Andartu – Inilah Jalan Penyelesaian

20 11 2008

Andartu – Inilah Jalan Penyelesaian

“Hai golongan pemuda, barangsiapa di antara kamu telah sanggup kahwin maka kahwinlah, kerana berkahwin itu lebih menundukkan mata dan lebih memelihara faraj.” (Maksud Hadis)

Sunnatullah

Sudah menjadi sunnatullah, setiap makhluk yang Allah jadikan itu hidup berpasangan-pasangan. Adam dijadikan berpasangan dengan Hawa, haiwan yang jantan berpasangan dengan yang betina, bunga jantan dengan bunga betina, demi untuk mengembang-biak keturunan masing-masing di muka bumi Allah ini. Allah swt berfirman yang bermaksud:

“Allah menjadikan isteri untukmu dari jenismu jua, dan kemudian dijadikannya dari isterimu itu anak atau cucu dan diberikannya kamu rezeki dari yang baik-baik.”

Firman Allah lagi:

“Dan berkembang-biaklah dari keduanya lelaki dan perempuan yang banyak sekali.”
Perempuan akan menderita jika masih belum berpasangan sedangkan usia sudah semakin lanjut. Apatah lagi jika menerima gelaran “andartu” atau anak dara tua. Mereka tidak rela menerima gelaran itu.

Fakta

Menurut laporan setakat ini seramai lebih kurang 600,000 wanita berusia antara 30 hingga 34 tahun yang masih belum berkahwin. Ini tidak termasuk wanita yang berstatus janda. Masalah andartu mesti diselesaikan segera kerana ia boleh menjejaskan kestabilan masyarakat dengan timbulnya masalah sosio-ekonomi. Tambahan pula, masalah andartu boleh menjerumuskan kaum wanita ke lembah maksiat.

Sebenarnya, tidak ada perempuan yang sanggup digelar andartu. Masalah andartu bukanlah masalah peribadi bagi mereka yang terlibat sahaja, tetapi ia adalah masalah bersama. Ia adalah masalah masyarakat, masalah ummah. Kita mestilah mengkaji dan mencari langkah-langkah praktikal untuk mengatasinya. Tidak sewajarnya kita hanya menggelar, mengejek dan menghina, tetapi eloklah ditinjau akar-umbi masalah mereka sekaligus selesaikan masalah itu jika mampu.

Faktor

Terlalu banyak faktor yang menyebabkan wanita yang menjadi andartu. Antara golongan wanita yang tidak kahwin adalah perempuan-perempuan kota yang intelek dan mempunyai status yang tinggi. Golongan wanita intelektual ini telah ditempatkan pada kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Kadangkala sebagai boss di pejabat, pegawai eksekutif, peguam, doktor dan lain-lain jawatan yang dulunya dipegang oleh kaum lelaki. Walaupun pada zahirnya kelihatan mereka mempunyai banyak keistimewaan kerana kedudukan yang tinggi itu, tetapi hidup mereka sedikit demi sedikit mula terasing. Pergaulan mereka terbatas di kalangan orang-orang atasan sahaja.

Wanita-wanita “istimewa” ini berharap mereka akan bertemu jodoh dengan lelaki golongan atasan juga. Malangnya ini tidak berlaku. Wanita yang berkedudukan tinggi selalunya mudah ditimpa penyakit ego dan suka memerintah. Keterbiasaan mereka memerintah orang-orang bawahan memungkinkan mereka bersifat yang sama dengan suami. Ini yang menyebabkan lelaki takut untuk beristerikan wanita yang berkedudukan tinggi. Dan gadis-gadis kampung atau gadis-gadis bandar yang sederhana lebih menjadi idaman lelaki status tinggi.

Wanita yang berprofesion menyayangi kerjayanya lebih daripada untuk mendirikan rumahtangga. Mereka takut terkongkong, terbantut kareer. bagi mereka, kononnya beban kerja lebih ringan daripada bebanan rumahtangga.

Protokol kerja dan protokol belajar juga menyekat wanita dari berkahwin di usia muda. Contohnya, seorang paramugari yang berumahtangga tidak dibenarkan bekerja di atas kapalterbang. maklumlah, selepas kahwin badan sudah hilang potongannya, mengandung pula, hendak fikir anak dan suami.

Oleh itu, kerana wanita sekarang suka pekerjaan yang mencabar, mereka lebih suka menangguhkan perkahwinan hingga lewat usia.

