Satu Diskusi Poligami Menurut Syariat Dan Undang-undang yang berkuatkuasa Di Malaysia (3)

17 11 2009

Di antara kenapa wanita-wanita Islam di Malaysia tidak menerima suami berpoligami berdasarkan kajiselidik yang kawan saya lakukan adalah seperti berikut:

1.Suami “main kayu tiga” terlebih dahulu dibelakang isteri sehingga akhirnya diketahui oleh isteri.
2. Suami gagal melaksanakan tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak-anak yang sedia ada sama ada dari sudut fizikal dan mental.
3. Suami berkahwin di Selatan Thailand terlebih dahulu barulah hendak memberitahu kepada isteri sehingga isteri memohon cerai kepada suami.

Katanya lagi apabila isteri membenarkan suaminya berpoligami, ia hanya 30% diskaun untuk pada hakim membenarkan suami berpoligami. Ini adalah berdasarkan kepada aduan ketidakadilan yang berlaku apabila suami berpoligami.

Walaubagimanapun ia masih terbuka untuk dikritik dan sedia menerima kritikan.





Satu Diskusi Poligami Menurut Syariat Dan Undang-undang yang berkuatkuasa Di Malaysia (2)

15 11 2009

Saya faham akan situasi memilih suami yang baik seperti yang mendapat tarbiyah di dalam ceramah dan kuliah pengajian. Bila masyarakat dilihat secara keseluruhan memanglah terlalu banyak kepincangan di dalam isu poligami dek kerana segelintir golongan yang tidak bertanggungjawab. Walaubagaimanapun, dari segi prinsipnya poligami adalah satu sistem terbaik yang dibenarkan di dalam Islam dan disebut di dalam Kitab Suci Al-Quran. Sistem poligami sudah cukup baik di dalam menangani social problems tetapi segelintir pelakunya yang tidak menggunakannya dengan cara yang betul. Begitu juga dengan sistem perkahwinan yang pertama di mana matlamat perkahwinan di dalam Islam ialah untuk menundukkan pandangan dan melahirkan zuriat tetapi ada juga yang menyalahgunakan dengan tidak bertanggungjawab kepada isteri dan anak-anak.

Kita memahami hak memilih pasangan adalah di tangan perempuan, dia berhak menerima atau menolak pinangan seseorang lelaki yang boleh dikahwininya. Apa yang ingin saya utarakan di sini ialah bukannya mudah untuk mengahwini seseorang perempuan baik dia seorang anak dara ataupun janda kerana izin si perempuan itu hendaklah diperolehi terlebih dahulu jadi bukanlah bila undang-undang poligami dipraktikkan dengan cara-cara yang dituntut oleh Islam bermakna habislah anak-anak dara atau janda bertempiaran lari kerana dikejar oleh lelaki yang ingin berpoligami. Tidak begitu, tidak, sebabnya ialah prosedur perkahwinan yang kedua, ketiga atau keempat adalah sama dengan prosedur perkahwinan yang pertama; meminang, ijab kabul dan rukun-rukun nikah yang lain. Islam meletakkan adil sebagai syarat untuk poligami dan adil bukannya boleh dibuat oleh semua orang lelaki sebab itu jika takut tidak boleh berlaku adil maka kahwinilah seorang sahaja (maksud Surah Al-Nisaa’:3) .

Apa yang saya bimbangi ialah kita yang mendapat tarbiyah (pendidikan) Islam secara syumul (komprehensif) boleh menerima dan mengimani syariat2 Islam lain yang begitu banyak tetapi hati kita masih menjadi ragu-ragu, na’uzubillahi min zaalik, akan syariat yang satu ini…poligami. Kita juga mengimani bahawa kesemua syariat2 Islam adalah penting dari bab pergi ke tandas kepada bab negara Islam. Pengetahuan dan pemahaman kita terhadap Islam adalah berbeza semasa kita di alam persekolahan atau semasa di alam baru hendak memasuki alam rumahtangga atau yang sudah 10 tahun, 20 tahun mendirikan rumahtangga. Jadi sebagai orang yang memahami tarbiyah Islam yang syumul kita hendaklah berlapang dada dengan syariat poligami ini yang mungkin pada saat ini kita merasakan ianya tidak perlu lagi bagi kita tetapi mungkin, saya kata mungkin, syariat poligami ini kita memerlukannya pada satu masa yang akan datang untuk kita meneruskan kehidupan kita dalam rangka mencari mardhatillah (keredhaan Allah). Janganlah kita memandang remeh kepada syariat poligami ini kerana mungkin kita menganggap orang yang suka bercakap tentang poligami adalah orang yang hanya untuk memuaskan nafsu syahwat semata-mata.

Penggubal undang-undang keluarga Islam adalah manusia yang boleh melakukan kesilapan dan kita tidak mahu mereka terus menerus beranggapan yang mereka hendak membela kaum yang teraniaya dengan mengabaikan mereka yang betul-betul ikhlas dan bertanggungjawab.

Mengikut dialog ataupun pandangan yang saya jumpa di internet, saya menjadi hairan kenapa perempuan-perempuan biasa di luar sana yang tidak mengikuti tarbiyah atau program-program yang bercorak Islam boleh menerima syariat poligami ini dan ada yang mempraktikkannya di dalam kehidupan mereka di dalam keadaan mereka redha dengan syariat poligami ini. Mengapakah terjadi sedemikian?





Satu Diskusi Poligami Menurut Syariat Dan Undang-undang yang berkuatkuasa Di Malaysia

14 11 2009

Tulisan penulis sekadar satu pandangan berdasarkan pembacaan, kajian dan pengamatan yang penulis lakukan dan bukan untuk menuding jari mencari kesalahan sesiapa…kebebasan memberi pendapat di dalam Islam selagi ianya tidak bercanggah dengan syarak.

Syarat-syarat berpoligami yang dipraktikkan di Malaysia sekarang ini amatlah ketat sekali sehinggakan sebilangan besar masyarakat tidak boleh mengamalkan poligami walaupun mereka tergolong di dalam kategori mampu. Kenapa timbul perkara sedemikian di dalam masyarakat Malaysia yang berpenduduk 27 juta lebih dan agama rasmi yang termaktub di dalam perlembagaan ialah agama Islam? Tentulah jawapan yang paling tepat untuk dijawab ialah pihak yang bertanggungjawab menggubal undang-undang keluarga Islam di Malaysia. Sebelum kita menjangkau dengan lebih jauh, mari kita melihat apakah di antara syarat-syarat (syurut) yang telahpun digazetkan di dalam undang-undang keluarga Islam iaitu isteri pertama tidak mandul, tidak gila, tidak berpenyakit kronik, tidak mengingkari suami dalam hal jima’, suami mempunyai kewangan yang cukup untuk menampung tanggungan isteri-isterinya.

Mari kita merujuk tulisan Prof. Dr. Yusof Al-Qardawi (YAQ) di dalam masalah yang melibatkan autoriti di dalam menentukan sesuatu hukum yang berkaitan dengan poligami. Di dalam bukunya yang bertajuk “The Status of Women in Islam”, YAQ mengatakan bahawa adalah bukan hak pemerintah untuk menyekat seseorang dari mengamalkan poligami dengan apa-apa alasan sekalipun. Walaupun di dalam buku ini YAQ tidak menyebut peraturan-peraturan yang mengetatkan syariat poligami.

Penulis pernah mengemukakan satu persoalan iaitu seperti berikut:

“Seorang suami yang telah mempunyai 3 orang anak daripada isteri pertama dan ketiga-tiga anak tersebut lahir dengan cara “caesarian” dan doktor telah menasihatkan pasangan tersebut supaya tidak lagi melahirkan anak memandangkan risiko yang akan timbul sekiranya si isteri melahirkan anak yang keempat. Si suami bercadang untuk mempunyai anak lagi tetapi dengan cara berkahwin dua. Walaupun dalam kes ini si isteri pertama mengizinkan si suami berkahwin dua tetapi sekiranya mahkamah tidak bersetuju di atas alasan pasangan ini telah mempunyai 3 orang anak, maka perkahwinan itu boleh ditolak oleh pihak mahkamah kerana mengikut syarat-syarat seperti yang disebut di atas iaitu syarat berpoligami isteri pertama mestilah mandul. Ini baru syarat yang pertama, macam mana hendak melepasi syarat-syarat yang lain dan kesemua syarat-syarat ini mestilah dilepasi untuk melayakkan poligami? Adakah perkara ini adil kepada si suami?

Nafkah yang diperuntukkan kepada isteri pertama dan kedua atau seterusnya tidak semestinya membebankan suami. Nafkah yang diberi adalah mengikut kemampuan pendapatan suami. Apa yang penting nafkah zahir dan batin ditunaikan dan bukan jumlahnya yang banyak yang diambilkira. ..ikut kemampuan. Tentulah isteri pertama dan kedua atau seterusnya mengetahui kemampuan pendapatan suami mereka dan mereka redha dengan nafkah yang diberi kerana sekiranya isteri kedua atau seterusnya tahu apa yang akan mereka terima tidak disukai mereka sudah tentulah mereka menolak perkahwinan tersebut dari awal lagi. Apa yang lebih penting adalah perkahwinan bukannya kemewahan dunia yang sementara ini. Pemilihan pasangan untuk menjadi isteri kedua atau seterusnya adalah mustahak supaya harta benda dan kemewahan hidup dunia tidak dijadikan sebagai ukuran.

