. Setelah 3 thn pernikahan kami dikurniakan seorang anak. Kini rahsia terbongkar dan isteri pertama memaksa suami sy menceraikan isteri kedua dan ketiga. Kalau tidak beliau akan menuntut cerai. Atas rasa serba salah, suami sy skrg sudah hampir setahun tidak menunaikan kewajiban kpd isteri kedua dan sy spt sebelum perkara ini terbongkar. Selama ini, Kami sbg isteri yg merasakan ‘ambik’ suami org selalu mengalah dan tidak pernah menghalang suami balik kpd isteri pertama sekiranya ada urusan penting wlu masa itu adalah giliran kami. Malah, setiap hari raya kami tidak dpt bersama kerana suami beraya dgn keluarga isteri pertama. Skrg suami dlm dilema mengenangkan anak2 dan hal lain.. Suami ikut semua kehendak isteri pertama dgn tujuan cuba memujuk menerima kami madu2 nya.. Namun sehingga kini beliau masih tidak mahu terima. Malah sy dicaci dihina kerana dikatakan merosakkan rumahtangganya. Beberapa kali mereka bertengkar isteri tua selalu bertanya “bila kau nak ceraikan dia?”..suami menjawab “nanti jumpa aku ceraikanlah”.. Pernah juga beberapa kali ditanya “kau dh ceraikan dia?”..suami jawab “dah”..sedangkan sama sekali tidak berniat menceraikan kami. Suami kini rasa tertekan kerana terpaksa menemui isteri kedua dan sy dgn sembunyi2.. Amat sukar kehidupan kami bila sukar utk berjumpa dan berkomunikasi.. Wlupun wang bkn masalah pd kami tp perasaan sgt terganggu.. Soalan sy, apakah yg wajar suami sy lakukan? Jatuhkah talak dgn lafaz begitu? Apa hukum pd isteri pertama yg buat sy rasa teraniaya? Apakah yg sy perlu lakukan? Wajarkah sy menuntut cerai sedangkan sy & anak sgt memerlukan suami sy…tolong bantu kerana sy sgt tertekan..

  26. keadaan saya sama spt kisah di atas.di mana sy sebagai isteri kedua…isteri pertama x pernah sekalipun izinkn suami luangkn msa brsma dan juga tundukkn suami buatkn suami takut pada isteri pertama.apa yang saya runsingkan saya mengandung begitu juga isteri pertama.sekarang saya sakit dan sebagainya seorang diri.akan datang akan lahir zuriat saya.keadaan sekarang saya tidak langsung dapat bersama suami apa lg ada anak kelak kerana isteri pertama sengaja untuk mngandung untuk menarik perhatian suami supaya sntiasa bersama beliau dan tidak pernah ada msa bersama dengan saya.jmpa suami dan berhubung dgn suami hanya pada waktu kerja suami dan tanpa.pengetahuan isteri.pernah saya cuba mnx hak saya pada isteri pertama ttp dia hanya berpura baik sbaliknya dengan suami bergaduh atas permintaan saya dan ugut suami untuk bawa lari anak dan tinggalkn suami.saya buntu sangat…x tahu masa akan datang mcm mna kerana saya dan juga anak perlukan suami.

  27. Assalamualaikum,

    Suami saya telah menjalinkan hubungan dengan perempuan lain selama 11 tahun dan pada hari raya korban tahun 2012, setelah melakukan solat istiharah, dengan izin Allah telah mempermudahkan saya memberi restu dan keizinan kpd suami untuk memperisterikan kekasihnya itu dan tanggal 13.3.2013 mereka selamat diijabkabulkan dengan disaksikan oleh saya sendiri bersama 2 drpd 5 orang anak saya. Saya cuba utk memastikan suami berlaku adil terutama dalam pembahagian masa, Alhamdulillah setakat ini segalanya berjalan lancar. Kami dapat keluar makan dan berjalan-jalan bersama-sama wlpun ada kalanya terdetik di hati rasa geram bila melihat kemesraan suami dengan isteri mudanya namun syukur jugalah anak perempuan saya yang berusia 9 tahun kerap menegur saya supaya bersabar.

    Pada penghujung tahun 2012 yang lalu (sebelum mereka bernikah), madu saya telah disahkan kanser servik dan sejak itu berulang alik ke hospital untuk menjalani rawatan. Keadaannya itu juga telah menyebabkan suami saya menjaganya di hospital dan bagi saya tidak elok memandangkan ketika itu mereka belum bernikah. Mungkin itu jugalah salah satu sebab mengapa saya membenarkan suami saya menikahinya bagi mengelakkan mereka daripada fitnah.

    Madu saya tidak dapat menjalankan tanggungjawab sepenuhnya sebagai isteri disebabkan kanser servik. Persoalan saya dalam keadaan madu saya sakit, adakah wajar untuk suami bersamanya walaupun ketika itu giliran saya? Adakah perlu suami saya menggantikan masa/hari tersebut? Untuk makluman, giliran hari yang dipersetujui bersama adalah 4 hari bersama saya dan bakinya bersama madu saya. Walau bagaimanapun, saya tidak kisah kalau suami menjenguk atau membawa isteri muda nya untuk minum, makan ataupun keluar sekejap dan kemudian balik ke rumah saya.

  28. Salam…saya merupakan isteri kedua dan sudah berumahtangga selama 3 tahun…Saya tidak dikurniakan anak lagi kerana suami saya tak mau ada zuriat dengan saya atas alasan family saya dan isteri pertama nya tidak dapat menerima perkahwinan kami ini. saya rasa sangat2 kecewa kerana setiap isteri pasti dan pasti beekeinginan utk mempunyai zuriat. bila saya minta dia akan jawab nantilah…belum masa….katanya nak tunggu dua isterinya berdamai maka baru dia bersedia ada zuriat.tup tup saya dapat tau isteri pertamanya yg hamil lagi anak ke 4….saya kecewa…sangat kecewa kerana saya yg berkeinginan tapi diberikan hanya pada yg sana….dan suami saya tidak menjalankan tanggungjawabnya seperti sistem giliran dan nafkah zahir atas alaaan utk menjaga hati isteri yg pertama dan belum mampu.jika tak mampu kenapa bole tambah anaj lagi dengan yg pertama…..sedihnya hanya Allah yg tau….baru2 ni tiba2 ada perubahan pada suami saya…dia menyatakan yg dia tak tau apa perasaan dia pada saya…hilang ungkapan sayang..hilang panggilan sayang terhadap saya…saya rasa sedih.saya rasa kecewa.seperti dipermainkan. maruah saya jatuh,saya dihina,dicemuh kerana memilih dia sebagai suami,saya juga dikata org sekeliling mandul..saya sedih…sebab saya tidak diberi peluang….akhirnya begini nasib saya…suami pun tidak beri sokongan..saya buntu…bila sendiri saya bingung…saya rasa sakit hati….menangis sentiasa kerana hati terasa sangat2 sakit….dan rasa dianiaya suami saya dan isteri pertamanya…adakah berdosa suami saya?