Masalah andartu juga kadang-kadang berpunca dari sikap ibu bapa. Ada ibu bapa yang bersikap memandang bulu dalam soal memilih menantu ini. mereka rela anak dara mereka terperap di rumah dari bersuamikan lelaki yang tidak sama darjat dan keturunan serta berjawatan tinggi. Kononnya takut status jatuh atau takut anak teraniaya.

Kadang-kadang sikap “pilih bulu” ini datang daripada orang perempuan sendiri. Mereka menjadi terlalu pemilih disebabkan sikap kebanyakan kaum lelaki yang ada pada hari ini. Kehidupan seharian orang lelaki moden yang suka berpoya-poya, curang, akhlak buruk, tidak bertanggungjawab, menyebabkan kaum wanita berfikir beratus-ratus kali sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Apakah bakal suaminya itu setia? Apakah dia bertanggungjawab? Apakah dia penyayang? Keraguan-keraguan ini akhirnya mendorong wanita bersikap pesimis atau “tawar hati” untuk berkahwin.

Sukar hendak cari lelaki bertanggungjawab lebih-lebih lagi yang kuat beragama zaman ini. Justeru itulah wanita sanggup bergelar andartu daripada tersilap pilih, agar tidak menyesal di kemudian hari. Cuma yang kita takuti, pilih punya pilih terpilih punggung cawan!

Ada juga wanita yang tidak mahu berkahwin kerana pernah melalui satu peristiwa pahit dalam hidupnya, yang menyebabkan dia serik untuk menempuh alam rumahtangga. kisah cerai-berai, pertengkaran dan penganiayaan dalam rumahtangga yang terjadi di sekitar hidup mereka selalunya menimbulkan kesan yang sangat mendalam dalam jiwa kaum wanita, hingga boleh menyebabkan dia tawar hati untuk berkahwin. Dan ada juga yang tidak mahu kahwin kerana putus cinta (frust).

Yang belajar dengan pinjaman dan biasiswa terikat pula dengan protokol perjanjian belajar. Mereka tidak boleh kahwin selagi belum tamat belajar. Masalah ini melibatkan pelajar-pelajar yang belajar di luar negeri. Sedangkan dalam masa yang sama, pengaruh-pengaruh negatif, lucah dan merangsang nafsu terpaksa mereka hadapi. Cara hidup barat yang lepas bebas mencabar sifat fitrah manusia yang inginkan perkahwinan. tapi apakan daya pintu perkahwinan secara halal dan terhormat disekat.

Oleh itu, sebagai jalan keluar, ada yang sanggup bersekedudukan, berzina, semata-mata untuk melayan nafsu. kalau ikut hukum Islam, mereka yang tidak mampu melawan nafsu seks wajib berumahtangga jika dikhuatiri akan terlibat dengan zina dan pergaulan bebas. tetapi, perkahwinan yang halal dilarang, buat maksiat tidak apa. Hadis Nabi saw yang bermaksud:

“Tidak ada suatu dosa di sisi Allah sesudah syirik yang lebih besar daripada seorang leki-laki yang menumpahkan maninya ke dalam rahim (perempuan) yang tidak halal baginya.”

Seperkara lagi yang menggalakkan pertambahan bilangan andartu dalam masyarakat hari ini adalah belanja kahwin yang tinggi. belanja kahwin ini turun naik macam turun naiknya harga barang. Apakah nilai anak perempuan sanggup kita samakan dengan harga barang?

Kalau harga getah, kelapa sawit, koko naik, belanja kahwin juga turut naik. Apakah nilai perkahwinan itu sudah jadi seperti jual beli barang? Belanja kahwin seorang perempuan yang berpelajaran tinggi misalnya meningkat menjadi RM8,000.00. kalau yang kerja kampung RM4,000.00. Ada ibu bapa yang menuntut begitu. Kalau yang berjawatan dan bergaji besar, lagi tinggilah hantaranya? Ini semua menghalang wanita daripada kahwin cepat.

Persoalan andartu ini sebenarnya adalah salah satu faktor yang menyebabkan perkembangan maksiat dalam masyarakat. Iaitu akibat dari menyusah-nyusahkan perkahwinan yang halal. Bila saluran yang halal di sisi Allah swt disekat, timbulah berbagai-bagai krisis dalam masyarakat dan menggalakkan perkara-perkara yang mendorong pelepasan nafsu seks secara haram.

Kalau semua pihak ikut panduan syariat Islam, tidak dicampur budaya Melayu yang bidaah, perkahwinan akan jadi mudah. Tidak akan timbul “jalan belakang” untuk menyelesaikan runtunan hawa nafsu yang tidak dapat tidak mesti ada dalam diri manusia. Hanya manusia yang beriman sahaja dapat menyalurkan nafsunya secara yang diredhai Allah, selamat, bahagia, dunia dan akhirat.

Tanpa iman, jalan-jalan yang haram akan terus ditempuh, akan lahirlah anak-anak zina yang merosakkan salasilah keturunan. Hubungan keturunan dan pertalian darah sudah tidak suci lagi. Sebab itu generasi yang lahir susah untuk dididik dan dilembutkan hatinya untuk menerima kebenaran.

Begitulah tenatnya masalah andartu ini jika tidak cuba diselesaikan atau cuba diselesaikan tetapi tidak mengikut kaedah yang ditetapkan oleh Allah swt. namun, masih ada pihak-pihak yang menganggap masalah andartu ini remeh-temeh dan tidak perlu diambil perhatian berat. Kalau sebut bab poligami kita cepat melenting. Pada hakikat sebenarnya ia boleh menggugat kestabilan negara. Bila masyarakat rosak, keselamatan akan tergugat dan ini akan menyebabkan pelaburan asing berkurangan, kedudukan ekonomi tergugat. Tetapi yang paling penting adalah kutukan Allah swt. Sabda Rasulullah saw:

Jalan Penyelesaian

“Wanita adalah tiang negara, bila ia baik, baiklah negara. Dan bila ia rosak, maka rosak pula negara.”

Justeru, penyelesaian yang utama untuk menyelesaikan masalah andartu ini adalah dengan mengatur perkahwinan mengikut syariat tanpa menyusahkan mana-mana pihak. Sabda Nabi Besar saw yang diriwayatkan oleh Bukhari-Muslim:

“Hai golongan pemuda, barangsiapa di antara kamu telah sanggup kahwin maka kahwinlah, kerana berkahwin itu lebih menundukkan mata dan lebih memelihara faraj.”

Kalau ikut syarat, perkahwinan ini terlalu mudah untuk dilaksanakan. yang penting lima rukun nikah dipenuhi iaitu: 1. Pengantin perempuan 2. Pengantin lelaki 3. Wali, 4 Saksi dan 5. Ijab dan kabul.

Mas kahwin bukannya rukun nikah. Ia boleh berbentuk cincin seperti yang pernah dilakukan di zaman Rasulullah. Sabda Rasulullah saw:

“Carilah mas kahwin walau hanya cincin besi.”

Belanja kahwin pula boleh dirundingkan. Sepatutnya kenduri kahwin hendaklah dibuat atas dasar kemampuan bukan untuk bermegah-megah.

Perkahwinan boleh diatur dengan berbagai cara yang tepat dan cepat. Ia boleh diatur oleh badan khas sesuai dengan keistemewaan pasangan tersebut. Contohnya, kalau individu itu seorang guru kemungkinan bakal isterinya juga seorang guru. Kayu ukur dalam seluruh tindakan dan membuat keputusan ialah syariat, bermula daripada memilih jodoh, peminangan, majlis pernikahan, kenduri kendara dan seterusnya.

Perkahwinan dalam Islam boleh dilaksanakan dengan berbagai bagai cara dalam usaha menyelesaikan masalah andartu antaranya: – Melalui persetujuan ibu bapa kedua belah pihak.

- Peminangan pihak lelaki dengan pihak perempuan.
- Pinangan pihak perempuan terhadap lelaki.
- Menganjurkan perkahwinan antara bangsa dengan tujuan menyebarkan ajaran Islam.
- Mempercepatkan perkahwinan bagi mereka yang telah layak dan mampu.
- Merendahkan belanja perkahwinan dan elakkan perkara-perkara yang menyusahkan dan membazir.
- Memahami peranan poligami yang diharuskan dalam Islam.

