MilkyWay27

Believe, Steadfast, Success

Apakah pendapat anda tentang PPSMI?

with 2 comments

Saya sangat teruja bila isu ini dibangkitkan semula di dalam media massa sejak kebelakangan ini. Dalam berita di TV kebanyakannya adalah bersetuju dengan PPSMI. Radio IKIM.FM lebih berani dengan mengemukan pendapat orangramai yang rata-rata tidak bersetuju dengan PPSMI dan pembelajaran sains dan matematik hendaklah di dalam bahasa ibunda masing-masing.

 Pernahkah anda melihat tesis PhD di dalam bidang kejuruteraan yang di tulis oleh sarjana-sarjana Doktor Falsafah di dalam bahasa Melayu? Sekiranya tidak pernah anda boleh melihatnya di Perpustakaan Tun Sri Lanang UKM atau di Perpustakaan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan UKM.

Salah seorang pemanggil radio IKIM.FM pagi tadi menyuarakan pendapatnya tentang PPSMI iaitu tidak bersetuju dengan pelaksanaan PPSMI di dalam sistem pendidikan negara kita dengan mengatakan bahawa terdapat perbezaan di antara penguasaan ilmu dan penguasaan bahasa. Ilmu contohnya ilmu sains dan matematik boleh diperolehi oleh seseorang itu melalui bahasa yang disampaikan di dalam bahasa ibunda mereka contohnya bahasa Melayu, Mandarin, Tamil, Arab, Indonesia, Perancis dan sebagainya. Seseorang itu perlu memahami konsep dan prinsipal yang terdapat di dalam ilmu tersebut. Dari segi penguasaan bahasa pula ianya boleh dipelajari contohnya bahasa Inggeris untuk meningkatkan tahap komunikasi pelajar-pelajar tersebut. Bagi menguasai bahasa Inggeris masa pembelajaran hendaklah ditambah dan kursus yang intensif perlu dilaksanakan.

Mari kita lihat negara Perancis, di Perancis, bahasa utama yang digunakan di dalam sistem pembelajaran mereka adalah bahasa Perancis dan bahasa Inggeris adalah bahasa kedua. Semasa saya di Paris empat tahun lepas, saya mendapati di merata-rata tempat bahasa Perancis digunakan dan di tempat-tempat awam mereka berkomunikasi dengan bahasa Perancis. Dari sekolah tadika hinggalah ke peringkat PhD bahasa pengantar yang digunakan adalah bahasa Perancis. Begitu juga di alam pekerjaan bahasa Perancis digunakan sebagai bahasa utama mereka. Perancis menjadi sebuah negara maju dengan menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri. Contoh lain yang saya boleh utarakan di sini ialah negara Jepun, Jerman dan juga negara membangun seperti Indonesia.

Persoalannya di sini juga melibatkan isu memartabatkan bahasa Melayu di mana orang-orang Melayu yang akan mempertahankan bahasa Melayu. Janganlah kita mengharapkan bangsa lain yang akan memperjuangkan bahasa Melayu ini. Jangan anda harap. Jangan sekali-kali jangan.

Written by milkyway27

Februari 17, 2009 pada 10:54 am

Dikirim dalam Pendidikan

Tagged with , ,

2 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. Ini ada satu pandangan daripada seorang guru :

    « saya bakal seorang guru tidak lama lagi, major bahasa inggeris dan minor literature. bagi pendapat saya, objektif kerajaan meluluskan PPSMI adalah kerana terlalu banyak terma2 dan formula2 yg terpaksa diterjemahkan atau diadaptasi/dipinjam dari bhs inggeris sendiri. maka, bagi memudahkan pemahaman, langkah yg bg sy agak agresif adalah dgn menukarkan terus bhs pgantar kedua2 subjek tersebut kpd bhs inggeris sepenuhnya. kini, pelajar kita baik di sekolah harian mahupun ‘boarding school’ terpaksa menggunakan bhs ini dlm mpelajari kedua2 subjek.