Penulis berharap pihak yang berwajib iaitu yang menggubal undang-undang keluarga Islam di Malaysia memperbaik undang-undang yang ada dan lebih menghampiri keadilan untuk semua. Apabila sesuatu undang-undang itu dikenakan dengan bertujuan untuk menjaga sesuatu pihak tetapi pihak yang lain yang sepatutnya berhak mendapatnya telah dipinggirkan. Sebab itu sesuatu undang-undang yang digubal perlu lebih berhati-hati supaya lebih bersikap adil kepada semua pihak. Penulis berdoa kepada Allah Taala supaya pihak yang berwajib meneliti semula dengan melihat zuruf (suasana) masyarakat Islam di Malaysia sekarang ini dan “revisit” undang-undang keluarga Islam tentang poligami yang mana dilihat sebagai berpihak kepada pihak wanita sahaja. Semoga segala amalan soleh yang kita lakukan diterima oleh Allah Taala dan menjadikan kita mengikut sepenuhnya akan syariat-syariat yang telah disampaikan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Poligami ini bukannya akan berlaku kepada semua lelaki Islam tetapi ianya dengan bersyarat iaitu boleh berlaku adil dan sekiranya suami takut tidak boleh berlaku adil maka dia berkahwin dengan seorang perempuan sahaja. Wallahu’alam.





Bicara poligami…(11)

29 10 2009

Kita sambung topik poligami ini. Adalah sesuatu yang sangat menghairankan penulis bila ada sesetengah orang yang berpendapat isu poligami adalah sesuatu yang kurang penting. Mungkin faktor umur seseorang juga memainkan peranan kenapa sesetengah orang kurang berminat atau menganggap isu poligami ini adalah untuk keseronokan semata-mata. Ada yang berkata seseorang lelaki yang berumur 40 tahun dan ke atas sahaja yang boleh memahami poligami dan boleh dibawa berbincang…saya setuju dengan pandangan ini dan saya sendiri pun sudah berusia lebih dari 40 tahun. Walaubagaimanapun poligami adalah salah satu daripada syariat-syariat Islam yang banyak jadi apa-apa pun ianya adalah sebahagian dari agama Islam. Kita ambil contoh bab munakahat sekiranya kita berbincang bab munakahat dengan kanak-kanak sekolah rendah tentunya tidak memberi kesan apa-apa sebabnya pemikiran mereka belum mencapai tahap boleh memahami apa yang dibincangkan. Begitu contohnya sekiranya subjek kalkulus diajar kepada kanak-kanak darjah satu tentulah mereka tidak memahaminya kerana perkara yang diutarakan  kepada mereka adalah terlalu tinggi dan amat sukar difahami kecuali yang betul-betul genius.

Sebagaimana  yang diperkatakan oleh Syeikh Dr. Yusof Al-Qardawi di dalam kitabnya “The Status of Women in Islam” iaitu Islam adalah satu agama yang memenuhi keperluan setiap anggota masyarakat samada yang tua atau muda, yang tinggal di bandar atau di luar bandar, yang tinggal tetap di sesuatu tempat atau nomad, yang tinggal di negeri sejuk atau di negeri panas pendek-kata di mana-mana sahaja kerana Islam adalah agama yang berbentuk global dan sesuai untuk setiap tempat dan zaman. Islam adalah satu cara hidup yang diatur oleh Allah Taala untuk manusia sejagat tak kira warna kulit, tak kira bangsa, tak kira bahasa, tak kira budaya dan tempat tinggal. Itulah keindahan Islam.

Sebenarnya manusia tidak ada autoriti untuk mengubah apa yang telah ditetapkan oleh Allah Taala. Cuba kita renung sejenak apa yang telah kita pelajari dari tarbiyah guru-guru kita tentang penerimaan Islam yang syumul…tentulah kita meyakini apa-apa yang telah disyariatkan kepada kita adalah untuk kebaikan kita di dunia dan di akhirat. Marilah kita sama-sama redha dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah Taala mudah-mudahan kita akan mendapat rahmatNya. Janganlah kita mudah terpengaruh dengan fahaman-fahaman misionari dan orientalis yang sentiasa berusaha untuk mengelirukan ummat Islam supaya lari dari landasan syarak. Dan mereka, misionari dan orientalis ini telah menggunakan isu talak dan poligami untuk mencari kelemahan-kelemahan di dalam Islam. Kita berdoa kepada Allah Taala supaya meneguhkan keimanan kita dan sentiasa redha dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah Taala ke atas kita.

Segala yang baik itu datangnya daripada Allah Taala dan apa yang lemah itu adalah daripada kelemahan dan kesilapan penulis sendiri.





Tujuh Tahun Sudah Aku Hidup Bermadu…

4 10 2009

Satu tulisan yg menarik…

http://blog.dcckmona.com/kehidupan/596/7-tahun-sudah-aku-hidup-bermadu.html





POLIGAMI…Kebahagiaan Yang Dicari @ Kesengsaraan Yang Dituju…

1 09 2009

Satu artikel yang sangat baik drpd blog ustaz rushdan…bacalah dan fahamilah terutama pendakwah-pendakwah di jalan Allah…

http://nasihatku.wordpress.com/2009/07/07/poligami-kebahagiaan-yang-dicari-kesengsaraan-yang-dituju/

milkyway27





Saya Nak Jadi Isteri Kedua

25 06 2009

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Zuhdi tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka awak sudah beristeri!

Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya.

Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Zuhdi liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… ” Fatimah mula sebak.

“Tak. Maksud saya…” “Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fatimah dengan kasar. “Awak nampak macam ‘alim, tapi sanggup menipu saya.

Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa? Saya rasa terhina tau” suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Zuhdi diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah’ di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini, seorang yang menjalani tarbiyah Islam sejak dari universiti lagi tapi ini jawapan yang diterima olehnya. Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kelabu. Dalam hatinya, Zuhdi seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. 

Zuhdi muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya. “Ada hikmah,” bisik hati kecil Zuhdi, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Zuhdi sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya.

Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bagi. Itulah yang menjadi pegangannya sejak dia mengenali fikrah Islam semasa di tahun satu universiti kejuruteraan teknologi.

Dia amat bersyukur dan berterimakasih kepada Farhan kerana telah mengajaknya mengikuti program perkhemahan walaupun pada mulanya dia enggan. Matlamatnya pada mulanya ialah untuk menumpukan sepenuh masa dengan pelajaran kerana dia ingin berjaya dengan cemerlang. “Ikut dakwah pun boleh berjaya dengan cemerlang, malah boleh dapat “double“, ujar Farhan kepada Zuhdi. “Double? camne tu? tanya Zuhdi ingin tahu.

“Cemerlang di dunia, cemerlang di akhirat, cemerlang di dunia hanya sementara je, cemerlang di akhirat forever,” kata Farhan dengan penuh keyakinan terpancar di wajahnya yang berseri dek banyak beribadah.

Itulah kata-kata power daripada Farhan kepada Zuhdi sepuluh tahun yang lalu yang membuatkan hatinya tersentuh.

Seni dalam berdakwah.

Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan dakwah yang akan membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari akhirat nanti.

Keyakinan serta keaktifan Zuhdi berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Zuhdi dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan Islam yang dianutinya. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Zuhdi. Bagi Fatimah, Zuhdi seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Zuhdi melamarnya menjadi isteri kedua. Zuhdi masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Zuhdi tersebut. Bagi Fatimah, Zuhdi tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Zuhdi berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. 

Zuhdi semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Zuhdi – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Zuhdi. Zuhdi takut dirinya akan menjadi futur disebabkan lamarannya ditolak oleh Fatimah. Sudah ramai sahabat-sahabatnya menjadi futur dek kerana mengejar kemewahan dunia – sibuk kerja sehingga mengabaikan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang dai’.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Zuhdi dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Zuhdi sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Zuhdi bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak kerana dia belum mencubanya. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Zuhdi berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Zuhdi mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Zuhdi tanpa segan silu.

“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.

“Er, betul ke ni?” tergagap Zuhdi menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Zuhdi.

“Kenapa saya?” tanya Zuhdi ingin tahu.

“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

“Baiklah,” jawab Zuhdi tersenyum.

Akhirnya, Zuhdi dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Zuhdi terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Zuhdi semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Zuhdi membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti robot. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Zuhdi. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

“Ye sayang?” jawab Zuhdi sambil memandu.

“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Zuhdi menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

“Ye ke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang. Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Zuhdi dalam gerak kerja dakwah.

Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Zuhdi yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Zuhdi aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Zuhdi membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. 

Zuhdi berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

“Itu isteri pertama abang,” Zuhdi menuding jari ke arah khemah tersebut.

“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Zuhdi.

“Yang mana satu bang,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar. 

Zuhdi tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

“’Aisyah, orang Kelantan, ” jawab Zuhdi.





Poligami…(10)

19 06 2009

Sabar, ya sabar. Maknanya tak marah. Tahan marah. Bersabar. Contoh ayat tentang sabar. “Cikgu Ahmad adalah seorang yang penyabar. Walaupun murid-muridnya membuat bising di dalam kelas dia tetap bersabar dan menasihati murid-muridnya dengan cara yang baik.”

