Pendapat penulis seterusnya,
Masalah gejala sosial di Malaysia menjadi semakin serius sekarang ini. Di antara faktor-faktor kepada berlakunya perkara sedemikian ialah kurangnya kefahaman dan kesedaran agama Islam di kalangan orang dewasa dan remaja terutamanya. Ramai yang memandang ringan terhadap dosa zina yg mana merupakan salah satu dari dosa-dosa besar di dalam Islam. Islam memahami kehendak seksual manusia sebab itu Islam membenarkan nikah-kahwin mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Jika masih belum mampu berkahwin maka digalakkan berpuasa. Jika sudah mampu maka berkahwinlah segera kerana itu dapat menutup jalan maksiat. Al-Quran menegaskan bahawa menghampiri zina pun tidak boleh apatah lagi melakukannya. Contoh-contoh menghampiri zina ialah dgn pergaulan bebas, perbuatan-perbuatan yang merangsang nafsu syahwat, berdua-duaan dengan bukan muhrim dan sebagainya.
Perkahwinan bukannya sesuatu yang begitu rumit hendak dilaksanakan sekiranya diteliti akan syarat2nya asalkan mampu memberi nafkah zahir & batin. Tetapi apa yang menjadi masalahnya sekarang ialah masyarakat yang kurang memahami Islam yang sebenar disebabkan pengaruh orientalis/misionari yang sentiasa memusuhi Islam iaitu dengan memperkenalkan budaya hedonisme, seks bebas di kalangan org2 Islam. Mereka (orientalis/misionari) sentiasa mengajak orang-orang Islam terutama di kalangan remaja supaya mendekati gejala-gejala negatif ini dan menjadikan budaya negatif sebagai satu budaya. Apabila sudah menjadi budaya maka sukarlah untuk membersihkan kembali kepada ajaran Islam yang tulin. Maka sepatutnyalah golongan remaja yang telah sedar akan pengaruh negatif/bujukan syaitan ini supaya menjauhi golongan yang jauh dengan Islam dan mendekati orang-orang yang soleh dan beriman kepada Allah Taala dan Hari Pembalasan.
Di pihak ibubapa pula janganlah menetapkan maskahwin yang terlalu tinggi supaya perkahwinan tidaklah menjadi sesuatu yang menakutkan golongan muda (syabab) untuk berkahwin. Apa yang membimbangkan ialah meletakkan maskahwin yang tinggi ini menjadi suatu budaya di dalam masyarakat Malaysia. Maksud saya maskahwin itu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah – sederhana.
Bagi golongan dewasa pula yang telah berkahwin tidak dinafikan juga ada segelintir di kalangan mereka yang terlibat dengan pelacuran, penzinaan, seks bebas dan sebagainya. Kenapa ini boleh berlaku? Saya sebenarnya tidak mahu menyentuh bab poligami tapi untuk menghuraikan penyelesaian terhadap masalah sosial rasanya terpaksa sentuh juga bab yang dikatakan sensitif ini. Kenapa poligami menjadi satu isu yang sensitif di Malaysia? Kerana masyarakat yang kurang jelas dengan hukum-hakam dalam Islam yang menamakannya begitu. Pertama-tamanya kita hendaklah suka atau seronok dengan apa-apa pensyariatan dalam Islam contohnya pensyariatan poligami kerana apa yang Islam tunjukkan atau benarkan itu mempunyai kebaikan-kebaikannya yang adakalanya tidak diketahui oleh kita atau tidak boleh kita fikirkan akan hikmah disebalik pensyariatan itu. Yakinlah dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah Taala. Banyak-banyaklah kita beristighfar kepada Allah Taala di atas dosa-dosa kita yang telah lalu – kadang-kadang kita rasa apa yang disyariatkan kepada kita sesuatu yang amat berat dan tidak terdaya kita untuk mengamalkannya.
Apa yang baik itu datangnya dari taufiq dan hidayah Allah Taala dan apa yang kurang itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Wallahu’alam.
Komen terbaru