    masalah timbul bagi kedua2 pihak, iaitu guru2 subjek berkenaan dan pelajar. bagi guru, mereka terpaksa memperkasakan bhs inggeris mereka utk mgendalikan subjek tersebut dlm bhs inggeris. utk novice teachers, sy fikir tidak begitu berat buat mereka utk melaksanakannya. namun, bagi guru2 senior yg sudah lebih 2 dekad mgajar subjek berkenaan dlm bhs melayu, sy fikir, mslh mungkin byk timbul. buat pgetahuan semua, mgunakan bhs yg bukan bhs ibunda, jika dilihat scr kognitif, pguna bhs tsebut sbnrnya BERFIKIR MGUNAKAN BHS IBUNDA DAN MENTERJEMAHKANNYA DLM BHS INGGERIS. byk proses pterjemahan berlaku di situ. perlu dilihat bhwa bhs inggeris bkn shj berperanan sbg alat @ tools tetapi juga sbg bhs komunikasi.

    jika di IPTA/S, kita seringkali diwar2kan dgn istilah ‘student centered learning’ (SCL) di mana proses mencari ilmu adalah di bwh tggjwb pelajar sendiri, maka proses pembelajaran dan ingatan kekal (long term memory) dpt diaktifkan. tetapi kalau di sekolah rendah/ menengah, sy fikir guru masih menjadi sumber segala ilmu semasa P&P…(pgajaran & pmbelajaran) kira2 90%….ini bergantung kpd guru smada mereka ingin melahirkan generasi spt dahulu (spoon feed) atau yg bijak dan mampu berdikari mencari maklumat ttg sesuatu topik @ pembelajaran scr sendiri.
    guru masih perlu mgunakan kaedah kuno iaitu ‘drilling’ buat pelajar mereka. tahap pembelajaran tidak begitu efektif dgn cara ini kerana pelajar cenderung mghafal drpd memahami subjek tersebut.

    dari aspek pelajar pula, bg kategori pelajar aliran sains dan kelas2 yg bijak, mgkin mereka tidak melihat hal PPSMI ini sbg mslh pun. hal ini kerana tahap penerimaan mereka bbanding kelas bwhn lebih cepat dan tangkas (cpt pick up)…agak malang bg pelajar kelas bwh kerana isu bhs inggeris mmg scr sinonimnya mghantui para pelajar tersebut. oleh sebab inilah guru2 terbabit mgunakan dwi bahasa iaitu bhs melayu sbg terjemahan, supaya pelajar2 ini tidak jauh ketinggalan dlm sub2 topik yg diajar…kasihan kan guru?

    rumusannya, pihak kerajaan patut lebih berhati2 dlm mbuat apa2 keputusan khususnya dlm hal PPSMI ini, kerana kesannya bukan dpat dilihat dlm j/ masa pendek….membudayakan bhs asing ke dlm insititusi msyrkt kita agak bbahaya, kerana sedar @ tidak, budaya Barat juga turut kita kaut sekali & diperkenalkan di sekolah2, kpd anak2 kita. mintak tolong ibu bapa kawallah anak2 kerana buka mudah nak tapis budaya Barat ni. cuba anda teliti betul2 apa yg sedang berlaku thdp anak2 remaja kita…semua ini saling berkait sbnrnya… usah pandang jauh2 negara2 yg memartabatkan bhs ibunda mereka, contoh terdekat, negara matahari terbit, JEPUN….”

    …satu pandangan yang baik – milkyway27.

    milkyway27

    Februari 24, 2009 at 9:10 am

  2. Alhamdulillah…keputusan utk kembali kepada Bahasa Melayu di dalam sistem pembelajaran di Malaysia adalah satu langkah yang bijak yg diambil oleh kerajaan. Saya menyokong 100% PPSMI dimansuhkan utk kepentingan bahasa ibunda masing-masing spt bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil. Penguasaan bahasa Inggeris terus dipertingkatkan di kalangan pelajar-pelajar bermula di tahun 1 di sekolah rendah. Syukur kepada Allah.

    …Milkyway27…

    milkyway27

    Julai 30, 2009 at 6:49 pm


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: