Komen Penulis:
Tidak disangka ada perempuan Islam di Malaysia sanggup berbuat begini di zaman ini. Di zaman wanita-wanita tak kira Islam atau bukan Islam sedang memperjuangkan habis-habisan supaya pensyariatan poligami diperketatkan supaya lebih susah hendak dipraktikkan di dalam masyarakat. Kononnya untuk menjaga hak asasi wanita Islam. Siapakah yang membenarkan pensyariatan poligami ini di dalam Islam? Islam mensyariatkan sesuatu perkara hanyalah untuk kepentingan manusia sejagat. Allah itu Maha Adil dan Maha Bijaksana di dalam menetapkan sesuatu syariat.
Masalah ketidakfahaman pensyariatan poligami ini bukan sahaja oleh orang-orang lelaki maupun wanita yang jahil tentang agama tetapi terdapat juga di kalangan yang bergelar cerdik pandai. Mereka, cerdik pandai, cuba mencari kelemahan-kelemahan, kesalahan-kesalahan dan kepincangan-kepincangan poligami ini untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa mereka adalah cerdik pandai yang bukan sahaja bijak di dalam menafsirkan sesuatu syariat dalam Islam bahkan berjaya mencipta formula baru bagi menggantikan syariat poligami ini. Sedarkah mereka yang kesalahan siapakah yang hendak dicari, kepincangan sistem siapakah yang hendak dikaji. Astaghfirullah.
Penulis berpendapat puak-puak orientalis dan misionari sekarang ini bertepuk tangan dan berpeluk tubuh kerana kerja-kerja mereka untuk menghapuskan syariat poligami semakin hari semakin dekat dengan kejayaan. Mereka cuma bergelak ketawa dan menari keriangan meraikan kejayaan mereka menyakinkan segelintir ummat Islam untuk menjauhkan syariat poligami. Astaghfirullah.
Dengan kejayaan orientalis dan misionari ini menyakinkan ummat Islam menolak poligami, maka suburlah penzinaan, pelacuran, homoseksual, lesbian di kalangan orang-orang yang jahil di kalangan ummat Islam. Nafsu syahwat disalurkan kepada jalan yang haram kerana yang halal telah disusahkan pelaksanaannya.
Penulis menyarankan supaya pensyariatan poligami ini dilaksanakan secara adil bukan sahaja di kalangan orang yang bergelar kaya harta tetapi bagi semua yang berpendapatan sederhana yang masih mampu hidup di dalam keadaan sederhana (bukan mewah). Pokoknya berlaku adil kepada isteri-isteri.
Banyak masalah sosial akan selesai seperti wanita-wanita yang lanjut usia akan mengecapi alam perkahwinan dan alam keibuan, janda-janda akan terbela nasib mereka, di mana inilah yang dipanggil penjagaan hak-hak wanita. Itulah keadilan di dalam Islam dan bagaimana Islam mencari penyelesaiaan di dalam isu-isu sosial. Itulah kebijaksanaan Allah di dalam mengurus dan mengatur kehidupan hamba-hambaNya.
Posted in Harian Metro 28/07/08.
Jodoh bermadu di usia muda
Oleh Mohd Rafi Mamat
am@hmetro.com.my
KUANTAN: “Saya reda dan menerima ketentuan Allah mendapat jodoh dalam usia muda walaupun sebagai isteri kedua,” kata Siti Aminah Zainuddin, 19, anggota kumpulan nasyid Mawaddah, semalam.
Menurutnya, dia bersyukur apabila dipertemukan jodoh dengan Shamsul Amir Shahbudin, 38, seorang ahli perniagaan kerana dia bukan saja seorang lelaki baik, tetapi bertanggungjawab serta mentaati suruhan Allah.
“Madu saya, Masitah Abdullah, 36, dapat menerima saya dengan hati terbuka, malah menganggap saya sebagai adiknya apabila dapat tinggal dalam satu rumah.
“Bagi saya poligami itu indah dan berupaya memberi pahala besar jika seseorang wanita itu memahaminya,” katanya yang kini tinggal di Temerloh.
Siti Aminah ditemui pada majlis perkahwinan secara beramai-ramai di Dewan Mat Kilau di sini, semalam.
Seramai lapan pasangan terdiri daripada kakitangan Global Ikhwan Sdn Bhd diraikan pada majlis bermakna itu.