Sabar terhadap kerenah isteri-isteri. Itu kriteria si suami yang hendak berpoligami. Kalau anda seorang yang tak boleh bersabar atau istilah lainnya anda seorang yang pemarah, fikir dulu sebelum berpoligami. Mungkin anda kena mengubati “penyakit” anda itu dahulu iaitu marah sebelum melaksanakan niat anda untuk berpoligami.

Tip kedua ialah si suami kena pandai memujuk atau bermulut manis bukannya kena letak gula kat bibir tapi ini adalah peribahasa Melayu. Dah lama tak guna perkataan Melayu, rasa kekok pulak. Maklumlah selalu tengok perkataan pakatan, perpaduan dan yang sama waktu dengannya, apapun makna bermulut manis ialah lebih kurang bijak menggunakan perkataan-perkataan yang diucapkan sehingga menawan hati seseorang, dalam kes kita ni hati isteri-isteri lah. Ini citer poligami daaa…

Penulis menulis dua perkara di atas (sabar dan mulut manis) adalah berdasarkan kepada pengalaman seorang kawan penulis yang berpoligami…so, ini bukan rekaan atau citer-citer kosong kedai kopi.

Semuga citer begini dapat memberi sedikit panduan kepada semua suami-suami yang berniat untuk menempuh alam poligami.





Poligami lagi…(9)

18 06 2009

Kita sambung citer ni…sori guna bahasa alam siber,

nak berpoligami ni x semestinya kena ada duit byk…ikut kemampuan suami. adil tu x semestinya bagi duit atau harta sama jumlahnya… cth isteri 1 ada 5 org anak, isteri ke-2 ada 1 org anak… isteri 1 bagi rm1000/bulan contohnya, isteri ke-2 bg rm300/bulan itu dah kira adil lah tu ikut keperluan dan kemampuan suami.

kalu ada isteri ke-2 yg sanggup bantu perbelanjaan harian utk mengurangkan bebanan suami itu lagi baik.

thanks krn beri contoh yg baik.





Poligami lagi… (8)

18 06 2009

Diskusi penulis di alam siber ttg poligami,

ye setuju doa adalah otak ibadat…di samping berdoa kita juga kena berusaha…sedarkan masyarakat…masyarakat ada yg kurang faham ttg agama Islam…jadi tugas kita yg faham ni lah kena dakwah kat depa…xleh dok diam dlm rumah saje..kena bersuara ape yg kita tahu. kena sampaikan walaupun satu ayat je…

tambah skrg ni Allah bagi mudah nak berdakwah melalui internet mcm kita tengah berdiskusi skrg ni…kalu nak pergi dengar kuliah kt masjid mungkin x sempat sbb sibuk dgn kerja, rumah dll…

sbb tu dari awal sya sebut iaitu memberi kefahaman kpd masyarakat tu satu yg berat sbb ada yg dah jadi “sebati” dan budaya cthnya “membenci” pensyariatan poligami ni sudah menular dalam masyarakat dan ditambah pula dgn mass media yg saban hari membicarakan/menayangkan citer -ve about poligami.

peristiwa buruk ttg org yg mengamalkan poligami mmg ada tapi yg baik pun ramai…sahabat R SAW ramai yg praktis poligami ini tapi x ditonjolkan di dlm sirah…

kalu nak kata keburukan poligami ni, keburukan pun ada berlaku pada perkahwinan pertama (yg beristeri satu) spt mengabaikan tanggungjawab sbg suami, tidak memberi nafkah zahir & batin kpd isteri, dsbnya tapi itu bukan bermakna perkahwinan tu yg x elok tapi pengamalnya yg x mengikut sistem yg betul.

sistem dah elok tapi org yg melaksanakannya itu yg bermasalah. sistem poligami dah elok tapi org yg melaksanakan tu yg tidak mengikut peraturan2 yg telah ditetapkan…Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.





Dialog Tentang Poligami

18 06 2008
Dialog ini dipetik dari internet tentang isu poligami.
Zul:  “Aslkm, Sila rujuk petikan dari suratkhabar baru-baru ini yang mengetatkan syarat untuk berkahwin lebih dari satu. Kalau kita lihat buku Fiqh Sunnah karangan Sayid Sabiq ianya sangat berbeza. Adakah ulama’ dulu tidak pandai dalam mengeluarkan sesuatu hukum bagi kepentingan umat Islam seluruhnya? Atau hukum ulama’ dulu tidak mengikut peredaran zaman, kolot, tidak moden? Ulasan Sheikh Yusuf al Qaradawi adalah selari dengan Sheikh Sayid Sabiq? Tidak adakah cendikiawan (intelek) Islam dalam dunia ini yang ingin membuat penyelidikan (research; MA atau PhD) tentang hikmah Allah membolehkan Muslim berkahwin lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat? Siapakah kita yang hendak mengkritik apa yang telah diwahyukan oleh Allah? Allah Maha Mengetahui akan rahsia kenapa Dia membenarkan Muslim boleh berpoligami. Ini adalah peringatan untuk diri sendiri yang sangat dhaif ini. Maaf kiranya ada terkasar bahasa atau tersinggung perasaan. Wassalam.”

 

Petikan dari akhbar berbunyi:

  1. Perkahwinan (kedua) hanya patut atau perlu atas faktor kemandulan, keuzuran jasmani, sengaja ingkar mematuhi perintah hak persetubuhan atau gila di pihak isteri;
  2. Pemohon berkemampuan menanggung semua isteri dan tanggungannya termasuk yang bakal ditanggung;
  3. Pemohon berupaya memberi layanan adil kepada semua isteri;
  4. Perkahwinan tidak menyebabkan ‘darar Syarie’ atau bahaya yang menyentuh isteri mengenai agama, nyawa, tubuh badan, akal, maruah dan harta benda mengikut kebiasaan yang diakui hukum syarak; dan
  5. Kuasa mahkamah mengkehendaki seseorang membuat pembayaran nafkah kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.

 

Zul:  ”Ada pembetulan tentang ayat ” Ulasan Sheikh Yusuf al-Qaradawi adalah selari dengan Sheikh Sayid Sabiq?” sebenarnya dibaca ” Ulasan Sheikh Yusuf al Qaradawi adalah selari dengan Sheikh Sayid Sabiq.” Wassalam.”

 

Irfan:  ”Tak ada pembetulan pun! Atau saya tak nampak?!”

 

Zul:  ”Tanda soal (?) sepatutnya tidak ada. Hasil kajian saya, kedua-dua Sheikh mempunyai pendapat yang sama iaitu berpoligami disebabkan oleh sorry to say “strong sexual desire” atau mengikut seorang ustaz dalam kuliah yang saya ikuti “engine turbo”. Saya minta maaf sebab guna bahasa-bahasa yang begini. Tapi itulah hakikat yang Allah jadikan manusia ini seperti dalam Surah Al-Imran ayat 14. Cinta kepada wanita itu adalah kesenangan hidup dunia. Apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik. Wassalam.”

 

Fandi:  “Assalamu ‘alaikum. Bagi saya itu bukan the only reason why poligamy! Kalau inilah reasonnya musuh Islam akan mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. kuat nafsu. Sebenarnya setiap perkahwinan Rasulullah ada different reasons behind it. Bagi saya yang lebih utama adalah menjaga maruah dan kehormatan wanita. Dalam situasi maruah dan kehormatan wanita terjamin melalui poligami, maka poligami harus digalakkan. Namun dalam keadaan kehormatan wanita dan maruah wanita tidak terjamin dengan poligami maka sesuatu harus dilakukan agar poligami yang diharuskan oleh Islam itu dilaksanakan dalam keadaan yang terkawal, berperaturan agar hikmah poligami itu dapat dicapai dengan sempurna. Ini tidak menafikan dalam keadaan tertentu, banyak sebab-sebab lain yang mengharuskan poligami termasuk apa yang disebutkan oleh Zul tadi, namun sebab itu sahaja tidak sepatutnya menjadi satu-satu sebab mengapa berpoligami kerana hal itu adalah relatif bagi setiap individu.

 

Tanpa mengambil kira faktor kemampuan yang lain, keadilan dan dharar(mudarat) yang berlaku hasil dari poligami, maka poligami sebegitu adalah tidak selaras dengan kaedah Fekah, “Mengutamakan Maslahah umum berbanding Maslahah Peribadi”, “Menolak Mafsadah lebih utama dari Maslahah” dan lain-lain kaedah yang berkaitan. Apatah lagi maslahah yang ingin dicapai tersebut adalah maslahah peribadi semata-mata. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan peraturan yang terlalu ketat dan tidak munasabah juga boleh membawa kepada mafsadah dan dharar yang lebih berat yang juga harus ditangani dengan sewajarnya. Inilah dilema sebenarnya di pihak penggubal undang-undang yang harus difahami oleh setiap dari kita dalam apa jua peraturan yang hendak dilaksanakan termasuk dalam kes Hudud, Qisas dan sebagainya. Wallahu a’lam.”

 

Zul:  “Aslkm, Sekadar satu perbincangan. Boleh tak sekiranya saya mengatakan bahawa masalah peribadi itu boleh menjadi masalah umum bila terdapat ramai peribadi yang mempunyai masalah yang sama atau yang sewaktu dengannya. Saya lihat banyak ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan menyentuh masalah peribadi dan diselesaikan melalui wahyu untuk menjadi pengajaran kepada umat pada masa itu dan seterusnya sehingga hari Qiamat. Sebab itu saya mengambil rujukan dari Sheikh Besar seperti Yusuf al-Qaradawi, Sayid Sabiq yang melihat kepentingan umat Islam seluruhnya.

 

Lebih-lebih lagi masalah poligami ini sangat mudah difahami bagi yang orang yang telah berkahwin. Kalau seseorang yang belum berkahwin mungkin memahaminya secara teoritikal sahaja. Sekiranya mahu melihat perspektif individu maka bagaimana dengan perkahwinan pertama yang juga banyak masalah yang ditimbulkan oleh sesetengah individu yang mana sekiranya teori untuk menjaga kepentingan orang lain supaya tidak timbul masalah maka syarat-syarat harus diperketatkan juga bagi perkahwinan yang pertama maka ianya akan mengalami nasib yang sama seperti poligami di mana akan ada yang tidak layak untuk berkahwin bagi perkahwinan yang pertama.

 

Islam itu agama yang mudah di mana tidak semestinya seseorang itu perlu menjadi Profesor dahulu baru boleh memahami Islam hatta seorang pemandu teksi pun boleh memahami Islam asalkan ada yang boleh menerangkan dengan cara yang berhikmah maka boleh saja dia memahami Islam dan mempraktikkannya.”

 

Zul:  “Saya tidak faham kenapa hendak menyusahkan pensyariatan poligami ini yang sebenarnya sangat jelas sejelas bintang di langit adakah kerana takut ianya terkena kepada diri sendiri dan bukannya untuk menjaga maslahah umat. Kita lihat the first place kenapa Allah membenarkan orang lelaki Islam berpoligami di mana hikmahnya hanya Allah Taala sahaja yang tahu dan saya rasa kita boleh mencari, mengkaji hikmahnya terpulanglah kepada kita di antara hendak dengan tak hendak. Tapi realiti sekarang mungkin kerana takut dicop sebagai kuat nafsu maka tak ada orang berani hendak buat research tentang ini. Ini sebenarnya satu challenge. Kalau kita tak buat maka orang orientalis akan menghentam kita dengan meracuni fikiran generasi sekarang supaya melihat poligami ini sesuatu yang mesti dijauhi dan menimbulkan banyak problem kepada masyarakat.

 

Masyarakat barat hari ini tak memerlukan poligami kerana mereka telah jauh terpesong dari norma-norma agama dan mereka hidup lebih dahsyat dari haiwan dan they can stay together man and woman without marriage and they can even change their partners every week or even everyday without feeling guilty.”

 

Zul:  “Bila saya menulis ni bukannya saya tuju kepada seseorang tapi anggaplah ini sebagai suatu diskusi yang bertujuan untuk mencari keredhaan Allah. Dalam ilmu kejuruteraan, jika sesuatu hukum (law) itu sudah diputuskan maka ianya boleh dijadikan rujukan tapi bukan bermakna ianya tidak mengalami kesilapan kerana ianya adalah buatan manusia yang bersifat dhaif dan melakukan kesilapan. Hanya ketetapan dan hukum Allah sahaja yang perfect dan hanya Allah sahaja yang mengetahui hikmahnya. Wallahu’alam.”

 

Fandi: “Assalamu ‘alaikum. Memang tiada siapa yang boleh mempertikaikan bahawa pensyariatan poligami membawa hikmah besar kepada individu (lelaki dan perempuan), masyarakat, ummah dan agama. Dari segi teorinya beres, kita menentang sekeras-kerasnya pihak yang mempertikaikan pensyariatan poligami kerana poligami adalah ubat yang amat mujarab untuk menyelesaikan masalah ummah.

 

Cuma apa yang harus diperhalusi ialah perlaksanaannya dalam kontek sekarang kerana kita sedia maklum our legal framework is not Islamic. Oleh itu dalam isu poligami pihak2 tertentu wajib mengambil tanggungjawab melaksanakan peraturan-peraturan tertentu agar hikmah poligami itu dapat dicapai. Bayangkan jika setiap orang diberi kebebasan seluas-luasnya untuk berpoligami semata-mata berasaskan keperluan nafsu tanpa sebarang syarat dan peraturan, maka dalam keadaan umat Islam yang amat jahil dengan hukum hakam Allah, maka semua orang akan berlumba-lumba untuk berpoligami dan sudah tentu keadaan ini membawa dharar kepada masyarakat khasnya para wanita.

 

Walaubagaimanapun ini tidak bermakna kita bersetuju dengan syarat-syarat yang dicadangkan oleh pihak-pihak tertentu. Yang penting bagi saya ialah kesedaran ummah terhadap Islam dan hukum hakamnya supaya setiap individu yang ingin berpoligami faham akan hukum dan tuntutan poligami agar mampu mencapai hikmah pensyariatan poligami tersebut. Peranan kita menyedarkan masyarakat. Kalau ada antara kita yang mampu berpoligami, tidak salah untuk kita buktikan dan tunjukkan kepada masyarakat bahawa poligami itu mampu membawa kebahagiaan kepada individu, ummah, agama dan negara. Wallahu a’lam.”

 

Zul: “Saya rasa jika undang-undang poligami ini dilaksanakan yang sepatutnya menurut Islam, ianya tidak akan menimbulkan masalah kepada kaum wanita atau masyarakat kerana kita yakin yang mana poligami ini dibenarkan oleh Allah Taala adalah untuk menyelesaikan permasalahan ummah dan menjaga kedudukan kaum wanita untuk semua umat Islam dan pada setiap zaman. Bukankah dengan poligami maka kedudukan sorry to say wanita-wanita janda akan terjamin, juga sorry to say wanita-wanita yang agak berumur akan berteman kerana naluri mereka berkehendakkan teman hidup, dan juga sorry to say wanita-wanita yang muda pun akan dapat melahirkan zuriat dengan cepat dan ramai sekiranya ada rezeki. Bukankah kaum wanita lebih ramai sekarang ini berbanding dengan kaum lelaki? Walaupun tak ada statistik tapi rasanya gitulah. Saya rasa kalau seseorang itu berkahwin kerana nafsu itu tidak menjadi masalah sebab ianya masih disalurkan on the right track (halal). Sebab kuat nafsu jugalah Allah membenarkan 2, atau 3, atau, 4 saya rasa walaupun this is not the only reason. Wallahu’alam.”

 

Zul: “Aslkm, “The problem is sekiranya undang-undang poligami ini disekat atau dipayahkan aplikasinya maka semuanya terlibat samada orang baik atau tak berapa baik. Ini seolah-olah kita menidakkan undang-undang itu sendiri. Sebab itu kita perlu tengok juga kepada Islam yang asal. Bukan bermakna bila kita bergelar profesor kita saja yang pandai. Ulama’-ulama’ dulu-dulu lagi intelligent, mereka menghafal banyak hadis, buku, Al-Quran tak payah ceritalah dalam dada dan terbukti keikhlasan mereka sehingga ada yang sanggup masuk jel dan ramai yang syahid kerana mempertahankan pendirian mereka. Dari sudut masalah dulu dan sekarang lebih kurang sama saja, orang lelaki dulu dengan sekarang sama saja, kita makan nasi dia makan roti, makan juga jadi nak kata fatwa zaman dulu tak sesuai dengan sekarang saya kurang setuju.”

 

Fandi:  “Assalamu ‘alaikum. “Saya rasa isu ini sama jugak dengan perkahwinan pertama. Islam mengharuskan kahwin asal saja sudah mencapai baligh tetapi mengapa peraturan semua Negara Islam menetapkan umur yang dibenarkan berkahwin? Kalau nak ikut apa yang disebutkan oleh ulama’ dulu dalam kitab-kitab mereka, asal saja baligh, biar sahajalah sapa nak kahwin, kahwinlah, tak perlu ada apa-apa peraturan mengenai umur dsbnya. Mengapa di Malaysia perkahwinan wajib didaftarkan? Mengapa kena ada ujian darah? Mengapa…? Mengapa…? Mengapa….? Bukan soal ulama’ dulu tak intelligent tapi zaman berubah, suasana berubah, perlaksanaan sesuatu hukum pun harus berubah.  La yunkar taghayyur al-ahkam bi taghayyur al-azman. Ini bukan bermaksud fatwa dulu tak boleh pakai, kita yakin apa yang difatwakan dan ditulis oleh ulama’ dulu adalah mutiara yang harus dijadikan sandaran dan panduan untuk kita semua. Tidak timbul soal Islam asal atau Islam sekarang, tapi soal perlaksanaan hukum Islam wajib mengambil kira suasana semasa, sebab itulah peraturan-peraturan perkahwinan dilaksanakan. Tetapi tidak bermakna kita setuju dengan semua peraturan yang telah dan akan dilaksanakan. Cuma tidak salah dari sudut pandangan Fekah untuk menetapkan peraturan seperti menetapkan umur tertentu untuk perkahwinan demi menjaga maslahah ummah dan agama. Perkara yang sama boleh diaplikasikan untuk isu poligami, tak salah dibuat peraturan. Kita harus faham bahawa mengenakan peraturan yang tidak pernah dikenakan oleh orang terdahulu, jika ianya berasaskan kepada fatwa yang memenuhi syarat-syarat fatwa berasaskan kepada sumber hukum dan dalil yang sahih adalah tidak bercanggah dengan kehendak Syariah. Cuma jangan kita faham, apa sahaja yang tidak difatwakan oleh ulama’ dulu sebagai tambahan kepada hukum “Islam asal” dan bercanggah dengan kehendak Syariah dan Islam! Itu amat merbahaya. Soal fatwa itu kita setuju atau tidak itu boleh dibahaskan dan dibincangkan dan common untuk semua isu. Kalau mereka mengeluarkan fatwa yang salah, jika melalui proses yang betul mereka mendapat satu ganjaran, kalau fatwa mereka betul mereka mendapat dua ganjaran. Pokoknya, perbezaan pandangan di kalangan cerdik pandai Islam adalah perkara biasa dan ini tidak bermakna satu pihak mesti benar satu pihak mesti salah. Soal ulama’ dulu masuk jel atau Syahid kerana mempertahankan pandangannya, itu saya tak berani nak komen. Wallahu a’lam.”