Semua jalan-jalan perkahwinan yang disebutkan di atas boleh diatur sama ada perkahwinan monogami atau poligami. Bila matlamat perkahwinan kita jelas kerana Allah semata-mata, maka poligami atau monogami tidak jadi masalah. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Hai manusia! Patuhlah kepada Tuhanmu, yang menjadikan kamu dari diri yang satu (jenis) dan menjadikanisterinya dari jenisnya (bangsanya) sendiri, dan kemudian Tuhan memperkembang-biakkan dari keduanya, laki-laki dan perempuan yang banyak.” Di zaman teknologi moden sekarang ini, ada yang menggunakan mesin komputer untuk mengatur perkahwinan. Apakah manusia sudah tidak punya hati, akal dan perasaan hingga terpaksa menyerahkan keputusan dan pilihan teman hidupnya kepada komputer yang tidak berakal? mana pertimbangan agama dan Iman? Oleh itu kembalilah kepada Islam dalam urusan perkahwinan ini. Mudah dan senang.

Didikan agama dari kecil adalah penting. Dan apabila tiba masa yang ia telah layak berkahwin, bekalan ilmu, iman dan rezekinya telah tersedia. Ia mampu menjadi isteri atau suami yang baik di sudut rohani dan jasmani sebaik sahaja meningkat dewasa. Dan detik itu tidak boleh disia-siakan melainkan mesti dipergunakan…. kahwinkan mereka segera!

Dengan didikan agama itu juga dapat melindungi diri kita dari tergelincir ke lembah dosa. Tidak akan timbul lagi masalah andartu. Dan jika berlaku juga, itu merupakan ujian sementara sebelum Allah berikan jodoh yang sesuai, dan terimalah ianya.

Oleh itu, masalah andartu ini boleh diselesaikan bila manusia kembali kepada agama. Barulah hati akan mengaku kelebihan berkahwin yang dapat menyelesaikan banyak penyakit masyarakat yang berpunca dari nafsu syahwat. maka, selamatlah diri, terpelihara agama dan bersihlah masyarakat. Jika dari awal lagi kita mengikut syariat Islam, dengan mempelajari ilmu agama, menutup aurat, menjaga akhlak, InsyaAllah jodoh akan datang dengan cepat dan pasti membawa berkat!

Rencana ini dipetik dari http://ismaweb.net/v2/Article119.html


Tindakan

Informasi

8 gerakbalas-gerakbalas

5 01 2009
7 01 2009
tasniem

assalamualaikum….
bagi saya perempuan @ wanita sekarang nie yang lambat kawen bukan mereka memilih @ mencari pasangan yang setaraf saja…tapi harus dilihat juga keadaan sekarang ini… cuba lihat kebanyakkan lelaki sekarang nie… susahkan nak tengok yang betul2 melaksanakan tanggungjawab…

kalo lelaki tue keja pun tak tetap, camner nak jadi ketua keluarga???camner nak bantu keluarga…kadang2 lelaki ini ada ego tersendiri…betulkan???
lelaki yang ada penyakit…sakit buah pinggang laa, kencing manis laaa, mcm2 lagi…camner??? maaf saya x bermaksud apa2… tapi kita kena lihat keadaan dan sebab kenapa dan mengapa wanita ramai yang tak kawen???? sebenarnya banyak lagi sebab2 nya…

lelaki sekarang nie pun terlalu demand juga… nak yang berkerjaya, paling kurang pun guru tetap ngan gov… tapai diri sendiri keja pun x tentu lagi… pastue dalam kepala rancang mcm2 sekiranya dapat isteri yg kerja ngan gov…tul x??? nampak sangat kan mereka terima kita bukan kerana kita (ikhlas) tetapi kerana kerjaya kita… so macam mana nie…????

yang saya tulis nie adalah kebenarannya… ini dari pengamatan dan kajian saya yang tak bertauliah nie…

maaf kalo ada terkasar bahasa….
kalo dah kawen nanti…jika semuanya isteri yang tanggung so apa peranan suami??? tetapi kebanyakn kalo isteri dah membantu…suami plak amik kesempatan….

10 01 2009
Kakyong

salam,

teman pun kahwin lewat juga. kawin pada umur 33 tahun. memang pedih, sedih, sayu, pilu & macam2 rasa bila digelar andalusia, andartu.. mulut orang memang tak boley kita tutup. bukan teman tak berkawan, tapi ramai juga kenalan/kawan2 lelaki teman yang berpangkatt, berjawatan tkinggi. Namuan, depa seme takut dgn teman bukan sebab kerjaya teman sebagai seorang Akauntan (pada masa tu ler), tapi disebabkan teman ni anak sulong drp 10 org adik-beradik. depa takut nanti rete depa, duit depa habis licin sebab kena tanggung adik2 teman.
Tapi jiran tetangga tak nampak masalah tu, depa dok kata sbb teman ni koje besor. dah tu takkan ler teman nak tukor koje jd operator pengeluaran pulak. jadi teman pekakkan ajer telinga, bila dah lelama jadi mangli.
ade juga yang nak pinang teman utk dijadikan isteri kedua. tp teman kena kongsi rumah yg cuma ade 2 bilik tidur jer. katanya teman kena lah zuhud, berkongsi bilik tidur bergilir, dan banyak lagi ler kekurangan nya. jadi teman tolak dgn baik. lagipun masa tu teman dalam proses nak mbeli rumah sendiri. rumah teres biasa ajer, 3 bilik & 2 bilik air.
Pada teman poligami tu boleh jadi satu penyelesaian utk masalah andartu tetapi biarlah isteri2 mendapat hak & kemudahan kehidupan yang sewajarnya. kalau berpoligami tetapi hidup susah & jatuh pulak kita yg kena bantu suami tanggung kehidupan dia & isteri yg tua.. lebih baik membujang. Hati pun senang, kurang2 dapat juga berbakti pada orang tua & adik-beradik.
Alhamdulillah, suami teman bukan ler org berpangkat pun, teman pun terima dia seadanya.. walau tanpa bercinta sebelum kahwin, semua nya dapat diatur asal sahaja kita masih tetap berpegang pada agama & saling berkomunikasi.
just my 2 sen.

12 01 2009
milkyway27

Jazaakallah krn sudi berkongsi pengalaman.

Adil adalah syarat dlm poligami (Surah Al-Nisaa’:3). Suami perlu berlaku adil di dalam memberi giliran, makan minum, pakaian dan sebagainya. Namun begitu dlm urusan kasih sayang mesti ada yg lebih dikasihi oleh si suami. Urusan kasih sayang adalah di dalam kawalan Allah Taala. Tetapi suami tidak boleh membiarkan isteri2 mrk terkantung2 keseorangan.

15 07 2009
zuliana bt mamat

apa nk kira sgt kedekut nk berkongsi ni…. buat perkara baik dpt pahala… klu nk kira adil x adil… kita sendiri pun belum tentu boleh adil dan tetap pd diri sendiri… bertolak ansur dan brtimbang rasa… itu penting klu nk hidup berkongsi…

6 09 2009
milkyway27

slm., sbb tu syurga tu nk dpt susah…perlukn pengorbanan…mungkin bg suami yg boleh berlaku ADIL menyatakn hasratnya utk berpoligami kpd isterinya adalah satu pengobanan yg besar bg isterinya menerima perkara tu dgn penuh rela & rasa ketaatan.
Lebih2 di akhir zaman ni perkara yg baik dianggap buruk…keadaan yg dinamakn ghuraba’ (dagang)…Islam menjadi dagang.

26 10 2009
Wan Gwen

Sekadar nak tanya,

Wajar atau tidak..

Kalau dilihat semula, untuk kahwin xlah susah mana pun nak kumpul duit..nilai mas kahwin yang paling wajib dan paling rendah dengan tetapan negeri masing-masing..(klu nak grand naik la harga mas kawin sdr dgn rela hati bakal suami kan..)

Cuma…

Kdg kala, jodoh x kira siapa pun..taraf, bangsa dan apa2 juga yang akhirnya dijadikan ukuran sesetengah pihak dan juga agama(tp agama ada sebab kukuh sendiri, jgn x ambil peduli)
Apa yang nak saya tanya nie, adalah sebab saya sdr..xnak berpura2 dan hakikat hidup saya begitu mgkin..

Nak dijadikan cerita, saya telah bertemu jodoh saya dan dah bertunang tanpa bantahan keluarga mana2 pihak pun..jadi dah tunang mesti menyusul kpd kawen kan??

X dinafikan taraf hidup dan taraf gaji kerja masing2 bukannya selalu bernasib baik..maksud saya, gaji saya lebih tinggi dari si bakal suami..dan saya boleh kumpl duit dan tunang saya agak ssh kumpul duit kerana tahap gaji yang rendah dan byk juga hutang yang perlu dilangsaikan setiap bulan..

Masuk bab kawen, dia pernah mention pada saya untuk dia mohon pinjaman perkahwinan supaya isu tu selesai segera..tapi saya tak setuju…tapi dah slalu kua bersama dan xnak mengundang pekara yang berdosa…jadi saya berfikir sedalam2nya..

