MilkyWay27

Believe, Steadfast, Success

Kenapa Perkahwinan Lebih Dari Satu Perempuan Dibenarkan di dalam Islam?

4 Komen

Islam adalah perkataan Allah Subhanahua Taala yang penghabisan dan terakhir, siri yang terakhir dari utusan-utusanNya untuk seluruh manusia. Oleh yang demikian ianya telah datang dengan membawa undang-undang (hukum-hukum) umum yang bersesuaian dengan setiap masa, tempat dan untuk kemanusiaan sejagat.

Undang-undang Islam bukan sahaja untuk penduduk-penduduk kota dengan mengabaikan penduduk-penduduk nomad yang berpindah-randah, bukan sahaja untuk kawasan-kawasan yang beriklim sejuk dengan mengabaikan kawasan-kawasan yang beriklim panas, bukan pula untuk satu-satu masa yang tertentu sahaja dengan melupakan masa hadapan dan generasi yang akan datang.

Islam mengiktiraf keperluan-keperluan dan kecenderungan-kecenderungan semua golongan manusia samada individu ataupun berkumpulan. Di kalangan manusia ada individu yang mempunyai keinginan yang kuat untuk mempunyai anak-anak tetapi memiliki isteri yang mandul (tidak boleh melahirkan anak), berpenyakit kronik, atau mempunyai masalah-masalah kesihatan yang lain. Tidakkah ianya menjadi lebih bertimbangrasa di pihak isteri dan lebih baik bagi pihak suami sekiranya suami berkahwin dua di mana isteri kedua boleh melahirkan anak-anaknya, di samping masih mengekalkan isteri yang pertama dengan jaminan bahawa segala hak-hak isteri pertama tetap ditunaikan?

Kemudian terdapat juga keadaan di mana seseorang lelaki yang mempunyai keinginan nafsu seks yang kuat di mana isterinya mempunyai keinginan nafsu seks yang kurang, atau isterinya berpenyakit kronik, mempunyai masa haid yang panjang, atau seumpamanya walhal suaminya tidak dapat menahan kehendak seksualnya yang bergelojak. Manakah yang lebih patut bagi suami; berkahwin dua atau berpoya-poya dengan wanita (wanita yang tidak halal bagi si suami)?

Berlaku juga keadaan di mana jumlah wanita melebihi lelaki seperti selepas berlakunya peperangan terdapat keadaan di mana jumlah lelaki berkurangan. Dalam situasi sebegini, bagi kepentingan masyarakat dan wanita-wanita itu sendiri adalah lebih baik bagi mereka; menjadi isteri-isteri (kedua, ketiga atau keempat) kepada lelaki daripada menghabiskan keseluruhan hidup mereka dengan tidak berkahwin, daripada hati tidak merasa tenteram, daripada tidak mendapat kasih sayang dan daripada tidak mendapat perlindungan kehidupan berkeluarga dan juga daripada tidak menikmati atau mengalami naluri keibuan (sifat mengasihi dan ingin dikasihi oleh seseorang yang disayangi seperti anak-anak atau suami) di mana secara fitrahnya dimiliki oleh hati-hati mereka.

Cuma tiga alternatif kemungkinan yang berlaku bila jumlah perempuan yang ramai di dalam masyarakat tidak berkahwin sebagai isteri pertama:

1. mereka melalui keseluruhan hidup mereka dalam kekecewaan (penderitaan) yang amat sangat,

2. mereka menjadi objek seks dan permainan bagi lelaki-lelaki buas (lelaki yang mementingkan kepuasan nafsu seks tanpa mengira batasan halal dan haram di dalam Islam), atau

3. mereka menjadi isteri-isteri (samada isteri kedua, ketiga atau keempat) kepada lelaki-lelaki yang mampu berkahwin lebih dari satu isteri dan memberi layanan yang baik kepada mereka (mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam). Tanpa diragukan lagi, alternatif yang terakhir (alternatif yang ke-3) itulah penyelesaian yang paling tepat, penyembuh yang mujarab bagi permasalahan ini dan itu menunjukkan keadilan di dalam sistem Islam: “Dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” (Surah Al-Maa-idah:50)

Inilah yang dikatakan poligami di dalam Islam di mana masyarakat Barat membencinya yang amat sangat dan bertindak memusuhinya, sementara lelaki-lelaki mereka bebas memiliki seramai mana teman-teman wanita yang mereka kehendaki tanpa mengira batasan dan tanpa sebarang undang-undang atau tanggungjawab moral samada kepada pihak wanita atau kepada anak-anak yang dilahirkan oleh wanita-wanita tersebut hasil daripada banyak berlaku hubungan di luar-perkahwinan yang tidak beragama dan tidak bermoral ini. Biarlah kedua-dua alternatif ini – berbilang isteri atau berbilang hubungan yang tidak senonoh (tidak halal menurut syarak) – dibandingkan, dan biarlah masyarakat menilai manakah tindakan yang wajar (logik) dan manakah di antara kedua-dua golongan ini mendapat petunjuk (hidayah) yang betul! Wallahu’alam.

(Diterjemahkan dari buku “The Lawful and The Prohibited in Islam” oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi)

Author: milkyway27

Aku adalah seorang insan yang hanya mengharapkan keredhaan Allah di dalam mengharungi kehidupan dunia yang sementara ini. Namun aku menyedari bahawa untuk mendapat kasih dan rahmah Allah itu memerlukan pengorbanan yang tinggi yang datang dari hati nurani yang ikhlas yang beribadat semata-mata kerana Allah, Rabbul 'Alamin.

4 thoughts on “Kenapa Perkahwinan Lebih Dari Satu Perempuan Dibenarkan di dalam Islam?

  1. Buku asal bertajuk Al-Halal wal-haram fil Islam.

  2. Perbincangan tentang poligami memang rumit. Ianya ada di dalam Islam bukanlah untuk menganiaya kaum wanita. Apa yang terkandung di dalam Al-Quran MESTI ada hikmahnya. Bergantung kepada keimanan kita untuk menerimanya. Allah Maha Mengetahui akan kelebihan-kelebihan dan hikmah untuk makhluk-makhlukNya bila Dia menurunkan sesuatu syariat di dalam Islam. Kita sebagai seorang Mukmin WAJIB beriman kepada ayat-ayat Allah secara syumul.

    Juga kita perlu ingat bahawa pada satu masa dahulu, isu poligami dan perceraian menjadi sasaran golongan orientalis dan misionari.

  3. askum…saya nak minta pendapat ..bagaimana dgn suami yg sedari awal pkahwinan lagi tidak dapat memenuhi tgujwab seperti tempat tinggal,nafkah bulanan yg tetap…tapi mahu berkahwin lagi katanya jika mendapat pekerjaan yg stabil.adakah dia layak?sedangkan isteri yg seorg pun tak dapt dibahagiakan?

  4. Wsm. Adil adalah syarat berpoligami. Sesiapa yg tidak boleh berlaku adil maka kahwin satu saja. Adil bermaksud pembahagian nafkah, keperluan tempat tinggal mengikut kemampuan suami, giliran dan sebagainya. Pemberian nafkah bulanan tidak semestinya sama. Contohnya, isteri pertama ada 5 org anak dan isteri kedua ada 1 org anak, jadi nafkah bulanan tidak boleh sama kerana tanggungan isteri pertama lebih ramai maka dia mendapat lebih banyak nafkah drpd isteri kedua. Bahagia dalam keluarga bukan hanya bergantung kpd harta benda tetapi keluarga yang mendapat rahmat drpd Allah.
    Suami kena check kewangan dulu sama ada dia layak berpoligami ataupun tidak sekiranya dgn adanya kewangan itu dia boleh berlaku adil terhadap isteri-isterinya. Mampukah dia menanggung kos sara hidup dengan isteri-isteri dan anak-anak yang sedia ada dgn yang bakal lahir (jika ditaqdirkan mendapat anak).
    Wallahu’alam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s