  29. asalammualaikum, sya ingin bertanya bedosakah seorang isteri berdoa kepada allah agar suaminya tidak bernikah lain dan agar pintu hati suaminya tutup untuk wanita lain. boleh us tlg jwb

  30. ana jg seorang isteri kedua dan isteri pertama memaksa suami untuk menceraikan ana walaupun sdh mempunyai seorang ank.ana sgt terkilan dgn ugutan isteri pertamanya trhadap suami sehingga suami tidak dapat berlaku adil dalam giliran.ana sgt terseksa dgn keadaan ini yg seolah-olah menghisap nyawa ana dan rasakan diri spt mayat hdp.ana tdk nafikan kehidupan bermadu sgt menyeksakan dan menyakitkan bila seorang suami tdk dpt berlaku adil.ana cuma mampu bersabar sedaya yg blh dan masih berharap agar diri ini mampu diterima suatu hari nanti..insyaallaah…

  31. ana seorang isteri kedua dan sdh mempunyai seorang cahaya mata dari suami.sblm ini ana pernah menjanda dn mempunyai 3 org anak dr bekas suami.slps menjanda 2 thn ana bertemu dgn suami skrg dan kmi mengambil kata pts utk menikah.sblm ini ana ada cdgkn kpd suami agar memberitahu isteri pertama dulu kerana bimbang berlaku hal yg tdk diingini slps berkahwin,ttpi suami kata semuanya baik dan tdk ada apa2 yg dibimbangkan.setelah nikah setahun ana tlh mempunyai zuriat bersama suami.dan dalam msa yg sma,isteri pertama mendesak serta mengugut suami agar menceraikan ana.kiranya suami enggan,dia akan membawa ank2 lari bersamanya.ana sgt sedi dan terkilan.walaupun sakit,seksa,pedih suami tdk mampu berlaku adil ttpi kerana terlalu syg dan ingt semua apa yg dia lakukan pd ana,ana ttp sbr dn kekal disisinya sehingga kini.ana terpaksa berkorban demi mempertahankan r.tgga ana dn isteri pertama.suami tdk dpt bermalam dirmh ana kerana bimbang dgn ugutan isterinya.ana sgt tertekan namun cuba bertahan ttpi kini bdn ana semakin kurus dan lemah2.ana ada memohon pd suami agar melepaskan ana sahaja walaupun berat hati untuk mengatakannya demi keluarga mereka,namun suami enggan dan tdk relakan ana pergi tanpa dia disisi.sblm ini hdp ana mmg perit ketika menjanda kerana terpaksa bekerja siang dn mlm untuk ank2,ttpi slps berkahwin dgn suami,hdp ana dn ank2 terjamin.semuanya jodoh dari Allah dan jauh sekali berniat utk merampas suami.ana cuma sekadar berkongsi dan bkn mencuri ttpi kini ana rasakan seperti seorang perampas dan pendatang asing dlm hdp isteri pertama.kini ana buntu sama ada terus bertahan ataupun pergi.ana jg fhm perasaan wanita yg dimadu ttpi kerana jdoh ana tdk mmpu menolak takdirNYA.

  32. Salam,

    Apa yg boleh saya nasihati di sini ialah bersabar, bersabar dan bersabar. Anggaplah ini semua ujian daripada Allah Taala utk menaikkan keimanan kita kepadaNya. Berbincang dgn suami di samping berdoa kpd Allah Taala supaya diberikan hidayah kpd suami utk berlaku adil kpd isteri-isterinya sebagaimana yg diperintahkan oleh Islam. Bangunlah bertahajjud di malam yg sunyi dan yakinlah yg Allah Taala mendengar rintihan hati kita kepadaNya. “kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan…” Ingatlah ayat ini yg kita baca di dlm solat kerana Allah Taala shj tempat kita bergantung dan memohon pertolongan dan bantuan di dlm mengharungi hidup di dunia ini. Wallahu’alam.

  33. usia perkahwinan sy br 6thun….suami sy mahu kawin lain di thailand sbb die thu mkamah tidak akn menarkn die kwin lain…skiranya sy mengadu ttg suami sy di pejabat ugama…apa tindakan pejabat ugama akn lakukan…

    1. Salam. Perkahwinan yang dilakukan di Thailand adalah sah sekiranya ia dilakukan di tempat yang diiktiraf oleh pejabat agama dan mengikuti syarat-syarat nikah dalam Islam. Sekiranya perkahwinan itu telah berlaku maka si suami dikehendaki melaporkan atau mendaftar pernikahan itu di Malaysia dan akan dikenakan denda oleh pihak mahkamah kerana tidak bernikah di sini. Sekiranya ianya belum berlaku saya tidak pasti apakah tindakan yang akan diambil oleh pejabat agama terhadap suami puan. Berdoalah semoga Allah memberi yang terbaik kepada puan sekeluarga kerana Allah Maha Mengetahui. Wallahu’alam.

  34. Assalamualaikum w.t.h

    Untuk pengetahuan saudara saya dan bakal suami dalam proses permohonan untuk berpoligami, permohonan dibuat di Negeri Selangor.
    Masalah timbul apabila isteri pertama menggunakan khidmat peguam menuntut untuk mendapat giliran lebih dengan alasan anak-anak lebih memerlukan bapanya berbanding saya. Bakal suami telah menyatakan padanya yang dia tidak bersetuju dengan niat isteri pertama, kerana melihatnya seperti tidak adil bagi saya kelak. Bolehkah dia (isteri pertama) menuntut sebegitu?

    Sejujurnya saya tidak bersetuju dengan cadangan yang dituntut oleh Isteri Pertama, kerana saya memikirkan di masa hadapan, saya juga akan mempunyai anak-anak yang juga memerlukan perhatian seorang bapa dan saya sendiri mengharapkan suami berlaku adil dalam giliran kepada kedua-dua isteri. Dan yang merisaukan saya jika perkara ini berlaku saya akan terus terikat dengan keputusan mahkamah selama-lamanya.

    Selepas berkahwin bakal suami merancang & meminta saya supaya tinggal berhampiran dengan rumah isteri pertama, supaya mudah untuk dirinya menguruskan kedua-dua keluarga kelak, dan saya bersetuju dengan cadangan bakal suami. Malah saya mengizinkan bakal suami untuk menjenguk anak-anak tiap-tiap hari walaupun pada hari giliran di rumah saya dan jika ada keperluan untuk bakal suami membawa anak-anak ke rumah saya juga tidak menjadi masalah pada saya malah saya amat mengalu-alu mereka tinggal di rumah saya.