Majlis anjuran syarikat berkenaan itu sebagai menyahut seruan kerajaan untuk berjimat-cermat.
Bagi Masitah, perkahwinan kedua suaminya adalah hadiah bermakna sempena hari jadinya ke-38.
“Tiada hadiah lebih istimewa dan berharga kecuali membenarkan suami mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan wanita pilihannya.
“Saya kenal dengan madu saya, dia seorang wanita baik dan berhati mulia,” katanya yang mempunyai lapan anak.
Menurutnya, dia gembira dan terharu apabila dapat menyaksikan majlis persandingan mereka berdua.
Shamsul Amir pula berkata, perkahwinan keduanya itu dianggap fitrah dan kejayaan perjuangannya terhadap poligami yang sukar diterima kebanyakan wanita.
Dia mahu membuktikan madu yang dianggap racun oleh kebanyakan wanita sebenarnya indah selain memberikan pahala besar kepada mereka.
“Kedua-dua isteri saya mempunyai hubungan yang baik…mereka bukan saja boleh bekerja bersama, tetapi turut tinggal serumah,” katanya.
takdir tuhan kita harus terima..segala apa yang kita ada hanyalah pinjaman semata-mata.. bersyukurlah selagi nyawa masih ada..tuhan berserta dengan hambanya yang bersabar dan terima dengan segala ujian dariNya.. poligami ada pahit dan manisnya.. kita terasa pahit kerana kita tutup mata hati tidak terima tetapan dariNya..sehingga ada yang sanggup menyekutukan tuhan..demi kepentingan duniawi.. dan manis bila mata hati kita dapat melihat betapa besarnya kekuasaan tuhan bersama hambaNya yang bersabar dan terima takdirnya.. percayalah.. tuhan itu berserta dengan hambaNya yang sabar dan bersyukur dengan apapun pemberian dariNya….
Alhamdulillah…hidup kita hanya sekali, nyawa kita hanya ada satu saja. Kita diuji di dunia utk melihat sejauh mana keimanan kita kepada Allah. Bila diuji maknanya ada yg lulus dan ada yg gagal. Biarlah kita menjadi golongan yg lulus ujianNya. Org lelaki diuji dgn cara lain cthnya tanggungjawab yg berat mentarbiyah dan memimpin keluarga;isteri dan anak2. Dakwah kpd manusia, menyeru manusia kpd Islam, menjadi pemimpin keluarga, masyarakat seluruhnya. Apa yg kita rasa baik itu kadang2 tidak baik bagi kita. Allah telah tetapkan hukumNya ke atas org2 yg beriman. Hukum-hukum Allah adalah utk menyelesaikan masalah manusia bukan utk membebankan manusia krn Allah Maha Mengetahui akan apa yg diperlukan oleh hamba-hambaNya di dalam mengharungi hidup di dunia yg sementara ini. Kita perlu melihat hukum-hukum Allah dari perspektif yg positif iaitu Allah adalah Tuhan yg Maha Bijaksana dan kita adalah makhluk ciptaanNya. Tauhid Uluhiyyah dan rububiyyah mesti kita hayati di dalam kehidupan kita sehari-hari supaya mudah-mudahan kita diberi rahmat oleh Allah. Amin.
satu pandangan yg baik dari mawar…semoga Allah memberi ganjaran pahala atas kata2 yg baik…
assalamualaikum,
subhannallah,bermadu di usia muda?sangat sulit untuk kita menjalankannya,kita pun tak inginkan ini semua ad,tapi Allahlah sang Pengatur segalanya,dan kita semestinay hrs selalu berbaik sangka padaNYA.Mesti bermadu dalam usia muda itu sangat sulit untuk diterima,semoga Alalh selalu meberikan ketabahn pd hamba”NYA yg mau berusaha.DIALAH Yang Mengetahui mana yg terbaik buat kita,sm halnya dengan persoalan ini,semoga saya mendapat pengajaran dr artikel ini,tdk jauh beda dgn Siti Aminah Zainnudin.mungkainkah saya jg akan jodoh bermadu di usia muda?Allahu Alam,sy hnya pasrah dgn melakukan yg sy bs dgn usaha ,berikhtiar dan doa,semoga Allah membimbing kita semua,dan memberikan kesabaran dan mengajarkan ikhlas bagi kita semuanya,amiin,
wassalamualaikum,
assalamu’alaikum wbt..
tahniah pd saudara milkyway yg sgt berani berkongsi pandangan ilmiah& pndangan sdra berkaiatan syariat yg semakin mdpt tentangan dalam masyarakat hari ini..
alangkah beruntungnya sdri siti aminah n.. dapat memahami syariat yg satu ni n nikmat berkeluarga..
sy juga sgt beruntung krn mpunyai seorang suami yg sgt2 baik.. syukur pd Allah yg mengurniakan seorang suami sptinya..
wpun beliau dipandang serong oleh sstgh orang kerana beliau berpoligami..
sy jg mhadapi saat2 sukar apbl diijabkabulkan dgn suami orang. gelaran “perampas”, “perosak rmh tgga org” dsbgnya tpaksa ditelan hari demi hari. sy jg dipulaukan kwn2..namun, Allah ttp mengurniakan teman yg baik utk bsama..
Ya Allah, mg2 sy dpt mjdi isteri solehah pd suami yg soleh.. mg2 Allah kuatkan hati sy krn sesungguhnya Akhirat itu lebih baik dari dunia yg fana ini.. ameen..
salam…
tahniah kepada rakan2 yg sanggup bermadu dan berpoligami.. saya tersentuh bila membaca komen dari fana kerana saya mengalami situasi yg sama walaupun masih belum berumahtangga.. insyaalah jika saya dijodohkan dan ditakdirkan saya akan bersama denagnnya.. kerana dia juga merupakan suami org dan saya xpasti jika saya boleh menghadapi tomahan masyarakat selepas mendirikan rumahtangga nanti kerana sebelum berumahtangga lagi, masyarakat dah mula menghina kami walaupun family saya merestui hubungan ini.. masalah yg timbul adalah dari isteri pertama dan tanggapan masyarakat di tempat kita… saya berdoa semoga kami ditakdirkan bersama dan berbahagia hendaknya..semoga allah memberi kekuatan dalam diri saya untuk menghadapinya… amiiin
(Madu saya, Masitah Abdullah, 36, dapat menerima saya dengan hati terbuka, malah menganggap saya sebagai adiknya apabila dapat tinggal dalam satu rumah.)
(“Kedua-dua isteri saya mempunyai hubungan yang baik…mereka bukan saja boleh bekerja bersama, tetapi turut tinggal serumah,” katanya.)
Bermadu bagus, tetapi hendak betulkan sedikit sahaja.
Saya tidak setuju sangatlah semua isteri duduk serumah atau berkongsi rumah. Takut banyak makan hati. Nabi berpoligami tetapi dia buatkan rumah untuk setiap isterinya biarpun kecil.Perempuan kuat cemburu dan itulah fitrahnya.
Boleh claim kita ini sebaik nabi ke? isteri2 kita yang sangat memahami itu lebih baik dan kurang cemburu dari isteri2 nabi ke? poligami kita lebih adil dan telus dari nabi ke?
Orang berbangga poligami tidak apa, tapi jangan berbangga boleh duduk serumah dengan madu atu bangga kumpul isteri serumah padahal ongkosnya….
Sekadar pandangan.
entahlah…
saya skrg bercinta dgn suami org berumur 43 thn. anak 3. isteri dia setuju suaminya berkawin lain dan anak2nya pun faham. saya pernah berbual dgnnya nampak ikhlas. jumpa belum lagi, sebab susah nk cr waktu luangnya. balik kg pun sampai mlm pg dh begerak ke kl balik. slgor- kl. suami org ni tk pernah burukkan isterinya. puji2 selalu. cuma isterinya tk duduk sekali dah 6 tahun. bz bisness kt kl. jurukecantikan. memang cantik walau dah 40 tahun. seminggu skali balik. dia nk kejar impian. rasa bersalah pada suaminya tu y bg suaminya kawin lagi. keluarga saya agak terkejut dn masing2 halang saya. saya berkeras dan tetap dgn keputusan ini mungkin juga sebab tgh hangat bercinta. lama kelamaan ayah saya setuju kerana mungkin takut saya kawin senyap2 dan sedikit demi sedikit nenek dan datuk saya menerima. namun ada bapa saudara yg tentang. dh tk bertegur sdg dl hub kami baik. dalam proses dia memohon kebenaran untuk kawin lagi saya dan dia kembali berfikir rasional. bila difikir2kan balik, saya kasihan pada ayah saya. tentunya dia juga tidak terlepas dari tomahan saudara n masyarakat. kalau saya, saya bersedia sebaiknya. insyaAllah… hasilnya, sy merasakan yg saya pentingka diri sendiri. tentu dia juga risaukan tentang nasib saya. apatah lagi apabila mendengar dan melihat pelbagai cth tidak baik bl berpoligami. org yg menjaga dengan baik sedari kecil tentu nk yg terbaik utk anaknya.
