MilkyWay27

Believe, Steadfast, Success

Teleskop Angkasa Hubble

Tinggalkan komen

Terdapat satu gambar dari NASA tentang galaksi yang diambil dari Hubble Space Telescope (HST) menarik perhatian penulis. Gambar itu dikenali sebagai “Hubble Deep Field”. Para astronomer (ahli kajibintang) di NASA telah menfokuskan HST ke satu arah di angkasa selama 10 hari. Tempat yang difokuskan itu hanya sebesar duit siling 1 sen. Banyak gambar yang diambil iaitu 350 keping. Gambar-gambar yang diambil terpaksa ditapis (filtered) terlebih dahulu supaya imej yang didapati lebih jelas ini kerana imej tersebut dilindungi oleh “solar wind” di angkasa. Hubble Deep Field

Setelah imej-imej itu ditapis, para astronomer sangat terkejut dan merasa kagum dengan hasil yang mereka perolehi. Mereka mendapati terdapat beribu-ribu galaksi dan bintang di dalam imej tersebut. Imej ini adalah dari titik yang kecil yang difokuskan (tiny spot) tetapi ada beribu-ribu galaksi dan bintang yang jauh sehingga sampai 12 billion tahun cahaya jaraknya. Ini menunjukkan bahawa betapa besarnya alam cakerawala ciptaan Allah. Di malam hari dengan melihat langit yang terbentang luas maka dapatlah dibayangkan betapa di sana terdapat berjuta-juta galaksi yang di dalam terdapat berbillion-billion bintang. Allah saja yang Maha Mengetahui betapa jumlah sebenar bintang-bintang dan galaksi-galaksi di alam semesta. Allahu akbar.

Author: milkyway27

Aku adalah seorang insan yang hanya mengharapkan keredhaan Allah di dalam mengharungi kehidupan dunia yang sementara ini. Namun aku menyedari bahawa untuk mendapat kasih dan rahmah Allah itu memerlukan pengorbanan yang tinggi yang datang dari hati nurani yang ikhlas yang beribadat semata-mata kerana Allah, Rabbul 'Alamin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s