    Jadi, saya melihat tidak wajar untuk Isteri Pertama menuntut giliran lebih lagi dengan alasan anak-anak.

    Minta bantu saya..

    Terima Kasih.

    1. Wassalam, sya yakin pihak mahkamah akan berlaku adil kpd puan dan isteri pertama. Giliran adalah menunjukkan keadilan dlm poligami. Beritahu mahkamah yg puan mahukan giliran yg sama sebagaimana yg Islam kehendaki. Wallahu’alam.

  35. salam…sy adlh isteri ke -4yg dinikahi oleh suami..tp isteri ke 2 dan ke 3 sudah diceraikan…sy knal suami sy sudah 7 thn dan 3 thun sudah berkahwin…isteri pertama tidak tahu yg suami nya telah bernikah lain…untuk pengethuan isteri ke 3 seorang muaalaf tp telah lari dr perkahwinan krn tidak thn poligami krn suami di kl tp dia di thailand…baru2 ni suami sy telah bernikah lg dgn wanita muaalaf juga dr laos dimana jarak umur mrk 17 thn dan sy minta diceraikan krn rasa dianiaya.suami sy tidak mempunyai pekerjaan tetap dimana sy yg byk support dia dlm sgala hal termasuk kdg2 untuk isteri pertama dan anak2 mrk…sy bernikah di thailand tanpa pengetahuan isteri pertama..kami dah bercerai tp suami mahu rujuk..sy suruh suami pilih saya atau isteri laos dia..berdosa ke sy menyuruh suami menceraikan isteri barunya..sy berpendapat suami sy tidak mampu berlaku adil dlm sesetengah aspek seperti giliran krn jarang bersama dgn sy krn tkut isteri pertama tahu dan selalu alasan outstation ke laos tuk kerja dan dia tdk menceritakan kpd isteri baru bhawa dia sudah berkahwin dan mempunyai anak di malaysia…sy buntu samada untuk bertahan atau keluar dr kemelut ini

    1. Wassalam, selagi perkahwinan itu sah dari segi syarak maka seeloknya tidak ditentang hukumnya. Bincang dgn suami berkenaan dgn giliran, nasihat dia supaya berlaku adil krn adil adalah syarat seseorang itu utk berpoligami…ingatkan dia akan balasan di akhirat sekiranya tidak berlaku adil. Wallahu’alam.

  36. Salam…sy isteri ke2,sy nk tanye ,kisah sy lbh kurng kisah di atas..tp suami sy dgn isteri pertama dia xmempunyai zuriat,bila berkawin dgn sy dpt la zuriat yg dia nantikn selama 9 thn…..tp masa first sy bg thu suami sy mengndung isteri pertama dia thu jgk dia x bg suami sy dtg tdo d rumah sy smpai la skrng ank da 7 bln,selama dr sy mengndng isteri pertama dia mcm2 fitnah yg dia wt kt sy,n suami sy pun hmpir2 percaya,suami sy takut dgn isteri dia…..smpaikn klu ank dmm pun xdtg,adakah berdosa n sy rasa tertekan….ap yg ptt sy lakukn?

    1. Wassalam,
      Berdoa, berdoa dan berdoa semoga Allah Taala akan memberi petunjuk kpd suami puan utk menjadi suami yg bertanggungjawab kpd isteri-isterinya. Berbincang dgn cara yg baik dan berhikmah dgn suami puan ttg tanggungjawabnya memberi nafkah zahir dan batin. Ingatkah kepadanya akan balasan Allah Taala kpd orang2 yg tidak melaksanakan tanggungjawabnya terhadap isteri2 dan anak2. Mudah-mudahan dia insaf. Bangun malam bertahajjud dan angkat tangan memohon pertolongan dariNya kerana Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat.

  37. Assalamualaikum. .mslh sy serupa spt diatas.
    1. 1st wife suami menghalang suami dr berjumpa & suami x pernah bermalam dgn sy sejak kami bernikah 5 bln yg lps..
    Macamner cara spy sy dpt hak giliran bermalam tu sbb 1st wife dah bg guna2 kt suami.. tu sbb suami sgt tkut dgn isterinye..

    1. Wassalam.

      Pergi berjumpa dgn perubatan Islam utk meminta nasihat. Cara menundukkan suami dgn bomoh dan ubat guna2 adalah cara yg salah. Sila baca artikel dlm blog ini. Jangan lupa berdoa kpd Allah krn Allah Taala adalah Tuhan yg kita sembah dan tempat kita memohon pertolongan. Sekian. Terima kasih.

  38. Kawan saya seorang janda dan menjalin ikatan bersama seorang lelaki yg sudah berkahwin dan mempunyai anak…. Dari mula perkenalan mereka kedua2 mereka sudah memaklum status diri mereka. Semakin hari semakin mesra, si lelaki syorkan untuk menikahi si janda untuk mengelakan daripada maksiat. Si janda pula setuju.

    Isteri lelaki tak merestui atas sebab2 atas kepentingkan diri sendiri. Si janda pulak sudah bersedia mahu berjumpa si isteri bersama lelaki itu Agar si isteri tahu cerita sebenar dari mulut si janda dan lelaki daripada mulut org lain. Si isteri pula tidak mahu berjumpa dan tidak memberi kebenaran untuk si lelaki ernikah lagi. Sekarang mereka buntu apa yg harus mereka lakukan selain berdoa kepada Allah SWT.

    Adakan pernikahan ni masih bole diteruskan?

    Saya kasihani rakan saya yg sedang dilema ni….

    1. Salam,

      Isteri pertama kena memahami konsep perkahwinan di dalam Islam. Sekiranya pernikahan itu baik utk semua maka ianya wajar diteruskan. Solat istikharah mohon petunjuk daripada Allah Taala. Sekian.

  39. saya berkahwin pada tahun 1995. skrg anak saya 5 org. yg sulung di ipta dan yg bongsu darjah 2. suami saya curang dgn janda indonesia. saya dapat jejaki pada tahun 2009. semasa tu anak bongsu berumur 3 tahun. suami selalu outstation dan saya redha..rupa2 nya buat maksiat dgn janda indonesia yg bekerja sbg operator pengeluaran di ipoh. sebulan 2 kali suami ke ipoh dgn alasan kerja. 2014 bulan 2 saya dapat tahu mereka dah nikah di medan pada 2011 dan sudah daftar di seremban. masalahnya suami saya tak mampu dari segi kewangan dan kesihatan. suami saya pengidap diabetes yg agak teruk. suami selalu bising2 duit tak cukup untuk belanja rumah. nafkah batin juga terjejas kerana penyakitnya. saya selalu stress. kelengkapan rumah secukupnya saja. keperluan saya beli sendiri atas ehsan adik beri duit belanja setiap bulan. saya tak bekerja. saya nak tahu bagaimana status perkahwinan suami saya.. terima kasih.