 

Zul:  ”Aslkm, Saya nak minta tolong seseorang menghuraikan ayat ini “Kalau mereka mengeluarkan fatwa yang salah, jika melalui proses yang betul mereka mendapat satu ganjaran, kalau fatwa mereka betul mereka mendapat dua ganjaran.” dengan berdasarkan persoalan berikut:-

1. Siapakah “mereka” yang boleh mengeluarkan fatwa?

2. Apakah maksud “melalui proses yang betul”?

3. Adakah ijtihad berbentuk lokaliti (baru) tanpa mengambil kira ijtihad ulama’-ulama’ lain yang mu’tabar yang mana ijtihadnya (ijtihad ulama’ muktabar telahpun ada sebelumnya) telah sedia ada dan relevan dengan subjek yang dibincangkan boleh diambilkira?. Wallahu a’lam.”

 

 





Satu Pandangan Tentang Isu Poligami

3 09 2008
Satu persoalan kenapa penulis membentangkan isu poligami di dalam blog ini. Keadaan semasa dan persepsi seseorang melihat isu poligami itu menyebabkan penulis membicarakannya di sini dengan petikan-petikan dari buku-buku ulama’-ulama’ yang boleh dipercayai seperti Dr Yusof Al-Qaradawi dan lain-lain lagi. Ada beberapa perkara penting yang hendak disentuh di bawah ini seperti berikut :-
1. Sebagai seorang Muslim/Muslimah yang taat dan patuh kepada ajaran Islam yang sebenar, kita hendaklah melihat, mengkaji, merenung isu ini dengan fikiran yang terbuka dan penuh rasional iaitu cuba menilainya dengan hikmah atau kebijaksanaan akal yang dikurniakan oleh Allah Taala bukan dengan perasaan yang penuh dengan emosi dan pengaruh negatif dari media massa. Apabila kita melihat sesuatu perkara itu sebagai negatif maka sukar bagi pemikiran kita untuk menilai sesuatu itu dengan perasaan yang waras. Perlu direnungkan kepentingan manusia keseluruhannya di dalam menangani sesuatu perkara.

 

2. Al-Quran yang kita membacanya setiap hari adalah menjadi panduan hidup atau “a way of life” juga menjadi bahan rujukan kepada kita ke arah jalan yang betul (hidup yang terpandu). Allah menurunkan Al-Quran kepada ummat Islam ialah supaya dihayati dan dipraktikkan di dalam kehidupan sehari-hari. Al-Quran bukan sekadar dibaca malah lebih dari itu, untuk dijadikan sebagai petunjuk kepada orang-orang yang beriman kepada Allah Taala. Di bulan Ramadhan ini kita digalakkan membaca Al-Quran dan diberi pahala yang berlipat ganda. Cuma satu langkah lagi yang perlu dilakukan iaitu memahami isi kandungannya dan mempraktikkannya di dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan seterusnya.

 

3. Orang yang beriman kepada Allah, menyempurnakan perintah rukun Islam seperti solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat, mengerjakan fardhu haji jika mampu dan ibadat-ibadat yang lain samada yang wajib atau sunat melakukan ibadat-ibadat tersebut kerana mereka mentaati ajaran Islam yang mulia. Orang-orang yang beriman juga meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam dengan penuh rasa ketaatan kepada Rabb alam semesta.

 

4. Orang-orang yang beriman mengenal Allah sebagai Tuhan yang Maha Berkuasa ke atas semua makhlukNya. Dia juga yang mengatur hidup manusia di dunia ini, maknanya Dia membuat peraturan-peraturan supaya manusia patuh kepada peraturan-peraturanNya. Kita tidak boleh mengubah ibadat seperti solat, puasa, zakat, haji, menutup aurat dan sebagainya Dia berkehendakkan begitu. Ada perkara-perkara yang tidak disebut di dalam Al-Quran atau Hadis di mana perkara-perkara tersebut hendaklah diputuskan oleh ulama’-ulama’ yang boleh dipercayai dan berilmu. Keputusan mereka mestilah tidak bercanggah dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan (yang tidak berubah). Ulama’-ulama’ adalah orang-orang yang pakar di dalam bidang masing-masing.

 

5. Kita mesti ingat musuh-musuh Islam seperti orientalis & misionari bertungkus-lumus siang dan malam 24 jam sehari untuk memesongkan kefahaman orang-orang Islam dan mengikuti agama mereka terutama di dalam bab poligami dan perceraian (talak). Mereka mengatakan poligami hanya diberikan kepada orang lelaki sahaja dan hak bercerai di beri kepada orang lelaki (kuasa talak diberi kepada suami). Itulah modal mereka supaya ummat Islam terpengaruh dan keyakinan ummat Islam terhadap agama Islam menjadi luntur. Na’uzubillahi min zaalik.

 

http://milkyway27.wordpress.com/2007/12/06/polygamy-part-1/

 

Kita tidak boleh memandang ringan akan perkara ini kerana mereka menggunakan logik akal mereka semata-mata dan kita, umat Islam, berpandukan wahyu. Kita tidak boleh terjerebak dengan daya tarikan, kata-kata manis yang mereka hamburkan, janji-janji manis, dan pujuk-rayu mereka supaya kita mengikuti jejak langkah mereka yang membawa kepada neraka wa na’uzubillah. Mereka menggunakan berbagai-bagai terminologi untuk mempengaruhi ummat Islam supaya jauh dari ajaran Islam yang sebenar seperti “hapuskan poligami kerana poligami menafikan hak kesaksamaan gender”, “hak asasi wanita terabai dengan poligami”, “poligami tidak sesuai di zaman sekarang”. “poligami sudah menjadi isu lapuk”, “lelaki dibenarkan beristeri empat, kenapa perempuan tidak boleh bersuami empat” dan banyak lagi kata-kata yang sebenarnya jika difikirkan adalah menunjukkan kelemahan dari segi kefahaman terhadap agama Islam itu sendiri. Itulah yang boleh dilakukan oleh orientalis dan misionari untuk menarik ummat Islam terutamanya kaum wanita/muslimah yang mana mereka mudah terpedaya dengan pujuk-rayu golongan orientalis/misionari yang setiap hari bekerja untuk meruntuhkan Islam. Kenapa pendapat mereka yang hendak diikuti? Manakah pendapat yang lebih baik; oreintalis/misionari atau ulama’-ulama’ Islam yang muktabar? 

 

6. Di dalam Al-Quran dengan jelas Allah berfirman orang lelaki Muslim boleh berkahwin dengan wanita samada 2, 3, atau 4 jika boleh berlaku adil. Sekiranya tidak boleh berlaku adil maka kahwin satu isteri sahaja. Ya, sekiranya boleh berlaku adil iaitu di dalam pemberian nafkah zahir dan batin dan di dalam giliran malam.

 

http://milkyway27.wordpress.com/2008/03/17/polygamy-why-is-it-permitted-in-islam/

 

Tetapi di dalam perasaan kasih & sayang terhadap isteri-isteri adalah mengikut kemampuan suami itu sendiri kerana perasaan kasih & sayang kepada isteri-isteri itu adalah di luar bidang kuasa si suami (Allah yang menjadikan perasaan kasih & sayang di dalam hati seseorang itu kepada seseorang yang lain – di luar bidang kuasa manusia). Tetapi suami tidak boleh meninggalkan isteri yang kurang disayangi itu terkatung-katung tanpa penjagaan darinya. Maknanya semua isteri-isteri mendapat hak-hak mereka yang sama sebagai seorang isteri tidak kira samada isteri pertama atau isteri kedua atau isteri ketiga atau isteri keempat.

 

http://milkyway27.wordpress.com/2007/11/30/penjelasan-surah-al-nisaa-ayat-129-keadilan-di-dalam-berpoligami/

 

Suami hendaklah menunaikan hak-hak isteri dengan adil. Jadi di sini penting dijelaskan yang keperluan harian, makan-minum, rumah itu tidak semestinya yang mahal-mahal belaka kerana itu bergantung kepada kemampuan si suami. Adil juga bukan bermakna sama jumlahnya contoh isteri pertama ada 3 org anak, isteri kedua ada 2 orang anak maka perbelanjaan untuk isteri yang pertama adalah lebih daripada isteri yang kedua kerana tanggungannya adalah lebih ramai. Adil mengikut keperluan masing-masing.