sekarang saya kembali membuat pertimbangan. saya mula membuat istiqarah. tp dlm ms yg sama sy takut kehilangan dia.
kenapa org pandang poligami ni jijik. berdosakah berpoligami? tak semua yg bujang baik dan yang nk berpoligami ni jahat.
terima kasih krn sanggup berkongsi pengalaman…
pd pendapat sya, sdri perlu mengambil kira pandangan syarak (Islam) melebihi pandangan org ramai. berpoligami adalah diharuskan oleh Islam tak kira samada dengan anak dara atau janda…yg penting perkahwinan itu dibolehkan di dlm Islam. jgn confuse di antara adat dgn syarak…apa yg syarak kata boleh maka bolehlah kita ambil, apa yg syarak kata tidak boleh maka kita tinggalkanlah. keizinan yg diberikan oleh isteri pertama itu sudah memudahkan sdri utk berkahwin dgn suaminya walaupun hakikat sebenarnya keizinan isteri pertama bukanlah syarat utk berpoligami…si suami mestilah berlaku ADIL bila sudah berpoligami iaitu mengikut giliran yg telah ditetapkan di dlm Islam. (sila rujuk ayat Al-Quran Surah Al-Nisaa’:3)
sdri berpendapat bhw perkahwinan dgn lelaki bujang akan membuahkan hasil terbaik utk ayah sdri…pendapat ni adalah salah. bahagia, derita, gagal, berjayanya sesebuah perkahwinan bukannya terletak pd status seseorang itu smada lelaki tu bujang atau dia adalah suami orang…yg paling penting ialah sdri mengahwini lelaki yg beriman, bertanggungjawab, Muslim sejati yakni tidak mengabaikan tanggungjawabnya sbg seorang Islam spt. solat, puasa, berbuat baik terhadap ibubapa dsbnya. ini kriteria2 yg sdri perlu ambil perhatian. apalah gunanya sdri berkahwin contohnya dgn lelaki bujang yg muda tetapi mengabaikan tanggungjawabnya sbg suami dan terhadap Tuhannya. jadi perkara pertama di dlm memilih bakal suami ialah seorang lelaki yg taat kpd perintah2 Allah iaitu seorg yg mempunyai pengetahuan agama Islam dan beramal dengannya.
sdri sudah melakukan istikharah…biasanya istikharah dibuat bila sdri sudah mempunyai dua pilihan yg mana sdri tidak tahu manakah yg hendak dipilih dan sdri berharap/berdoa supaya Allah menunjukki yg terbaik…..teruskanlah berdoa semoga Allah memberi jalan penyelesaian yg terbaik…wallahu’alam.
Terima kasih Milkyway kerana berkongsi artikel ni. Ia amat membantu kerana saya Sebenarnya saya akan mendirikan rumahtangga berpoligami, tetapi keadaan saya amat berbeza dari keadaan pasangan berpoligami sekarang. Ini adalah kerana saya berjumpa dengan bakal madu saya dahulu. Kami telah berkawan sejak berusia 9 tahun lagi dan persahabatan kami telah menjangkau 25 tahun. Ada masa-masa di dalam hidup kami, dimana kami telah menjalani hidup berasingan, tetapi tidak bertemu jodoh berasingan dan akhirnya, sampai satu tahap kami tidak nampak masa depan di mana kami tidak bersama. Allhamdullillah kami bertemu calon yang sesuai sebagai bakal suami, dah dia setuju menerima kami berdua. Ya kami bercadang untuk tinggal serumah, kerana amat-amat sukar dan tak bahagia jika saya dan bakal madu saya duduk berjauhan. Sekarang ni pun memang kami duduk sama. Kami tahu ia mungkin akan menimbul kata-kata negatif dari masyarakat, tetapi dari artikel tuan ada juga yang berpoligami dan isteri-isteri tinggal serumah. Ia sedikit sebanyak melegakan hati saya. Terima kasih sekali lagi kerana berkongsi artikel ini.