  40. Assalam.. Saya mempunyai seorang isteri yang telah saya nikahi selama 7 tahun.. Baru-baru ini saya telah berkenalan dengan seorang ibu tunggal yang mempunyai 4 orang anak yang masih kecil.. Selama perkenalan saya dengannya saya dapat melihat kegigihannya membesarkan anak-anaknya tanpa bantuan nafkah dari bekas suaminya.. Dia sangat baik di mata dan hati saya.. Saya rasa ‘terpanggil’ untuk menjadikannya sebagai isteri dan ingin menumpang kasih sayang dari anak-anaknya memandangkan saya sendiri masih belum mempunyai anak.. Hubungan saya dengannya akhirnya diketahui oleh isteri saya.. Dia tidak rela dimadukan dan ingin bebas dari saya tetapi saya enggan melepaskannya.. Hal ini menjadi bertambah rumit apabila diketahui oleh ibu saya sendiri.. Dia menentang sekeras-kerasnya niat saya ini kerana terlalu sayangkan isteri saya.. Saya dikatakan tamak, menzalimi isteri saya dan yang paling menyedihkan saya dituduh telah terkena ‘buatan’ perempuan yang ingin saya jadikan isteri itu.. Saya jadi semakin tertekan bila ibu saya hampir mengatakan yang saya ini bukan anaknya lagi jika saya masih meneruskan niat saya ini.. Saya telah ‘berubat’ dengan seorang ustaz dan saya dikatakan bebas dari terkena sihir.. Niat dan perasaan saya terhadap perempuan itu masih sama.. Saya takut saya akan terus melakukan maksiat dengannya.. Dan saya juga takut akan kehilangan ibu kandung saya.. Apa harus saya lakukan… 😖😖😖😖😖

    1. Wassalam,

      Saudara, pertama-tamanya elakkan dari melakukan perkara yang dimurkai Allah. Hidup kita di dunia hanya sementara dan kita hendaklah bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan tubuh badan yg sihat utk beribadat kepadaNya. Cuba terangkan kepada ibu dan isteri saudara yg saudara mampu berlaku adil sekiranya berpoligami kerana adil adalah syarat berpoligami. Cuba berikan kefahaman kpd mereka ttg tujuan poligami, mungkin dengan bantuan orang lain atau ustaz atau ustazah yg mengenali saudara. Akhir sekali cuba dapatkan khidmat nasihat dari pejabat agama berdekatan dgn tempat saudara dan saya yakin mereka ikhlas memberi nasihat.

  41. Lelaki dibenarkan berkahwin 4, tertulis dalam Al-quran.
    Tetapi, mampukah berlaku adil adalah persoalan kepada sang suami, bukan sang pencipta.

    Semasa memilih isteri kedua pun sudah salah ( bercouple/skandal dahulu, kemudian baru berkahwin ), mana nak datangnya keberkatan & keredhaan?

    Saya lelaki, kalau ada kawan/keluarga saya berpoligami, saya akan nasihatkan berlakulah adil.
    Saya? tepuk dada pun sudah tahu, tidak mampu saya untuk berlaku adil. Tidak sanggup saya ke neraka kerana menidakkan hak sang isteri pertama & kedua.

    1. Alhamdullillah…sedar tentang diri sendiri sebelum lakukan perkara yang tak sepatutnya…zaman ini sudah menjadi trend…couple dulu..buat maksiat dulu..peluk cium suami org dgn janda..pastu jadikan alasan tuk berkahwin…astaqfirrullah allazzimm…semoga Allah melindungi kita dri godaan syaitan…aamiin…

      1. Perkara yg haram x boleh dilakukan atas apa-apa alasan…matlamat tidak menghalalkan cara. Apa yg haram tetap haram mesti dijauhi…

  42. Assalammualaikum ,

    Saya telah berkahwin dengan suami saya pada tahun lalu dan saya adalah isteri kedua… Alhamdulillah, kedua-dua ibubapa kami restu dan memang telah mendapat persetujuan isteri pertama…

    Masalahnya sekarang terlalu banyak yang saya rasa ketidakadilan berlaku terhadap saya… mungkin bagi orang lain adil tapi saya yang melaluinya dan saya rasa orang lain tidak memahaminya termasuklah suami saya..

    Sebagai contoh saya tidak berpuas hati kerana suami saya tidak menyediakan nafkah tempat tinggal utk saya di London… Katanya dia sudah menyediakan rumah untuk saya di Malaysia sedangkan rumah itu sekarang ibubapa dia yang duduk… kalau saya duduk pon mungkin lg 4 tahun baru saya dapat tggl di situ… jadi, selama 4 tahun ni dia sebagai suami tidak memberi apa-apa nafkah tempat tinggal…sedangkan isteri pertama dapat dari sekarang…nilaian harga rumah di Malaysia lebih kurang sama dengan UK…itu keadilan yg dia nak buat… apa yang saya rasa tidak adil ialah:

    1. Saya belom lg dapat duduk rumah di Malaysia dan rumah itu diduduki oleh ibubapa suami saya.

    2. Saya sebagai pelajar terpaksa menampung kos hidup yang tinggi di Kota London

    ada tak nasihat untuk saya bersabar untuk 4 tahun ni???

    Keduanya, saya ade membuat kesalahan (bukan zina). suami saya ingin denda saya dengan meninggalkan saya untuk sebulan… Bolehkah dia ambil giliran malam yang sepatutnya untuk saya dan bermalam di rumah isteri lagi satu tanpa keredhaan saya???? yang saya baca suami diharamkan sama sekali bermalam di rumah isteri yang bukan gilirannya walau bagaimana marah skalipun suami terhadap isteri… Boleh jelaskan hukum2 giliran bermalam ini???

    Saya harap anda dapat membantu saya. Terima kasih

  43. Wassalam.

    Giliran malam semestinya dipatuhi oleh suami bila berpoligami. Itu adalah tanda keadilan dalam poligami. Sekiranya mendapat keizinan isteri barulah suami boleh melepaskan tanggungjawab giliran malam tersebut. Perkahwinan yang melibatkan suami dan isteri terpaksa berjauhan semestinya sudah dijangkakan dan kedua-duanya mestilah bersedia menerima akibat perpisahan sementara itu sebelum melangsungkan perkahwinan lagi.

    Adil di dalam memberi nafkah zahir contohnya ialah isteri pertama mempunyai 5 orang anak dan isteri kedua mempunyai 1 orang anak. Isteri pertama diberi nafkah RM1000 dan isteri kedua diberi RM200 itu dikira adil mengikut keadaan keperluan isteri-isteri tersebut.