 

7. Masalah dengan pengaruh negatif dari media massa sekarang ialah terlalu banyaknya cerita-cerita yang direka dan ditayangkan yang menggambarkan bahawa kehidupan berpoligami itu penuh dengan pelbagai masalah. Ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi segelintir masyarakat terutama kaum hawa (sorry to say) untuk mempercayai dan meyakini yang ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem poligami. Sistem poligami ini siapa yang membenarkannya atau siapa yang meluluskannya. Bukankah Allah yg membenarkannya? Sanggupkan kita mengatakan yang sistem ini tidak elok, tidak baik, lapuk ditelan dek zaman dan patut dihentikan atau diketatkan saja pelaksanaannya supaya tidak ramai yg boleh mengamalkannya? Wa na’uzubillahi min zaalik. Kita jawab sendiri, tanya hati nurani kita. Macamana di akhirat nanti bila kita berhadapan dengan Allah Taala iaitu Pencipta manusia dan alam semesta serta Pencipta kepada sistem-sistem Islam (manhaj) termasuk sistem poligami untuk kebaikan hidup manusia semasa di muka bumi ini dan untuk kebaikan alam sekitar di padang Mahsyar kelak? Macamana kita hendak menjawabnya? Apakah alasan kita di hadapan Allah Taala? Para sahabat Rasulullah mereka adalah contoh ikutan terbaik kepada kita dan kebanyakan mereka mengamalkan poligami ini (Dr. Yusof Al-Qardawi). Masalah kepada ummat Islam sekarang ialah tidak mahu belajar memahami Islam yang asal sebagaimana yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.

 

8. Bila bercakap tentang poligami bukanlah bererti semua lelaki Muslim akan berkahwin 2, 3, atau 4. Penulis tegaskan sekali lagi, bukan semua. Kerana ini adalah suatu pilihan dan bergantung kepada syarat seseorang itu boleh berlaku adil atau tidak. Perkahwinan ke-2, 3, atau 4 adalah sama juga seperti perkahwinan yang pertama. Minta persetujuan perempuan yang hendak dikahwini itu tetapi tidak semestinya meminta izin kepada isteri yang pertama (atau isteri-isteri yang sedia ada kerana ini bukanlah menjadi syarat), ada wali, saksi dan sebagainya. Sekiranya si perempuan yang hendak dikahwini itu (samada janda atau anak dara) tidak bersetuju atau tidak mahu berkahwin dengan lelaki itu maka tidak berlakulah perkahwinan tersebut.

 

9. Poligami adalah salah satu syariat di antara syariat-syariat yang terdapat di dalam Islam dan ianya adalah sesuatu yang tetap.

 

http://milkyway27.wordpress.com/2008/05/22/hentikan-poligami-pbb/

 

http://milkyway27.wordpress.com/2007/12/08/polygamy-pt-8/

 

http://milkyway27.wordpress.com/2007/12/12/polygamy-pt-9/

 

http://milkyway27.wordpress.com/2007/12/12/polygamy-pt-10/

 

http://milkyway27.wordpress.com/2007/12/12/polygamy-pt-11-end/

 

Segala kebaikan adalah datangnya dari taufiq dan hidayah Allah dan jika ada kesilapan adalah datangnya daripada kelemahan dan kesilapan penulis sendiri. Semoga kita semua diberi kefahaman Islam yang sebenar dan menjadikan hati-hati kita mudah menerima kandungan-kandungan ajaran-ajaran Islam yang suci ini dan menjadi bekalan kepada kita di dalam mengharungi hidup di dunia ini. Semoga iman kita bertambah di bulan Ramadhan ini dan bulan-bulan yang seterusnya sehingga kita dipanggil pulang oleh Allah.

 





Rintihan Seorang Wanita…

6 10 2008
Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia tercipta untukku
Satukanlah hatinya dan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan di antara kami
Agar kemesraan itu abadi….
Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihani
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami
Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharakanlah aku dari kekecewaan

       Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
       Berikanlah aku kekuatan
       Menolak bayangannya jauh ke dada langit
       Hilang bersama senja nan merah
       Agar aku sentiasa tenang
       Walaupun tanpa bersama dengannya

      Ya Allah yang tercinta
      Peliharalah aku dengan takdirMu
      Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
      Adalah yang terbaik untukku
      Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui
      Segala yang terbaik untuk hambaMu ini.

      Dan sekiranya aku menemui seseorang
      Yang baru di dalam hidupku
      Kau semaikanlah rasa kasih sayang dan cintaku yang penuh ikhlas
      Kepada dirinya
      Agar diriku dan dirinya memahami antara satu dengan lain
      Dan terbinalah satu ikatan yang lebih suci dan murni

      Ya Allah
      Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku
      Di dunia dan di akhirat
      Dan peliharalah kami dari azab api neraka
      Amin…amin..Yarabbal alamin…





Sebuah cerpen…(2)

14 11 2008

“Aku mesti bergiat balik dalam dakwah.” “Aku mesti rajin meningkatkan diriku dan keluargaku.” “Umurku sudah lebih 40 tahun…Adakah aku mahu menunggu sehingga umurku 60 tahun baru nak berdakwah? Masa badanku sudah kurang bertenaga..masa staminaku sudah berkurangan baru aku nak kembali berdakwah. Mengapa aku masih begini?” “Masih malas beribadat…malas membaca buku-buku agama…malas bersedekah kepada yang memerlukan…serba-serbi malas dalam hal-hal ibadat…kenapa? Ahhh kenapa? Fikir Ahmad keseorangan di malam yang hening itu. Di tepi pantai nan syahdu daun nyiur melambai-lambai disimbahi cahaya bulan mengambang, Ahmad termenung sendirian. Sengaja dia memilih pantai sebagai tempat percutian dengan anak-anak dan isterinya. Pantai, jauh dari kesibukan dan kebisingan KL, merupakan sumber inspirasi dalam mencari ilham dan yang penting untuk mencari ketenangan jiwa. Ahmad mahu mencari pencetus kepada keinginannya untuk kembali ke medan dakwah. Ilham yang selama ini tidak timbul kerana dia merasakan dirinya penuh bergelumang dengan keseronokan mengejar kekayaan harta dan wang. Dirinya penuh dengan kecintaan kepada kemewahan hidup sehingga dia lupa ada yang jauh lebih baik dari itu.

Dengan kecintaan dan keseronokan perlumbaan mengejar kekayaan harta benda dunia yang tidak kekal itu menyebabkan dia lalai dari melakukan ibadat terhadap Tuhannya. Dia lalai, cuai, lupa, malas…berapa banyakkah peluang atau masa yang telah diberi oleh Tuhannya untuk dia beribadat yang telah ditinggalkan olehnya. Masa itu telah berlalu. Dalam usianya yang telah melebihi 40 tahun itu telah dipergunakan olehnya dengan kerja-kerja keduniaan dan sedikit sangat untuk mencari akhirat dan keredhaanNya.

Ahmad menitiskan air mata. Air mata penyesalan. “Alhamdulillah,” bisik hati kecilnya kerana dia merasa lega dan lapang dadanya dengan keinsafan yang terpancar di dalam hatinya. Satu-persatu senarai kerja-kerja yang hendak dilakukan olehnya yang mana hendak dijadikan aktiviti harian bagi memantapkan keimanan di dalam hatinya.

“Solat subuh berjemaah setiap hari, membaca Al-Quran setiap hari sebanyak yang mungkin, menghafal Al-Quran setiap hari walaupun sedikit, menjaga lidah dari mengumpat, mengeji, mencela saudara seIslam, mengutuk, menfitnah dan bersembang-sembang kosong yang langsung tidak mendatangkan faedah” azam Ahmad kepada dirinya di dalam hati. “Aku mesti beristighfar setiap hari kerana aku sudah banyak berdosa kepada Allah juga kerana aku lalai di dalam menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang Muslim yang diwajibkan menyampaikan dakwah kepada orang lain – lebih-lebih lagi kepada kaum-kerabat, jiran-jiran, rakan sekerja dan masyarakat setempat serta kepada orang-orang lain yang ku kenali” kata Ahmad di dalam hatinya.





Satu Pandangan Tentang Isu Poligami (2)

8 06 2009

Penulis ingin menyatakan pandangan tentang isu poligami yang dibenarkan di dalam Islam. Apabila penulis membaca akhbar-akhbar tempatan (Malaysia), menonton TV, perbualan di kedai-kedai kopi, apa yang penulis dapat lihat ialah isu ini menjadi suatu topik kegemaran segolongan lelaki peringkat umur 35 tahun ke atas.  Penulis tidak pasti kenapa golongan lelaki 35 tahun ke atas ini berminat untuk membicarakan isu ini. Mungkin kematangan mereka di dalam mengharungi alam perkahwinan; kebanyakan lelaki berkahwin ketika berumur 25-26 tahun, jadi setelah berkahwin selama 9-10 tahun mereka boleh memahami hakikat peri pentingnya poligami di dalam kehidupan mereka yang mendatang.

Bercakap tentang isu poligami atau ta’addud al-zaujah penulis berkata:

Apa sahaja yang diturunkan oleh Allah Taala di dalam Al-Quran mengandungi hikmah yang besar bagi kehidupan manusia secara keseluruhannya. Manusia diciptakan oleh Allah Taala terdiri dari lelaki dan wanita. Masing-masing, lelaki dan wanita tadi, mempunyai karakter, sifat, naluri yang ada yang sama dan ada yang berbeza. Itu adalah menunjukkan kebijaksanaan Allah Taala di dalam apa yang dicipta olehNya. Kita berasal dari Nabi Adam. Nabi Adam berkahwin dengan Hawa dan manusia bertambah ramai sehinggalah sekarang ini. Hikmah diizinkan poligami di dalam Islam ialah dengan ramainya ummat Nabi Muhammad yang mengikuti ajarannya di hari kiamat kelak. Sekiranya ummat Islam tidak mengamalkan poligami bermakna kuranglah ummat Islam.