Jika gaji dia macam gaji saya mgkin dia dah boleh kawen dgn saya agaknya..tapi takdir dia gaji dia lebih rendah dan agak mustahil nak naik gaji dengan cepat dan memakan masa bertahun baru lah dia dinaikkan gaji…

Jadi..
Salah x kalau dia buat loan dengan saya saje?? Maknenyer, kes nie, saye bayar sumenyer..kecuali mas kawen la( tu memang pure kene duit lelaki kan..)..untuk majlis akad nikah jer dulu..duit hantaran duit saya, tapi letak atas nama dia..konon2 duit hantaran tu duit dia la..n majlis resepsi xde la besa, cume buat lmbat sikit..tu pun lepaskan untuk belah saye jer dulu, tu pun dgn duit saya..
Agak2 salah x dalam sisi agama?

Kalau org len bace, mgkin org kate saye dah kena mandrem..tapi x, saya waras n x kne guna2 pun..cuma bila pikir balik..dari tunang lama2..gi sane sini xde lesen sah nie, ssh la…dosa pun berada di mana2..bkn pasal isu nafsu batin sgt la, tapi bab terpegang atau tercuit pun dah dosa..lemas la kan n kdg2 boleh buat hbgn renggang sbb ati x tenang wlu slalu bersama..

Dari dia buat loan dgn org lain atau dengan bank, saya pikir saya yg mampu kmpul duit nie ingat nak cepatkan la mende yang sepatutnya..setakat mas kawen dia masih mmpu nak bayar dengan duit titik peluh dia sendiri..cuma pap yang ragu2, takut dalam agama x bagi jer buat mcm tu..mcm duit mas kawen..

Agak2, xde slhnyer kalau bab2 hantaran dan majlis nie kan pompuan support dulu..nnt bab2 tggungjwb tu saya serahkan pada Allah..Kalau dia ikhlas, dia jalankan tanggungjawab dia tu bila dia naik gaji nanti..klu xde jodoh pun, xpe la, sekurang2nya, saya dan dia x berhutang atas nama siapa2 pun pada pihak bank dan orang lain yang x kenal erti masalah manusia saban hari..duit yang rugi dah saya laburkan tu dengan bantuan Allah moga hati saya redha dan terima bahwa duit tu bukan rezki saya.. Apa yang penting saya x berhutang..

So apa pandangan u ols?? Teruk tapi hakikat..janji x berhutang n x kumpul dosa..salah x dari sisi agama if sume tu duit saya?? Nak tggu dia, n saya sendiri kmpul duit untuk buat majlis yang sedap mate org memandang rasenye dkat 5 thn lebih baru langsai kot..So macamana??

29 10 2009
milkyway27

Salam. Pada pandangan saya, memberi pinjaman kepada seseorang itu adalah satu amalan yg mulia…lebih-lebih lagi kepada saudara-mara, sahabat-handai kerana kita telah mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mereka. Itu memberi hutang yg tidak memerlukan pembayaran balik yg melebihi apa yg dipinjam contohnya pinjaman RM10 000 dan bayaran balik yg dituntut pun adalah RM10 000 juga…itu yg sebenarnya di dalam Islam atau dipanggil qordhu hasan. Tetapi sekiranya pemberi pinjaman itu berniat utk menghalalkan sahaja hutang itu atau mengurangkan jumlah maka itu adalah lebih baik mungkin kerana si peminjam tidak mampu utk menjelaskan hutangnya… itu adalah konsep tolong-menolong di dalam Islam. Hatta kalau kita tengok ada ayat Al-Quran yg menyebut yg orang yg berhutang pun adalah salah satu drpd 8 asnaf yg layak menerima zakat…subhanallah begitu indahnya Islam…tetapi saya tak tahu macamana aplikasinya di negara kita ini.

Apa yg saya maksudkan di sini ialah memberi pinjaman kpd bakal suami itu mmg lah boleh tetapi si suami yg berhutang dgn isterinya bertanggungjawab utk melunaskan hutang tersebut dan ini mungkin membebankan si suami dgn bebanan hutang yg banyak..di dalam Islam kita mengadakan majlis walimatul urus adalah mengikut kemampuan masing2..adalah yg terpenting ialah majlis ijab kabul itu dijalankan dgn sempurna maksud saya kita buat apa yg diwajibkan oleh Islam dahulu dan yg lain-lain yg diharuskan itu kita buat mengikut sekadar kemampuan kita. Wallahu’alam.

Tinggalkan komen