    Bersabar adalah jalan yang terbaik yang dianjurkan oleh Islam dan menahan diri dari melakukan maksiat kepada Allah adalah sifat yang mesti ada bagi setiap Muslim walau di mana berada dan ketika berseorangan atau bersama orang ramai, ketika sembunyi atau terang-terangan kerana Allah sentiasa memerhatikan segala gerak-geri kita. Wallahua’lam.

  44. Assalammualaikum,
    Saya amat tertekan dgn semua dugaan yg sedang melanda hidup sy ini..sy x tau nk luahkn pd siapa..hari2 sy terfikir utk menamatkn sj hidup ini..
    Sy mmpunyai masalah 2 masalah, diantara Miami & bekas suami..

    Masalah pertama sy dgn suami sy adalah dia tidak mampu utk berlaku adil,seperti mana yg pernah dijanjikan dahulu.sy bertemu dgnnya didlm halaman mencari jodoh..dia berterus tenant mengatakan dia suami org dan memberitahu yg isterinya tahu & setuju utk dia berkahwin lg.sy terpikat pd dia dissbkn kejujurannya & sanggup terima sy yg telah mmpunyai 5 org anak sebelum ini.dia kata dia berkahwin dgn at kerana Allah, dia tak mahu kami berkawan lama2 bg mengelakkn maksiat & finish..akhirnya sy bersetuju utk berkawin di Songkhla. Dia kata dia akan beritau istrinya, sebln selepas itu baru isterinya tahu dan sy x sangka yg istrinya sukar utk terima kenyataan suaminya telah berkahwin lain..sy amat sedih gila dpt tau yg suami sebenarnya berbohong mengatakan istrinya telah mengizinkn dia utk berpoligami.sejak itu, madu sy sering bersedih dan meminta dia diceraikan kerana dia tak sanggup utk berkongsi kasih..dia minta agar suami melepaskn dia setelah dia bersalin kelak. Tanya amat perit pd sy kerana sy rs berdosa menyebbkn perkahwinan mereka jd x menentu.st pernah britau suami sy utk lepaskn sy tp dia minta sy bersabar..dia kata dia sygkn kedua2 isteri dia, dia hanya minta sy bersabar..tp setelah 7bln berkahwin, sy merasakan situasi semakin teruk.suami sy seperti takut utk berjumpa sy..giliran mlm sy telah lama diabaikn..sy sanggup berkorban agar selama madu sy sedang sarat dr 7 bln hingga habis pantang, sy serahkn giliran sy pada madu sy itu..dan selama itu,suami akan sembunyi2 jumpa dan sy terpaksa email cuti,mc utk memenuhi keinginan suami sy itu sbb sy tak mahu jd isteri yg berdosa.sejak itu mmg rekod sy mnjd buruk akibat selalu ambil cuti kecemasan & mc..tp sy sanggup dipandang buruk oleh majikan sy kerana sy tau apa yg lebih penting adalah berbakti pd suami.tp malangnya sy merasakan pengorbanan sy disia2kn..setelah madu sy habis pantang, suami sy masih tidak dpt menunaikn janji2nya itu.Madu sy tetap dgn pendiriannya,lepaskn jika suami sy makin ingin berpoligami.Dan tipulah jika sy rs tak teraniaya, hari2 sy menangis, sy rs amat tertekan..makin lama makin jarang suami dtg berjumpa sy..suami sy amat baik orgnya, sy tau kenapa dua buat begitu adalah semata2 tidak mau mengecewakn hati istri itu.tp bagaimana dan hak sy?sy terlalu kecewa, selalu menangis sendirian..perkahwinan pertama sy pun, sy terseksa..sy dh x sanggup utk terseksa lg..suami sy hanya mahu sy bersabar to hati sy mulai sudah tidak redha..tiap hari hati sy makin hancur…Ya Allah, tolonglah sy..apakah patut sy lakukn?perlukah sy minta dilepaskn agar semua masalah ini selesai? Apakah dosa sy, suami & madu sy itu?..

    1. Wassalam,
      Puan, pertama – tama sekali ingat kpd Allah, apa tujuan kita hidup di dunia ini. Ingatlah diri kita ini adalah milik Allah dan kita akan dikembalikan kpdNya. Sesungguhnya dgn mengingati Allah hati akan menjadi tenang, itu adalah firman Allah yg wajib kita imani dan yakini dgn sepenuh hati.
      Ujian dtg dlm pelbagai bentuk yg mana Allah hendak menguji keimanan kita. Allah menguji kita dan ujian itu adalah sesuai dgn kemampuan kita berdoalah semoga Allah memberi kekuatan kpd kita.
      Berdoalah kpd Allah supaya Allah membuka hati suami Puan utk berlaku adil dlm poligami lebih lebih lg di bln puasa yg diberkati ini. Dan yakinlah Allah mengabulkan doa Puan dan memberi penyelesaian yg terbaik utk puan.
      Banyakkan hubungan dgn Allah dan bersangka baik dgn Allah. Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana dan Allah tidak menzalimi hamba2Nya.
      Bercakap dgn suami puan akan tanggungjawabnya sbg suami. Ingatkan suami puan akan tujuan hidup di dunia ini adalah utk beribadat kpd Allah dan kita akan dikembalikan kpdNya. Saya mendoakan puan dirahmati Allah dan mendapat keredhaanNya. Amin.

  45. Assalamualaikum
    Saya berkahwin dgn suami saya 5 tahun lepas. Saya tidak pernah mendapat giliran bermalam kecuali jika suami saya outstation. Isteri pertama seorang yg garang dan suka bertekak dan sifat itu berlawanan dgn saya yg pendiam dan menurut sahaja.
    Baru baru ini suami meminta izin dari saya untuk melepaskan saya kerana tidak tahan maki hamun dari isteri pertama, terutama permintaan supaya suami saya lafaz cerai atas saya, apa yg suami saya lakukan hanya berdiam diri dan terus mengundang marah isteri pertama kerana diam.
    Saya tahu suami saya telah tidak tertanggung tetapi hanya kerana anak, mereka masih bersama.
    Apa harus saya lakukan? Harus kah saya membenar permintaan suami itu? Talak bukan ditangan saya. Saya ingin mencium bau syurga, dan saya ingin ke syurga bersama suami saya.
    Dapatkah suami saya ke syurga atau kerana berkahwin dengan saya dia Akan tempang di akhirat? Atau saya yg mengheret dia ke neraka?
    Tolong saya.