Apa yang membimbangkan penulis sekarang ialah ramainya di kalangan ummat Islam sendiri yang telah menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap pensyariatan poligami ini. Penulis tersangat bimbang kerana setengah-setengah mereka yang menyatakan ketidakpuasan dan ketidakselesaan terhadap pensyariatan poligami adalah di kalangan yang terpelajar atau mempunyai pendidikan Islam. Ini kerana ianya adalah sesuatu yang sangat berlawanan dengan apa yang mereka perjuangkan. Mereka mahu menegakkan Islam di muka bumi tetapi sebahagian dari syariat hendak diabaikan seperti pensyariatan poligami yang kita sedang bincangkan sekarang. Aneh, sungguh aneh mereka mahu meninggikan agama Islam tapi bila ada sesuatu yang tidak disenangi hati mereka (seperti pensyariatan poligami) lantas mereka mengenepikannya. Perlu diingat apa yang Allah Taala suruh itu ialah apa yang tidak disenangi oleh hawa nafsu dan apa yang dilarang itu adalah apa yang disenangi oleh hawa nafsu. Sama-samalah kita fikir-fikirkan bersama. Kita sedang berada di tahap mana.

Bagi penulis, sesuatu yang sangat rugi sekiranya kita telah banyak berkorban untuk agama Islam dengan mencurahkan wang ringgit, tenaga dan masa kita untuk menegakkan agama Islam di muka bumi ini tetapi kerana pensyariatan poligami kita tidak boleh menerimanya di dalam kehidupan kita. Rugi. Sangat rugi. 

Satu perkara lagi ialah beratnya sikap ummat Islam untuk mencontohi para sahabat Rasulullah SAW. Majoriti di kalangan sahabat Rasulullah SAW mengamalkan poligami di dalam kehidupan mereka dan mereka sebagaimana yang kita ketahui adalah generasi yang hebat dari segi penghayatan Islam. Penulis yakin wanita-wanita pada masa itu menerima pensyariatan poligami ini dengan penuh redha dan kerelaan kerana itu datangnya dari syariat Islam.

Apa yang menjadi permasalahan sekarang ialah ada wanita-wanita di zaman sekarang sudah banyak dipengaruhi oleh ideologi dan pemikiran barat. Mereka menolak pensyariatan poligami sebagaimana yang ditolak oleh pemikiran barat. Pemikiran barat mengatakan pensyariatan poligami tidak mengiktiraf hak kesaksamaan gender – dalam erti kata lain dalam Islam dibenarkan lelaki berkahwin sehingga empat tetapi perempuan dibenarkan berkahwin seorang sahaja. Sebenarnya isu yang dimainkan oleh pemikir barat ini banyak dipengaruhi oleh desakan nafsu semata-mata. Mereka sebenarnya tidak suka institusi perkahwinan Islam diikuti, apa yang dipraktikkan oleh mereka hanyalah bersekedudukan, zina, lesbian, homoseks, biseksual dan penulis tegaskan sekali lagi kehidupan yang mereka lalui sekarang adalah menolak kehidupan beragama dan mengamalkan kehidupan seks bebas. Adakah kita sebagai seorang yang mengaku beriman kepada Allah Taala dan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan ikutan kita mahu menerima pendapat mereka (pemikir barat) yang telah jauh dari norma-norma hidup seorang manusia? Adakah kita yang Al-Quran dan Sunnah ada di hadapan kita sekarang mahu menerima pendapat mereka yang semata-mata mengikut hawa nafsu dan mahu mengajak kita ke neraka? Nau’dzubillahi min dzaalik. Penulis yakin bahawa pemikir barat sekarang sudah boleh duduk bergoyang kaki kerana usaha-usaha mereka untuk menghapuskan pensyariatan poligami telah diambilalih oleh setengah-setengah orang Islam sendiri. Ingatlah bahawa pemikir barat tidak akan menghapuskan Islam secara keseluruhannya kerana mereka tahu sekiranya Islam ditentang secara terang-terangan ummat Islam akan bangkit dengan segera menentang mereka. Jadi mereka merosakkan agama Islam secara perlahan-lahan seperti isu poligami ini supaya niat mereka hendak merosakkan Islam tidak disedari oleh ummat Islam. Lebih-lebih lagi isu poligami melibatkan kaum wanita di mana mereka membayangkan yang isu poligami lebih menguntungkan orang lelaki berbanding kaum wanita. Ianya seolah-olah diperlakukan secara tidak adil. Wahai saudariku seIslam, Allah Taala adalah Maha Mengetahui akan apa yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran dengan menyatakan adil sebagai syarat poligami.

Penulis menyeru kepada mereka-mereka yang menolak, yang kurang yakin, yang menghalang, yang mengwar-warkan keburukan pensyariatan poligami kembalilah…kembalilah menjadi seorang Muslim yang menerima, yang yakin, yang memperjuangkan, yang mengwar-warkan kebaikan pensyariatan poligami kepada masyarakat kerana itu adalah tanggungjawab kita semua sebagai seorang Muslim/Muslimah iaitu memberi penerangan tentang agama Islam yang sebenar.

Penulis akhiri dengan segala yang baik itu datangnya dari taufiq dan hidayah Allah Taala dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan/kesalahan penulis sendiri.





Satu Pandangan Tentang Isu Poligami (3)

15 06 2009

Penulis ingin menambah:

Ada orang mengatakan kepada penulis, ” Apa hang sibuk-sibuk bincang bab poligami ni? Hang sendiri dah berpoligami ke? Atau hang sendiri takut-takut dengan isteri?

Jawapan penulis kepada soalan-soalan begini ialah di dalam agama Islam yang kita anuti sekarang dan insyaAllah sehinggalah kita dipanggil pulang oleh Allah, perlu ada elemen nasihat-menasihati di antara satu dengan lain. Juga mesti ada apa yang dikatakan ‘amal makruf nahi mungkar di mana ada sekelompok yang menegur kemungkaran dan mengerjakan kebaikan. Tidak timbul masalah awak tidak ada kelulusan untuk bercakap bab agama awak kelulusan perniagaan, kejuruteraan, ICT atau apa-apa sahaja bidang yang diceburi, awak boleh bercakap tentang Islam selagi apa yang awak ucapkan tidak menyalahi syara’. Ilmu tentang Islam boleh dipelajari oleh sesiapapun, melalui ceramah-ceramah agama, pembacaan buku-buku oleh ulama’ yang muktabar.

Sanggupkah kita dengan kefahaman yang ada kita hanya membiarkan sahaja syariat Islam diubah dengan sewenang-wenangnya hanya untuk memenuhi citarasa golongan yang tertentu? Manakah maruah kita untuk mempertahankan Islam sebagaimana yang kita laung-laungkan selama ini?  





Satu Pandangan Tentang Isu Poligami (4)

15 06 2009

Kata penulis lagi,

Peristiwa buruk tentang orang yang mengamalkan poligami memang ada tapi yang baik pun ramai…sahabat R SAW ramai yang praktis poligami ini tapi tak ditonjolkan di dalam sirah (sejarah Islam)…atau mungkin bukunya saya tak jumpa.

Kalau hendak diceritakan keburukan poligami ini, keburukan pun ada berlaku pada perkahwinan pertama (yang beristeri satu) seperti mengabaikan tanggungjawab sebagai suami, tidak memberi nafkah zahir & batin kepada isteri, dan sebagainya tetapi itu bukan bermakna perkahwinan itu yang tidak elok tetapi pengamalnya yang tidak mengikut sistem (pensyariatan poligami) yang betul.

Sistem (pensyariatan poligami) sudah elok tapi segelintir orang yang melaksanakannya itu yang bermasalah. Sistem poligami sudah baik tapi segelintir orang yang melaksanakan itu yang tidak mengikut peraturan2 yg telah ditetapkan.

Sebab itu penulis mengharapkan lebih ramai lagi yang memahami Islam yang sebenar terutama isu poligami ini tampil ke hadapan memperjelaskan kepada masyarakat bahawa kita tidak boleh menolak pensyariatan poligami ini…poligami ada dalam Islam dan kita menerima apa2 syariat Islam dengan hati yang redha dan dengan perasaan seronok atau suka. Apa yang dimaksudkan oleh penulis ialah kita menyukai sesuatu yang disukai oleh syara’, kita tidak menyukai sesuatu jika sesuatu itu tidak disukai oleh syara’.

Lagipun penulis percaya setiap isteri tidak perlu risau dengan pensyariatan poligami ini kerana ianya adalah “as a matter of choice” (pilihan si suami). Sekiranya si suami itu tidak mahu berpoligami kerana takut tidak boleh berlaku adil maka dia kahwin satu isteri sahaja. Kalau si suami boleh berlaku adil maka dia dibolehkan berkahwin dua atau tiga atau empat sekiranya dia mahu (limit 4 saje). Begitu juga di pihak perempuan yang hendak dikahwini sekiranya perempuan itu tidak mahu berkahwin dengan lelaki tersebut maka perkahwinan yang kedua itu tidak akan berlaku. Bukannya apa yang difikirkan apabila dilaksanakan pensyariatan poligami ini semua menjadi kelam-kabut disebabkan lelaki-lelaki/suami-suami mengejar perempuan merata-rata di shopping complex atau di tempat awam, perempuan/wanita berlari lintang-pukang kerana untuk menyelamatkan diri…tidak, tidak begitu… proses perkahwinan itu berjalan seperti biasa sepertimana proses perkahwinan dengan isteri yang pertama. Jadi sebagai kesimpulannya, tidak semua lelaki/suami akan berkahwin lebih dari satu isteri…sekiranya dia merasakan tidak boleh berlaku adil maka dia berkahwin dengan seorang isteri sahaja. Itu yang dimaksudkan di dalam Al-Quran di dalam surah Al-Nisaa’: 3.