    1. Wassalam.
      Saya nasihatkan puan mendapatkan khidmat kauseling dari pejabat agama yg berdekatan. Pujuk suami puan utk hadir sekali mudah-mudahan suami puan faham akan tanggungjawabnya sbg suami yg berpoligami.
      Satu lg mohonlah pertolongan kpd Allah semoga hati suami puan menyanyangi isteri2 dan berlaku adil dlm poligami. Berdoalah kpd Allah…

  46. Assalammualaikum..
    Saya adalah isteri kedua dan sudah 9tahun berkahwin juga sudah mempunyai 3org anak. Alhamdullillah saya dikurniakan seorang suami yg bertanggungjawab..Baru2 ini saya dan suami telah berpindah tinggal bersama ibu saya kerana ingin menemaninya yg tinggal berseorangan. Apabila kami tinggal bersama..ibu saya ada menyatakan ketidakpuasan hati atas tindakan suami saya yang sering pulang lewat bila tiba giliran saya. Katanya suami saya tidak mengikut syariat bermalam kerana pulang lewat dlm jam 10.30mlm dan keatas. Dan itu menjadi perbalahan kecil antara saya dan ibu.Suami saya seorang yg sentiasa sibuk dgn kerjanya dan tambahan suami terlibat dgn aktiviti masyarakat..jadi sering kali perlu menghadiri mesyuarat di mlm hari sehingga pulangnya kdg2 jam 11 atau 12 mlm. Saya memahami situasi kerja suami selama ini..dan saya tidak kisah jam brp pulangnya..Dan seandainya tiada apa2 tuntutan kerja..bila tiba giliran saya suami ttap akan pulang ke rumah jam 10.30mlm dari rumah isteri pertama..begitu juga sebaliknya apabila tiba giliran isteri pertama.Waktu pulang suami ke rumah isteri2nya sebaik melepasi jam 10.30mlm. Kata ibu saya yg juga pernah berpoligami..arwah ayah saya mengamalkan bila tiba giliran isteri 1 mahupun ke2..ayah akan pulang ke rumah selepas asar..dan andai ada tuntutan kerja barulah ayah keluar semula. Saya menjadi buntu apabila ibu sering membandingkan antara arwah ayah saya dengan suami saya.Untuk pengetahuan..suami saya tidak tahu ttg ketidakpuasan hati ibu saya ini. Jadi soalan saya..adakah MASA/JAM yg dititikberatkan dlm melaksanakan pembahagian giliran dan adakah ia nya syariat wajib atau ia ada kelonggaran atas keredaan isteri2nya?

    Sekian.

    1. Wassalam. Alhamdulillah puan adalah seorang isteri yg boleh dijadikan contoh kerana menerima syariah poligami dgn tenang. Tentang malam giliran ianya hendaklah ditunaikan oleh suami dgn adil & saksama iaitu dgn kiraan yg sama. Disebabkan tugas & tanggungjawab suami puan tidak boleh balik ke rumah pada awal waktu dan sama pd isteri yg satu lagi. Puan boleh menerangkan dgn cara yg baik kpd ibu puan supaya menerima dgn hati terbuka yg penting suami puan bersikap adil kpd isteri – isterinya. Berdoalah kpd Allah supaya ibu puan boleh menerima situasi tersebut. Saya nasihatkan puan mendapatkan khidmat nasihat drpd ustaz-ustaz yg puan percayai. Wallahu’alam.

  47. assalammualaikum, ust saya pernah bercerai dan nikah dengan wanita lain, sekarang ni saya setelah muhasabah diri saya banyak salah dan silap dengan bekas istri saya nak perbtulkan kesilapan saya saya nak nikah kembali dengan bekas isteri saya nak laksanakan amanah yang saya terima semasa akad nikah dahulu. saya takut nanti akan di azab dpan allah, tetapi isteri yang seekarang tak bagi. apa harus saya buat saya tak dapat maaf kan diri saya jika tk nikah kembali. saya benar2 ingin jalankan tanggungjawap terhadap 2,2 nya

    1. Wassalam. Sekiranya cerai talak 1 atau 2 boleh bernikah lg itupun sekiranya bekas isteri sanggup menerimanya (janda mesti menyatakan persetujuan utk menerimanya). Tanggungjawab tuan dgn bekas isteri telah tiada bila dah bercerai. Dan satu lg syarat utk berpoligami adalah berlaku adil kpd isteri2. Wallahu’alam.

    2. Wassalam,

      Saudara Islam menyuruh kita bertaubat di atas kesalahan2 yg lepas dan banyakkan istighfar. Sekiranya kita hendak poligami persoalan yg perlu kita lihat adakah kita mampu berlaku adil? Sila rujuk Surah Al-Nisaa’ ayat 3. Itu adalah firman Allah Taala, sekiranya tidak boleh berlaku adil kahwin satu isteri sahaja. Sekiranya seseorang sudah bercerai tanggungjawab memberi nafkah adalah ke atas anak-anak sahaja. Wallahua’lam.

  48. Assalammualaikum Ustaz.

    apabila sy terbaca blog Ustaz saya baru tersedar Ya Allah sy bersyukur mempunyai suami yang baik. Saya baru mendapat tahu sy dimadukan oleh suami saya. selepas sy membaca tntg apa itu poligami mengikut konsep Al Quran dan Sunnah, baru saya mengerti suami adalah pinjaman daripada Allah kpd saya. bkn milik saya 100%. cuma ustaz, sy baru shj didiagnosis oleh doktor bahawa sy menhidap kanser payudara. berat ujian Allah bg pada sy tetapi sy redha. suami masih blm mengetahui apa yg saya alami. mgkin disbbkan sy sakit, sy redha dgn suami berkahwin lain. bg sy, taat ketika ini hidup saya hanya untuk mengumpul brp byk bekalan blh sy bawak ke akhirat nnt. ajal maut jodoh semua di tgn Allah S.W.T. salah ke saya memohon cerai jika saya mengetahui sakit dgn keadaan akan dtg sy dgn niat saya tidak mahu menyusahkan suami saya. mohon pencerahan.

    1. Wassalam. Syafakillah kpd puan. Semoga Allah meneyembuhkan penyakit puan. Teruskan kehidupan spt biasa dan minta kpd Allah supaya suami puan tabah menjaga kesihatan puan. Sakit adalah ujian Allah kpd puan dan ujian kpd suami puan juga dan keluarga semuanya. Banyakkan mengingati Allah dan sentiasa ingat hidup kita di dunia hanyalah sementara akhirat adalah kehidupan yg kekal abadi. Banyakkan berzikir dan melakukan amalan2 soleh, berbuat baik kpd manusia, jiran tetangga, sanak saudara sekiranya ada harta banyakkan bersedekah dan infaq di jalan Allah. Saya harap puan banyak berdoa kpd Allah. Iyya kana’ buduuwaiyya kanasta’in.. (akan Engkau kami sembah dan akan Engkau kami mohon pertolongan. Aamiin.

    2. Wassalam,

      Saya harap Puan banyak bersabar di atas segala ujian. Kita adalah milik Allah dan kepada Allah kita akan dikembalikan. Suami kita di dunia ini ialah suami kita nanti do syurga kelak inshaAllah mudah-mudahan Allah mengurniakan kita syurga. Di syurga kehidupan adalah berbeza jika hendak dibandingkan dengan kehidupan di dunia ini. Di syurga, tiada kesakitan, tiada hasad dengki, tiada kesusahan, tiada perasaan cemburu semua kehidupan di syurga adalah kebahagiaan dan kesenangan selama-lamanya. Puan jalanilah kehidupan seperti biasa dgn suami, sakit adalah ujian Allah supaya kita bersabar dan redha dgn ketentuanNya. Taatilah suami dan ibu bapa dan beramallah sebanyak yg mungkin yg akan menjadi bekalan kita di akhirat nanti. Banyakkan mohon ampun kepada Allah di atas kesalahan2 yg kita lakukan di masa lampau. Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Bacalah Al-Quran dan telitilah maknanya inshaAllah ketengan akan kita perolehi. Wallahu’alam.

  49. Assalamualaikum,
    Sy sampai sekrg masih rasa dendam walaupun cuba berkali2 untuk redho apa yg terjadi. Saya berkahwin dan mmpunyai 4 org ank. Sy x da masalah apa2 ngan suami. Tidak uzur dan setia pada suami. Cuma suami sy terpaksa bekerja jauh dr sy dan ank2.sy redho dan fikir ini rezeki kami dan sikit pun x syak apa2. Sehinggalah sy dan suami blk dari Mekah. Sy mndpt mesj dr seorg perempuan dan mnunjuk pic baby dgn suami sy. Bayangkan sy amat terkejut kerana selama ni sy bahagia ngan suami. Suami telah berkahwin tanpa izin katanya d Selangor dan telah menipu sy selama 7 tahun. Hati sy hancur dan luluh.. Sy hampir mnta cerai sbb sy rasa suami dah x sygkn sy lg. Kini suami sy tetap balik cuma kdg2 dlm seminggu sekali shj. Hari lain mungkin ada di sana memandangkan suami sy kerja di sana. Sy mls nk tnya keadilan di sini memandangkn sy istri pertama. Sakit ati sampai sekrg.. Cuba nk buang perasaan ni tetapi mesti terkenangkan perbuatan suami yg menipu sy. Kalau ajk berbincang pun mesti menang dekat suami.ank perempuan sy menjadi semakin x terkawal.. Dia hanya membiarkan sy yg menjaga ank saya. Apa hukum klu seorang suami yg penting diri sendiri?

    1. Wassalam.
      Berkahwin dua atau tiga atau empat syaratnya mesti ADIL. Itu mmg Allah sebut dlm Al-Quran surah Al-Nisaa’ ayat 3. Saudari, banyakkan dekatkan diri kepada Allah. Ini satu ujian buat saudari di dunia ini. Matlamat hidup kita ialah untuk mencari keredhaan Allah. Nasihat suami saudari supaya menunaikan tanggungjawabnya secara adil dan ingatkan dia supaya kembali kepada tuntutan2 Islam. Bincang dgn suami tentang tanggungjawabnya adil di dalam giliran dan juga nafkah zahir. Nasihat suami dgn cara berhikmah. Fikir masak2 sebelum meminta cerai kerana cerai itu mungkin akan mendatangkan lebih keburukan dari kebaikan. Mohonlah doa kepada Allah untuk menyelesaikan masalah yg saudari hadapi. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat. Wallahu’alam.

  50. assalamualaikum milkyway27, sy nak mintak pendapat peribadi tuan, sy seorang suami yg berkerja sebagai pegawai di syarikat swasta saya mempunyai seaorang isteri yg sgt baik dan bertanggungjawab dan 5 orang anak. alhamdulillah saya dan isteri menjaga solat lima waktu dan sekiranya kami dirumah saya akan solat berjemaah bersama.akan tetapi baru2 ni sy secara tidak langsung telah berkenalan dengan seorang wanita yg baik yg menjaga solat bagi saya dia mempunyai akhlak yag baik. di takdirkan Allah hubungan kami menjadi rapat. sy merasakan kasih saya kepada dia kerana Allah. saya menjaga batas pergaulan saya dgn dia dan sya tidak mengabaikan tanggungjawab saya kepada keluarga dan anak2. sya pernah menyatakan hasrat sy utk berkahwin lagi kepada isteri saya tetapi mmg isteri mana yg dapat menerima untuk dimadu. buat sementara sy jarakkan dahulu hubungan sy dan wanita tadi. apakah salah sekiranaya saya berkahwin lagi walaupun isteri saya tidak redha? adakah saya berdosa mengguris hati isteri saya? saya benar2 dalam dilema harap tuan dapat berikan pandangan peribadi tuan dalam kes say ini.

    1. wassalam. Apa yg penting jaga hubungan dgn Allah dan sentiasa ingat pergaulan dan batas-batas dengan bukan mahram…Saudara perlu didik dan educate isteri supaya memahami hakikat poligami dlm Islam. Satu lagi yg penting adalah kemampuan berlaku adil di dalam memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri-isteri kerana sekiranya tidak boleh berlaku adil maka kahwin seorang isteri sahaja. Bawalah isteri saudara mendengar kuliah2 di masjid dan surau supaya memberi lebih kefahaman kepada isteri saudara dan juga saudara akan tanggungjawab berpoligami. Jaga akhlak pergaulan dgn wanita bukan mahram kerana syaitan sentiasa mencari jalan untuk menjerumuskan manusia kepada maksiat. Sekiranya saudara boleh menyampaikan hasrat saudara kepada isteri sampaikanlah dengan cara yang baik kerana itu adalah yang terbaik untuk kebahagian saudara dan isteri. Banyakkan berdoa meminta petunjuk dari Allah kerana apa yg kita lafazkan setiap hari ketika membaca surah a-fatihah “iyya kana’budu waiyya kanasta’in (akan Dikau kami sembah dan akan Dikau kami memohon pertolongan).

    2. Wassalam. Pandangan peribadi saya, tuan buat permohonan di pejabat agama utk berkahwin satu lagi. Keizinan dari isteri bukanlah syarat utama utk berpoligami. Apa yg penting adalah kemampuan berlaku adil dan kewangan yg mencukupi. Nasihat saya berdoa lah kepada Allah supaya dipermudahkan urusan tuan. Allah adalah tempat kita memohon pertolongan atas segala urusan. Wallahu’alam.

    3. Wassalam,

      Niat saudara adalah baik utk berpoligami mengikut apa yg dituntut oleh agama kita yang suci iaitu Islam. Saudara kena ingat firman Allah dlm surah Al-Nisaa’ ayat 3 dimana orang lelaki Islam boleh berkahwin 2, 3, atau 4 jika boleh berlaku ADIL terhadap isteri-isterinya sekiranya tak boleh maka kahwin satu sahaja. Bolehkah saudara berlaku adil?