Perkara poligami ini memang nampak ianya seperti “in favor of” (menyebelahi) pihak lelaki sahaja tetapi apa yang perlu kita ingat bahawa Allah Taala yang mencipta manusia; lelaki dan perempuan, mengetahui apa yang baik bagi hamba-hambaNya. Penulis tahu sesetengah wanita merasa berat untuk menerima hakikat mengapa dibenarkan poligami bagi pihak lelaki tetapi itulah yang terbaik di dalam Islam untuk memenuhi pelbagai keperluan manusia dan Islam sebenarnya hendak “protect” (melindungi) lelaki supaya tidak terjerumus ke lembah zina, pelacuran, homoseks dan seumpamanya. Syariat Islam adalah untuk kebaikan seluruh manusia walaupun ianya nampak seperti “keuntungan” di sebelah pihak sahaja. Itulah yg dinamakan hikmah.

Poligami juga dilihat untuk menyelesaikan masalah masyarakat seperti jumlah wanita yang ramai dan melebihi lelaki. Ibu2 tunggal yang memerlukan perhatian dan penjagaan suami untuk meneruskan hidup mereka dan anak-anak mereka, anak-anak dara yang masih ramai belum berkahwin walaupun umur mereka sudah melebihi 30an, 40an…

Bagi yang tidak memperolehi anak disebabkan mempunyai isteri yang mandul atau berpenyakit kronik dan sebagainya maka poligami adalah jalan penyelesaiannya dengan tidak mengabaikan tanggungjawab suami terhadap isteri yang pertama (segala hak2 isteri pertama ditunaikan seperti nafkah zahir dan batin).

Apa yang baik itu datangnya daripada Allah, yang kurang atau lemah itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri.





Satu Lagi Pandangan Tentang Poligami (5)

15 06 2009

Penulis berpendapat bahawa

1. Pensyariatan poligami bukannya sesuatu yang boleh dipermudah-mudahkan oleh sesiapapun.

2. Pensyariatan poligami adalah sesuatu yang kekal pada setiap masa dan tempat.

3. Islam membawa penyelesaian kepada permasalahan di dalam masyarakat seperti menjaga kepentingan andartu-andartu, ibu-ibu tunggal dan anak-anak mereka.

4. Emosi dan perasaan kita tidaklah boleh mengatasi kecintaan kita kepada syariat-syariat yang telah ditetapkan di dalam Islam.

5. Kita menerima dengan perasaan redha akan ketetapan syariat-syariat Islam bukannya mencari alasan-alasan untuk tidak mengamalkannya.

6. Persepsi masyarakat yang tidak berpandukan kepada asas-asas Islam yang sebenar tidaklah boleh mempengaruhi pemikiran kita kerana mereka tidak melihat dari sudut kepentingan ummat Islam keseluruhannya dan kefahaman Islam yang sebenar.

7. Janganlah kita bersekongkol dengan orientalis & misionari di dalam memerangi Islam terutama isu-isu poligami dan talak yang mana mereka menyerang ummat Islam yang goyah kefahaman mereka terhadap kedua-dua isu tersebut bagi melonggarkan kepercayaan ummat Islam. Wallahu’alam.





Satu Lagi Pendapat Ttg Poligami (6)

18 06 2009

Pendapat penulis seterusnya,

Masalah gejala sosial di Malaysia menjadi semakin serius sekarang ini. Di antara faktor-faktor kepada berlakunya perkara sedemikian ialah kurangnya kefahaman dan kesedaran agama Islam di kalangan orang dewasa dan remaja terutamanya. Ramai yang memandang ringan terhadap dosa zina yg mana merupakan salah satu dari dosa-dosa besar di dalam Islam. Islam memahami kehendak seksual manusia sebab itu Islam membenarkan nikah-kahwin mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Jika masih belum mampu berkahwin maka digalakkan berpuasa. Jika sudah mampu maka berkahwinlah segera kerana itu dapat menutup jalan maksiat. Al-Quran menegaskan bahawa menghampiri zina pun tidak boleh apatah lagi melakukannya. Contoh-contoh menghampiri zina ialah dgn pergaulan bebas, perbuatan-perbuatan yang merangsang nafsu syahwat, berdua-duaan dengan bukan muhrim dan sebagainya.

Perkahwinan bukannya sesuatu yang begitu rumit hendak dilaksanakan sekiranya diteliti akan syarat2nya asalkan mampu memberi nafkah zahir & batin. Tetapi apa yang menjadi masalahnya sekarang ialah masyarakat yang kurang memahami Islam yang sebenar disebabkan pengaruh orientalis/misionari yang sentiasa memusuhi Islam iaitu dengan memperkenalkan budaya hedonisme, seks bebas di kalangan org2 Islam. Mereka (orientalis/misionari) sentiasa mengajak orang-orang Islam terutama di kalangan remaja supaya mendekati gejala-gejala negatif ini dan menjadikan budaya negatif sebagai satu budaya. Apabila sudah menjadi budaya maka sukarlah untuk membersihkan kembali kepada ajaran Islam yang tulin. Maka sepatutnyalah golongan remaja yang telah sedar akan pengaruh negatif/bujukan syaitan ini supaya menjauhi golongan yang jauh dengan Islam dan mendekati orang-orang yang soleh dan beriman kepada Allah Taala dan Hari Pembalasan.

Di pihak ibubapa pula janganlah menetapkan maskahwin yang terlalu tinggi supaya perkahwinan tidaklah menjadi sesuatu yang menakutkan golongan muda (syabab) untuk berkahwin. Apa yang membimbangkan ialah meletakkan maskahwin yang tinggi ini menjadi suatu budaya di dalam masyarakat Malaysia. Maksud saya maskahwin itu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah – sederhana.

Bagi golongan dewasa pula yang telah berkahwin tidak dinafikan juga ada segelintir di kalangan mereka yang terlibat dengan pelacuran, penzinaan, seks bebas dan sebagainya. Kenapa ini boleh berlaku? Saya sebenarnya tidak mahu menyentuh bab poligami tapi untuk menghuraikan penyelesaian terhadap masalah sosial rasanya terpaksa sentuh juga bab yang dikatakan sensitif ini. Kenapa poligami menjadi satu isu yang sensitif di Malaysia? Kerana masyarakat yang kurang jelas dengan hukum-hakam dalam Islam yang menamakannya begitu. Pertama-tamanya kita hendaklah suka atau seronok dengan apa-apa pensyariatan dalam Islam contohnya pensyariatan poligami kerana apa yang Islam tunjukkan atau benarkan itu mempunyai kebaikan-kebaikannya yang adakalanya tidak diketahui oleh kita atau tidak boleh kita fikirkan akan hikmah disebalik pensyariatan itu. Yakinlah dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah Taala. Banyak-banyaklah kita beristighfar kepada Allah Taala di atas dosa-dosa kita yang telah lalu – kadang-kadang kita rasa apa yang disyariatkan kepada kita sesuatu yang amat berat dan tidak terdaya kita untuk mengamalkannya.

Apa yang baik itu datangnya dari taufiq dan hidayah Allah Taala dan apa yang kurang itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Wallahu’alam.





Satu Lagi Pendapat Ttg Poligami (7)

18 06 2009

Pada pendapat saya sebagai seorang Islam yang prihatin dan cintakan saudara sesama Islam, saya yakin sudah tentu kita akan mengatakan bahawa pensyariatan poligami ini adalah sesuatu yang indah dan bertepatan dengan norma-norma hidup bermasyarakat (social sciences). Sebenarnya tidak timbul persoalan sorry to say label-label seperti perampas suami orang, lelaki miang, anak dara tua tak tahu malu, lelaki gila seks, lelaki gatal, perempuan penggoda, lebai gila nak kahwin lagi, dah tua nak mampus giler nak kahwin lain, kubur kata mari rumah kata pergi masih nak kawin anak dara, giler seks, miang keladi, sex maniac, konon nak poligami poket kosong, tua tak sedar diri, dan macam-macam lagi kata-kata kesat yang sebenarnya menunjukkan akhlak tidak senonoh orang yang menuturkannya, orang yang berkata tanpa berfikir secara positif dan rasional. Adakah kita sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, ahli akademik, berfikiran fahaman Islam yang luas yang diberikan oleh Allah Taala, yang mendapat tarbiyah Islam secara sempurna, hendak menjadi seperti masyarakat yang sebegini yang bercakap mengikut hawa nafsu dan tanpa berfikir panjang?

Apa yang baik itu datangnya dari taufiq dan hidayah Allah Taala dan segala kekurangan dan kelemahan di dalam tulisan penulis itu adalah dari kelemahan dan kesalahan penulis sendiri. Wallahu’alam.