      Mengikut undang-undang perkahwinan di Malaysia saudara perlu pergi ke Pejabat Agama Islam di tempat saudara utk memohon poligami dan mereka sudah ada prosedur2 yg telah digariskan. Yg menentukan saudara boleh poligami atau tidak menurut ukuran mereka adalah qadhi bukannya isteri saudara. Sekiranya saudara layak inshaAllah boleh lah berkahwin. Wallahu’alam.

    1. Salam. Cakap cara yg berhikmah dan tengok keadaan samada isteri pertama boleh terima atau tidak kenyataan itu…

  51. As salam, saya telah berkahwin selama 5 tahun namun belum di kurniakan zuriat. suami saya telah berkahwin lain di Thailand tanpa pengetahuan saya walaupun saya telah mengizinkan, ini kerana pendapatan suami saya tidak melayakkan beliau bernikah di sini wlupun saya mengizinkan. saya memberi keizinan kerana selama 5 tahun suami saya tidak menjalankan taggungjawab sebagai seorang suami kerana sering mengabaikan,membohongi saya,suami saya sering keluar setiap malam hingga lewat pagi dan hari minggu pula beliau akan keluar sehingga menjelang subuh, sehingga la satu hari kawan lelaki suami saya datang dan menceritakan segala yang berlaku setiap malam minggu. suami saya sering keluar bersama wanita yang kini telah sah menjadi isterinya. oleh kerana tidak sanggup mendengar cerita dan tambah pulak wanita tersebut pernah mngatakan pada saya bahawa saya telah mengheret suami saya ke neraka atas sebab kepentingan diri lalu saya mengizinkan mereka bernikah. namun apa yang menjadi masalah sekarang, saya kesunyian apabila suami saya bersama isteri muda dia langsung mengabaikan saya. setiap malam saya keseorangan dan terlalu sunyi, dia langsung tidak pedulikan saya, Adakah suami saya berdosa dengan apa yang dia lakukan ini. kalau saya ada anak saya tak kisah.Hati dan perasaan saya jugak adalah salah satu nafkah batin yang tidak bole di abaikan jugak.

    1. Wassalam. Tanggungjawab seorang suami yg berpoligami adalah berlaku ADIL terhadap isteri-isterinya spt giliran, malam, pemberian nafkah dsbnya. Apa yg puan boleh buat adalah berdoa kpd Allah agar suami puan berlaku adil terhadap puan dan madu puan. Mungkin dgn bangun solat malam dan berdoa kpd Allah di waktu malam yg sunyi ketika keseorangan. Ingat bacaan kita ketika solat 5 waktu iyya kana’buduu waiyya kanasta’in (akan Dikau kami sembah dan akan Dikau kami memohon pertolongan). Allah lah paling wajar kita mohon pertolongan kerana Allah adalah Tuhan yg menciptakan kita dan semua makhluk dan kepada Allah tempat kita kembali dan akan dihitung semua amalan2 kita. Wallahu’alam.

    2. Wassalam,

      Pertama sekali saya harap Puan bersabar di atas ujian yang Puan tanggung sekarang. Tanggungjawab suami yang beristeri lebih dari satu adalah adil terhadap isteri-isterinya seperti nafkah keperluan harian, tempat tinggal, giliran malam. Sebab itu Islam menekankan sekiranya berlaku adil boleh berkahwin 2, 3 atau 4 tetapi sekiranya tidak boleh atau tidak mampu kahwin satu isteri sahaja. Sekiranya Puan masih boleh menasihati dengan cara yang berhikmah kepada suami nasihatlah tapi sekiranya Puan merasakan sekiranya diberi nasihat keadaan akan menjadi lebih buruk maka biarlah dulu. Apa yang boleh saya nasihat di sini Puan pergi berjumpa pegawai agama di Jabatan Agama Islam di tempat Puan mereka boleh memberi pandangan bagaimana hendak mengatasi masalah ini. Islam adalah solution atau penyelesaian kepada semua masalah. Jangan lupa berdoa dan minta pertolongan dari Allah. Wallahu’alam.

  52. Assalamualaikum.. saya telah berkahwin selama 9 tahun da dikurniakan 2 orang anak..selama 9 tahun perkahwinan saya dengan suami seperti biasa ada hujan dan panasnya.. kes pertama apabila dia ada berhubung dengan kekasih lama…tetapi sekejap sahaja..bekas kekasihnya itu tidak brp melayan dia.. slps itu kes kedua dia berhubung dengan kwn sewaktu dia belajar di kolej.. itu adalah isteri orang…dan yg terbaru brjumpa pula dengan kwn sekolah.. adalah seorang janda.. selepas 2 kes seblom ni dia meminta maaf dgn saya dan berjanji tidak akan lagi mengulangi…tetapi skrg ni kepercayaan saya kepada nya sudah mula goyah.. dan saya sgt risau kalau dia mengambil keputusan untuk berkahwin pula dgn kwn @ sesiapa sahaja..saya tidak dapat menerima..kerana selama 9 tahun bersamanya susah sy tanggung bersama-sama..nafkah zahir saya sanggup berkongsi…perangai dan sikapnya..suka menipu dan sebagainya saya terima dengan hati yg terbuka kerana sy sedar bukan semua org sempurna termasuk diri saya sendiri.. kalau dia berhajat untuk berkahwin lagi..mmg dia xmampu menanggung orang lain…tetapi apakah hukum jika perempuan itu sanggup dengan tidak memberi dia apa2 nafkah zahir.. dan juga apakah hukum jika saya relakan dia brkahwin dan lepaskan saya kerana kasih sayang saya kepadanya mungkin trus hilang..sekarang pon mmg kian pudar….. jadi apakah nasihat yang terbaik untuk saya..

    1. Wassalam.

      Sesungguhnya solat itu mencegah dari perkara-perkara mungkar. Berdoalah banyak-banyak puan mohonlah kepada Allah agar dibuka hati suami puan untuk kembali kepada Islam yang sebenar. Berdoalah supaya Allah mengurniakan kepada puan keluarga yang bahagia dunia dan akhirat. Seboleh-bolehnya cuba baiki hubungan puan dengan suami puan. Hubungan dengan Allah kita pertingkatkan kerana Allah tempat kita mengadu segala kesusahan kita.

      Ajak suami solat berjemaah di surau atau masjid dan hadir majlis dan kuliah agama untuk menambah bekalan dan ilmu. Pergaulan yang bebas di antara bukan muhrim perlu dijaga. Islam telah menetapkan batas-batas pergaulan di mana tidak boleh berdua-duaan kerana yang ketiga adalah syaitan yang sentiasa menghasut manusia ke arah kejahatan. Berbincanglah dengan suami puan dengan cara yang berhikmah dan berdoalah di solat tahajjud mohon kepada Allah agar puan dan suami puan bahagia dunia dan akhirat. Wallahu’alam.

Tinggalkan Jawapan kepada milkyway27 Batal balasan